Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Monday, August 24, 2009

MEMBELI BELAH DI PAVILLION

Semalam ada jemputan makan di Pavillion, boshporus restoran, restoran Turkilah apa lagi. Saya datang awal selepas solat asar. Hajat hati nak bershoppinglah. Shopping dekat Pavillion memang best sangat. Tapi jangan ingat saya masuk ke butik Nina West, Couch, Salvaratore Faragamore..le pulak..ha.ha.. Tak mampu saya!

Ini minyak wangi untuk si Qaisara. Asyik dia pakai minyak wangi saya, sekejap-sekejap saya tengok minyak wangi saya lesap...

Ini untuk Qaisara lagi. Muzik box, saya suruh dia beli yang kecil-kecil sahaja. Dia tak mahu, dia beli yang besar gedabak ni. Rasa nak cubit-cubit aje dia..tetapi mengenangkan penat saya mengandungkan dia 9 bulan, sampai tak boleh bangun. Tak sampai hati nak cubit..ha.ha.

Saya beli juga necklace stand untuk Qaisara. Itu semua rantai-rantai Teta, masih ada lagi yang tidak digantung. Tanda harga pun tak buang..keh..keh..

Saya beli note book yang comel, bergaduh dengan si Qaisara sekejap dia nak warna hitam, sekejap dia nak warna pink, pengabisan dua-dua dia nak. Sedangkan umi dia punya satu, dia punya satu.. dan juga bekas CD. Bekas CD saya beli dua, satu untuk Qaisara satu untuk saya, kalau tak mahu bergaduh dengan uminya. Itu tangan Qaisara sebab dia marah saya tak ambil gambar dia sekali dengan barang-barang tersebut.

Ini bag yang saya belikan untuk bibik. Sengaja nak beli jiwa dia, supaya senang dia letak susu Qaisara..gelak guling-guling..ha.ha

Sempat Qaisara pose dengan kawannya yang anggun ini..lupa saya siapa namanya, tapi ayah dia yang berniaga aiskrim di bukit bintang..aiskrim Turki. Comel sangatkan kawan si Qaisara ni..

Ini makanan yang kami makan masa jemputan berbuka puasa..yang paling bawah sekali, itulah yang saya makan. Sup apa entah namanya. Di rumah saya sebenarnya sudah masak, mee kari dengan sup ayam kampung...hari ini ada jemputan makanan di hotel lagi. Tapi malasnya..saya lebih suka berbuka puasa di rumah. Tidak makan berebut-rebut...
Balik saya sakit perut, keluar masuk bilik air. Sakitnya...ALLAH sahaja yang tahu. Saya terlupa, saya makan yogurt yang diisi bawang putih. Bukan banyak pun. Tetapi perut orang melayu, jangan sesekali masa perut kosong makan yogurt bersama bawang putih..padahlah...

20 comments:

idasm said...

Salam kak yati, wah seronoknya shopping kat pavilion..
Kak ida kagum tgk koleksi necklace qaisara... Mmg stylo abis si comel akak ni, cayalah, tak sabar nak tgk qaisara jd anak dara.. Hehe

IntanSham said...

wahwahhh...pandai bergaya betul 'teta' kita nihhh...dah laaa cantik...:)

Marzalina said...

banyaknya barang qaisara..hehehe
memang comel sungguh budak tu kak.

Mohd 'Azim Kamaruzzaman said...

amboi!byk btul rantai qaisara...ade citer2 nk bukak bisnes jual rantai ke bdk tu nnt??hikhikhik..

kak,pic mknn tu menggoda2!terliur jim time tgh poser ni..ishq3..

