Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, August 6, 2009

BARU TAHU!

Dikampung, saya menghabiskan masa bermain dengan kucing. Dalam 15 ekor kucing yang ayah saya ada dan ini salah seekor yang cukup manja.

Rasa dah lama sungguh tidak mengupdate blog. Saya pulang ke kampong bersama bibik dan Qaisara.(kami suruh Qaisara memilih, mahu ikut baba atau saya, dan Qaisara memilih saya.). Rindu pula saya pada kampong. Suami ke Langkawi bersama anak-anaknya. Saya malas mahu mengikut memandangkan banyak yang perlu dikerjakan. Di samping saya sudah rindukan keluarga saya.

Tiba di kampong, saya tidak menerima panggilan dari suami. Lantas saya menelefon dia.

“Tengah sakit kepala ni honey?”

“Aik..sakit kepala kenapa?”

“Huh..cari hotel semuanya penuh. Penuh dengan pak-pak arab. Ini dapat semalam. Esok mungkin akan berpindah lagi. Penat sungguh saya..”

Langkawi biasanya July-August memang dipenuhi dengan tok-tok Arab.

Esoknya bila saya menelefon sekali lagi, Suami mengeluh.

“Ini pertama kali saya bercuti tanpa awak. Bencinya saya. Sakit sungguh kepala saya dibuatnya.”

Suami merungut. Saya ingat dia rindukan saya. Ceh..rupanya, dia benci kerana terpaksa mengurus untuk mencari hotel, mencari tempat yang menarik di Langkawi, mencari tempat makan dan melayan kerenah anak-anaknya itu dan kata dia paling berat, dia rindu sangat dengan Qaisara. (Qaisara pulang ke kampong, langsung tak ingat babanya. Kawan-kawan ramai).

“Lain kali tak sanggup saya bercuti tanpa awak..”


Selama ini walau saya punya pembantu di rumah dan dipejabat, tetapi saya sebenarnya pembantu cum setiausaha pada suami. Kalau mahu bercuti sayalah mengatur segalanya.

1. Saya akan pastikan kalau bercuti di Malaysia, yang mana lebih bagus. Naik kereta atau kapalterbang. Tetapi selalunya saya akan naik kapalterbang, memandangkan lebih cepat dan harga kapalterbang tidaklah semahal dulu..

2. Mencari hotel danmemastikan apa fasiliti yang ada. Paling penting kata suami ada wifi.

3. Mengatur siapa yang akan menghantar kami dan mengambil pulang dari lapangan terbang.

4. Mengaturkan keperluan yang harus dibawa untuk suami dan Qaisara (untuk Qaisara, kalau dalam negeri bibik yang buatkan sebab tak lama)

5. Memastikan ubat-ubatan, segala keperluan mandi, termasuk pisau cukur suami dan ubatnya dibawa bersama.

6. Saya perlu tahu di mana tempat makan yang halal dan murah.

7. Memastikan berapa banyak wang yang perlu kami bawa, kad kredit dan sebagainya..

8. Saya perlu mengaturkan atau mengetahui tempat mana yang bagus dilawati...

9. Barangan apa yang perlu saya beli, ole-oleh buat jiran dan saudara mara..

10. Dan ini satu tugas suami. Mengangkat dan memasukkan beg di dalam kereta..ha.ha.haa.


Sebab itu bila suami ke Langkawi, saya suruh dia urus sendiri hotel, tempat makan dan sebagainya. Tiga hari dia berada di Langkawi, tiga hari dia terpaksa menelan penadol. Dan sebentar tadi dia menelefon dan memberitahu saya.

“Makanan di Langkawi mahal sungguh. Seekor ikan dengan 3 mangkuk kecil tomyam, serta 2 mee goreng harganya RM168. Saya benci sungguh. Kalau awak ada. Awak mesti dah bertekak dan dapat harga separuh. Taubat saya! Saya tak akan pergi bercuti lagi tanpa awak....” Auwah..ha.ha..kasihan sungguh suami saya. Sekarang baru dia tahu betapa berharganya seorang isteri. Bukan sahaja di rumah tetapi di dalam segala aspek.





15 comments:

kenari said...

sy juga dh booking hotel di lgkwi pada 13-15 ogos depan, tapi dgn keadaan cuaca yg tk menentu, ditambah dgn wabak yg semakin menular maka sy batalkan aje percutian ke sana. waktu pelancung arab ramai ni harga brg mmg UP abis2an..

