Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Monday, August 3, 2009

HIDUPNYA DENGAN SAMPAH SARAP

Sehari dua ni, si NB tak ada kerja lain. Memuatkan cerita-cerita daripada Turkilah pulak. Entah sehari dua ni, suka sangat saya menyempil sebelah suami bertanya itu ini mengenai cerita menarik dari suratkhabar Turki. Pagi ini suami menunjukkan satu berita yang bagus diteladin oleh kita semua.

Meneruskan kehidupan dengan memunggut roti dari sampah sarap. (selepas diterjemahkan oleh suami..he.he)

Pada tahun 1967 Serpil Örümcer adalah seorang artis yang cukup terkenal. Dilimpahi dengan cahaya gilang gemilang dan juga kemewahan. Dipuja-puja sebagai seorang artis yang cukup terkenal di zaman itu. Namun Serpil suka minum minuman keras. Di zaman mudanya beliau suka meminum arak yang diletak di dalam kasutnya sambil berpesta dengan kawan-kawannya (orang yang suka minum, minuman keras memang tidak waras)

Dan penghujung hidupnya, beliau tidak mempunyai sebarang harta sehingga untuk makan pun sudah tidak ada lagi. Jadi untuk meneruskan kehidupan beliau mengutip sisa-sisa roti di dalam tong sampah di restoran dan ditepi-tepi jalan.

Inilah sebabnya mengapa ALLAH mengharamkan arak. Memang tidak pernah ada pun contoh yang baik pernah kita jumpa dari peminum arak bukan?
Teringat saya pada kawan saya si Z, yang pernah saya maki hamun (im very mellow, but once a while..garang macam singa betina), apabila adiknya mengadu dia minum, minuman keras di Annual Dinner tempat saya bekerja dahulu.
"Kalau kau mampus malam tu sebab arak tak guna tau, kau ditanam macam bangkai sahaja! Tak perlu dikapan dan dimandikan. Kau tak cium bau syurga."
Dan apabila dia sudah berumahtangga dengan seorang gadis yang baik dia pernah datang pada saya dan menyatakan kesalnya betapa di zaman muda dahulu dia seorang lelaki yang teruk.
"Teruk aku dulu ya Kak Tie! Bila ingat-ingat semula menyesal sungguh aku. Nasib aku tak mampus macam kau cakapkan tu..."

p/s si Noami kalau baca blog saya ni mesti cakap si Yatie dah membebel..ha.ha.ha

10 comments:

Marzalina said...

arak adalah ibu segla maksiat..tapi sayangnya tak ramai yg mahu ambil endah dengan larangan Allah ni.

minta dijauhkan Allah dr suami yg kaki Botol ni kak..

yatie chomeyl said...

ha tu lah, minum arak sangat, kan dah x sedar diri smp papa kedana gitu isk3x..nauzubillah, smeoga kita semua sentiasa di lindungi Allah hendaknya..amin

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

tauladan nih...huhu...tatot jer dapat balasan on the spot kt dunia...brrr =|

even 0.1% arak pun tak leh ini kan pula berteguk-teguk, berbotol-botol...haish!

kat 7E ada air tin berkarbonat yg ada 0.1 persen alkohol dalam dia...timbul isu dulu...la ni tatau aper cerita...berhati2 lah kiter kan...huhu

ain said...

tapi kan kak...sekrg ni..arak dah mcm jus oren dah. ramai org kita dok meneguk benda ni. Nauzubillah!!

Unknown said...

Arak ni memang boleh menjadikan hidup manusia terumbang-ambing dan kurang siuman.Semoga kita semua di lindungi Allah dari perbuatan yang mungkar... Amin.

miesha said...

salam.
cerita serpil crumcer nie, menarik buat tauladan. sekarang nie...ramai anak muda terlibat ngan arak. baru-baru di didaerah kpg saya disarawak, seorang adik bunuh abang guna gunting. si adik nie mabuk...dan mintak duit pada mak ayah dia, mak ayah dia bagi juga duit dalam RM50.Tapi si adik ni tadi marah2 mak ayah dia dan katanya tak cukup, duit tu sikit sgt.abang dia nie memang anak yang baik, dia nasihatkan adik dia tu jgn berkasar pd mak ayah.
akhirnya ketika si abang pulang sambil mendukung anaknya dlm perjalanan pulang si adik yg mengekori dari belakang telah menghunus gunting ke leher si abg, dimaklumkan 3 tikaman dilakukan.Terlepas anak dari pangkuan si abang nie tadi yg dukung anak dia.sedih sgt saya dengar cerita nie. semua nie,angkara si adik itu mabuk yang minum air syaitan.

Mohd 'Azim Kamaruzzaman said...

sronok jgk skali skala dgr akak membebel..
kikiki..
terbayang2 akak membebel depan jim & jim senyap cam dengar ceramah..waaa..
tatot!
hikhikhik..

idasm said...

kat kedai 24 jam kk tu kak, selamba aje.. melayu beli arak. tak taulah apa nak jd ngan diorang ni...

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

intan betul2 intan..ibu segala ibu minum arak ni..sedap sangat ke?

yatie..memang, kesan arak ni.bukan jangka masa pendek..ianya jangka masa panjang juga.

Nuar..memanglah, oh..di 7eleven ada jual ke nuar? kita kena hati2 agar adik dan anak2 kita tidak terminumkan...

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

ain.hmm..dikajang ni taklah nampak orang minum dipublik, tak tahulah ditempat ain..nauzubillah..

Zilla betul zilla, itu yang ada terperesok dalam longkang, dalam tandas sebab minum arak..

miesha..sedihkan dengar cerita miesha, hmm..manusia tak pernah waras kalau melibatkan arakkan..

jim kalau akak membebel, semua orang lari..ha..ha.ha

ida..hari tu digiant ada budak2 bawah umur beli arak, kenapa dibiarkan?