Unknown said...

comelnya note book.. yg besh tu bibik pon ade.. hehehehe.. kak, bila da besar nnt mesti teta vouge .. sbb die pandai bergaya la.. heheh

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

kemain qaisara copink2...berebut2 dgn akak yer...hakhakhak... =D lucu2...sup ayam kampung? oh terliur...

ibu aira said...

wah Qaisara kecik-kecik dah ada koleksi rantai sendiri..macammanalah agaknya Qaisara bila dah besar nanti.. :)

GREENJADE said...

hehe sure kecoh mase berebut2 tuh kans..kdg2 seronok ade kwn gaduh2 mulut nih kak hihihi

santek2nye necklace Teta..auntie nk pinjam 1 gi dnner mlm nih bley? hehehe

Unknown said...

seronok ada anak perempuan kan, kak yati..macam anak buahsaya, bila dengan mak teh nya ni,baru pandai mintak minyak wangi, mekap semua...ngan mak ayah sendiri dia tak minta. kata kakak ipar saya, sebab saya yang mengajar dia, sebab itu dia mintak pada saya..huhuhuhuhuh..seronok baca gelagat qaisara, teringat anak buah saya.

ain said...

tu sapa yg sopin tu. kak yati ke teta..??? hihihi

saya pulak alergic kedai mamak, pernah try makan 2 kali, dua2 kali kena cirit birit2. sejak tu..no way nak mkn kat kedai mamak lagi.

Unknown said...

Salam Kak Yati,
Ada ke nama sup, "sup ape entah". Hehehe... kelakarlah Kak Yati ni...
Nam pak cam sedap jerk Sup tu kan...

ameeza77 said...

kak yati best per tiap2 hari boleh buka di hotel :) saya nih tetiap hari kena buka di rumah jer, kalau tetiap hari ke hotel alamat tak berasap la keta hahah ...

tapi betul la, kita nak duduk di meja makan kita sendiri bersama ahli keluarga juga ....

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

salam ida..koleksi si teta ni macam-macam, dia skrg lebih berminat dgn minyak2 wangi, dengan shampoo daripada permainan..iskk2

sayangibu..memang kalau part bergaya bagilah si Teta..

Intan..kalau pegi mana2 shopping..barang tetalah yg paling banyak..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

jim..ko macam budak2 kecik ye..tengok gambar dah terliur..ha.ha

adriea..bila da besar, akak suruh dia pakai tudung..insya-ALLAH..tapi masih boleh bergayakan..

nuar..memang tiap kali shoppin tiap kali tulah bergaduh ngan uminya, uminya taste lain..dia lain

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

yatie..dia memang banyak sangat accessories, jam dia aje entah berapa.yg pengsan uminyalah

Tinie, kalau berebut makan akak tak suka..biarlah orang ambil dulu..akak duduk aje tengok, suami pulak tension tengok akak..ha.ha

azren..budak2 gelagatnya memang begitulah, terutma perempuan dan dia seorang sahaja..buah hati pengarang jantung

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

ain yang shopping tu teta..uminya tukang bayar aje..ha.ha nasib dia tak mintak yg bukan-bukan..

zilla..ada kot nama sup cam tu..ha.ha..sup tu dia letak ayam sikit dan lebihnya..minyak zaitun dan tomato puree..

Ameeza..akak makan tak banyak, bila makan buffet di hotel..makan sepinggan sudah..itu yg malas, mengharung jam..cuma nak makan sepinggan..baik makan di rumah

Anonymous said...

fuh...beg utk bibik tu sy cukup bkenan..cantikla...
mcm nk buat beg diaper utk Mawarku..
hehehe~

Suhana Shahril said...

banyak sungguh utk qaisara.Suma kaler pink lak tu.hehehe..

Nadiah Sidek said...

byknya brg qaisara..mesti dia seronok. qaisara suka warna pink ye? brgnya byk warna pink :)

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

kristy..baik tu memang sesuai utk letak botol susu, lampin dan beberapa helai baju anak2..he.he..

suhana..qaisara memang suka pink...he.he

Nadiah..tungguh saffiyah besar esok..semua benda dia nak pink tau!he..he..