Leeza said...

salam akak...
memang lumrah sifat manusia tak kira lelaki ke perempuan ,apabila ada pembantu terutamanya org kesayangan yang boleh uruskan semua...atau atas nama cinta dan sayang, maka kita akan berpaut erat dengannya. Saat berjauhan barulah kita rasa kehilangan dan amat memerlukan sidia di sisi. Za pernah dengar dialog ini dari akwan2 za yang dah couple :
i. Si suami tak bingung pasal anak-anak sebab si isteri dah ada uruskan semuanya.
ii. si isteri pula tak bingung pasal anak2 kerana sisuami uruskan semuanya.
Whatever, suami isteri ibarat lagu dan irama...melangkah seiringan dan saling melengkapi setiap kelebihan dan kekurangan.... MAKA alangkah ruginya za tak kahwin lagi...huhuhuhu.

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

alololo...kecian incik seyit kara tau... =D

Mama Nazhan said...

Betul la kak yati...suami saya pun sama...segala2nya diurskan oleh saya kalau nak bercuti atau balik kampung. Tugas dia angkat beg dan barang2 susun dlm kereta...itupun saya nak kena adjust jugak kalau dia main taruk jer...dan DRIVE.
Memang pompuan suka pikir yg remeh2..tp yg itulah yg penting dan lelaki tak suka dan tak tau nak buat kan??

idasm said...

baru tahu betapa besarnya peranan akak... boleh bygkan mcmn sukarnya Mr.Seyit tanpa akak... kesian jugak kat dia yea kak...
tapi takpe lain kali mesti dia fikir 100 kali kalau nak bercuti tanpa akak.. mesti tak sanggup dah tu.. hehe.
akak take care...

ain said...

fullamak....manja betul hubby akak ngan akak ekh. semuanya diuruskan akak. tp x pe gak kak...bio sekali sekala hubby akak pulak yg rasa. sekurang2nya dia ada pengalaman dannnnnnnnn tobat tak nak buat lagiiii.hehehehe

Marzalina said...

intan rasa semua suami mcm tu la kak..bila isteri tiada disisi..mereka tak tahu caman nak uruskan..tak tahu berdikari..sebabnya ayah intan pun sama lah..semua perlukan bantuan mak. bak kata orang..isteri ibarat tongkt kepada suami, isteri bagaikan sayap suami..dan isteri juga tulang belakang suami..kalau tak ada sokongan isteri..suami2 mesti susah kan hehe. Apapun intan harapkan suami yg tahu menghargai jasa isteri.

yatie chomeyl said...

org laki mmg tak pandai sgt nk uruskn perkara2 yg dianggap remeh mcm ni...tu la untungnya lelaki yg punya wife yg multitask mcm kak NB ni hehehe

me said...

btol akk sara stuju 100%...
kdg kala bila kita berjauhan baru derang tau ssh sng tnpa kita disisi..tp kita pulak jatuh kesian & risau bila terjd kes cm pak seyit ni..hehehe

Mohd 'Azim Kamaruzzaman said...

adoi!
ciannya suami akak!
huhuhu..

Deeeee said...

Salam Kak Yati,
Mahalnya makan byk tu dah RM168..
Uisshhh gila telan duit orang.

Saya baru je pulang dari Langkawi. Mmg penuh dgn Pak Arab pun. Mana2 saya jalan nampak depa. P sana P sini ada ja depa mai. Baik yang berdua mahupun berkeluarga.. Malaysia ni mcm jadi must country depa dtg plk. Bukan Langkawi sahaja, malah seluruh negeri pun banyak pak Arab n mak arab.. makmur Malaysia dgn pelancong.. syukur

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

kenari mungkin suami akak tu macam pak arab sebab tu kena tekan kot, dulu akak pergi langkawi bawak emak, ayah, bulan july..siap dapat makan free lagi..pak cik tu kedai belanja..sbb ayah akak ramah tamah dengannya..

za..tak apa, kalau tak kahwin di dunia, kau akan dapat bidadara nanti..ha.ha..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

nuar..tak payah kesian, biar dia rasa..ha.ha

Bai, suami bai sama aje dgn suami akak..tapi dia pandai adjust barang..ha.ha.ha

ain..memang teramat2 manja, kadangkala terfikir..kalaulah kita mati dulu..camanala dia nak idup..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

intan..betul tu intan, macam ayah akak juga. makan pun tak reti nak ambil..mesti isikan nasi dalam pinggan baru makan..keh2

yatie, rasanya dalam keluarga akak, suami akaklah yang termanja lebih.dan kepalanya pening buat kerja petty..

sara..sesekali biar dia rasa betapa susahnya tak ada isteri..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

jim kesian memang kesian tapi biar dia belajar camana berdikari..he.he

dayah, dia tgk suami macam pak arab..kenalah tekan, kalau akak ada boleh gak bergaduhkan..dari dulu isu peniaga over charge pelanggan di langkawi tak selesai2