Siapa yang tidak membenarkan saya merokok. Saya akan tembak.
Baru-baru ini Turki mengadakan larangan merokok direstoran dan tempat-tempat awam. Rasanya hampir 3/4 rakyat Turki merokok termasuk lelaki atau perempuan. Larangan ini sebenarnya membuahkan kemarahan rakyatnya sehingga ada yang mengamuk. Semalam di Bursa, seorang lelaki menembak dua orang pelanggan di dalam sebuah restoran sehingga cedera parah hanya kerana tidak berpuas hati dengan larangan tersebut.
Merokok ini adalah bunga-bunga dadah. Sepatutnya diharamkan sahaja. Macamana orang boleh kenyang semata-mata makan asap rokok ya? Isk..isk..tak faham sungguh saya! (sebenarnya, sejak larangan ini dijalankan, setiap hari ada sahaja cerita yang melucu dan mengerikan berlaku di Turki)
P/S teringat masa kecil-kecil saya tolong nenek sedara, mengulung rokok daun. Saya cubalah sedikit, saya beritahu nenek saya.
"Apa sedapnya rokok ni nek. Nak hisap pun leceh, apa kata nenek hidupkan unggun api..sedutlah asapnya puas.puas." keh..keh..
"Budak bertuah ni!" itu sahaja yang mampu nenek jawab.
Tetapi kemudian nenek sudah tidak menghisap rokok daun, tukar kepada rokok berjenama Salem dan sekarang bila sesekali saya melawat nenek. Dia sudah tidak merokok lagi, katanya lidahnya sudah perit bila menghisap rokok.

9 comments:
salam...
woitttt dasyatnya ..guna pistol.mmg brutallah perokok2 tegar ni. za dah cuba merokok sebab nak tahu rasanya camner. at the end 2 hari za rasa makanan n minuman rasa asap....kalau sekadar nak makan asap...tak payah buang duit beli rokok...buat asap sendiri gunakan pembakaran sampah ke, menyalai ikan ke....atau paling senang bakar ubat nyamuk. sedut dan makanlah asap tu pepuas...free lagi tu.
mgkn hanya perokok jer tahu nikmat merokok ni kot...mujur tak merokok...merokok membahayakan kesihatan =) *skema komen kali ni...kehkehkeh
kikiki..isap asap unggun api katanya!
klu jim ade kt ctu,guling2 jim ketawa tau!
nasib baik jim xmerokok,so lidah ni xde r perit2..kikiki..
jim xbleh dekat ngan asap rokok coz otomatik jim akan jd lemas & semput..
Salam Sis...miss u so much...merokok ni cume mereka2 yang sekutu dengan nya tahu nikmat sedut asap rokok...hehee..kdg2 nak je tanya ada kuar rasa oren ke bila sedut asap rokok...hahaha
lawaklah kak yati ni...
dasyat ye kat turki tu.. siap tembak2 pasal merokok aje!
alahai....sampai dok tembak menembak psl merokok ni. dasat ekh org2 turki ni.hihi
salam kak
mak aihh kurang akal & x berhati perut btol smoker tegar tuh.buat negara udah mcm xde undang2 pulok.x tefikir ke kalu tjadi pd famili dia..?iskh..
*hepi nye saye dpt jupe akok kat Book Fair tadik..lg best dpt new release 'Aku Bukan Billy Milligan' yg sy x jupe kt mane2 kdai buku pon hehe :)*
za..rasakan orang yang isap rokoknya bukan sahaja membazir tapi tak cerdik, bagi dia orang biar dapur rumah tak berasap asal hidung dia berasap..
nuar..bukan sahaja nikmat, busuk sungguhkan!
jim..inilah ciri2 calon menantuku..ha.ha..
salam tiny..harap2 sihat2 ya..yelah kalau rasa durian, rasa manggis, oren ke..tak apalah jugakan tiny...
ida..kat turki hari2 ada berita pasal bergaduh tak dapat isap rokok direstoran dan ditempat publik..
ain...di sana, banyak bar2 tempat minum arak. dan hisap rokok...
Tini...kalau da gian tu memang susahkan. He..he..Tini untung tau, beli di pesta buku..sbb diluar belum ada lagi..
Post a Comment