NB tak ada kerja lain. Makan aje dia. Ha.ha..kali ini bukan resipi Turki, tapi ini resipi yang saya ciplak dari Indonesia. Diberi nama alpukat es atau kalau kita panggil alpukat ni..ovocado. Ovocado ni sebenarnya buah-buahan yang paling tinggi kalorinya. Awas..makan sesekali tak apa. Jangan selalu...
Ramuan penting, ovocado. Mesti yang sudah masak tau. Jangan beli yang keras dan hijau. Keras dan hijau itu sedap dibuat salad. Tapi untuk dibuat air ini mesti yang lembut. Korek isinya dengan sudu.
Masukkan ais, isi ovocado, susu ke dalam blender. Blend sehingga halus dan menjadi krim.
Tuangkan gula melaka yang sudah dimasak bersama dengan air sebentar tadi. Dah boleh makan dah..yummmy..yummy...tapi ovocado ni mahal sedikit. Kalau yang New Zealand punya dalam RM4 sebiji. Kalau datangnya dari Indonesia agak murah.
Tadi saya pelawalah suami makan. Kata dia tak mahu, tak mahu. Saya suruh dia cuba sesudu. Dia cakap cukuplah tak mahu. Bila saya naik atas, menghadap komputer sekejap. Teringatlah alpukat saya ini, turun ke bawah.gelasnya pun tak ada.
"You simpan ke ovocado I tadi.." tanya saya pada suami.
"Ah..ha.." suami sudah gelak-gelak..
"Dalam perut.." sambungnya.
Dalam tak mahu, tak mahu. Setitik pun tak tinggal..
"Esok-esok saya belikan ovocado tu awak buat lagi ya.." suami berpesan.
Jangan percaya dia boleh beli ovocado. Esok dibelinya yang hijau dan keras. Teringat dia membeli buah manggis. Dibelinya semua yang keras kematu,. Dia ingat buah yang baik adalah buah yang keras, untungnya orang yang jual buah manggis itulah. Buah rosak dibeli orang..ha.ha.
Tadi saya pelawalah suami makan. Kata dia tak mahu, tak mahu. Saya suruh dia cuba sesudu. Dia cakap cukuplah tak mahu. Bila saya naik atas, menghadap komputer sekejap. Teringatlah alpukat saya ini, turun ke bawah.gelasnya pun tak ada.
"You simpan ke ovocado I tadi.." tanya saya pada suami.
"Ah..ha.." suami sudah gelak-gelak..
"Dalam perut.." sambungnya.
Dalam tak mahu, tak mahu. Setitik pun tak tinggal..
"Esok-esok saya belikan ovocado tu awak buat lagi ya.." suami berpesan.
Jangan percaya dia boleh beli ovocado. Esok dibelinya yang hijau dan keras. Teringat dia membeli buah manggis. Dibelinya semua yang keras kematu,. Dia ingat buah yang baik adalah buah yang keras, untungnya orang yang jual buah manggis itulah. Buah rosak dibeli orang..ha.ha.
16 comments:
salam akak....
memang sedaplah. za dah rasa dengan mata.....hati. walau tak dapat rasa dengan mulut, lidah....dengan mata dah tahu memang sedap....
hahhaa..
suami akak ni tintong jew..
mcm2 prangai..
hahaha.. lawaklah mr seyit akak.. simpan dlm perut yea.. mesti sedap x terkatalah tu, dr rasa terus tergoda... hehe.
ida pernah minum jus avocado aje kat jakarta tu. yg akak buat ni mesti lebih sedapkan...
rupanya byk kalori buah ni yea...
wajib akak one day release buku masakan mediterranean nih...menyelerakan...terima kasih pada kamera mahal akak utk shot yg kecur air liur dibuatnya...kikiki :D
hahahaha...kelakar la hubby kak yati!! konon2 jual mahal ler mula2.
malu2 kucing le tu!!!
psst...kak yati..cam ner nak order novel online yer. nak kena register dulu ke..??? sy try to register semlm...tp x leh pon..??
hihihi husband kak yati malu2 kucing rupenye hihihi
erm, pernah num jugak ni
mse tu kat restoran nasi padang
air die mmg sgt sedap, kdg2 rase cm aiskrim pun ade
lorrrr hubby akak tak reti beli buah ye? tp kalo suruh hubby yang beli makanan memang tak berapa leh caya sikit..ade je yang tak kena..wat sakit hati je, baik gi beli sendiri drpd kirim kat dia hehehhe
mcm sedap..nak tryla nti
salam kak yati.. saya dtg ziarah lg, he he. manggis yg keras?? mmg untung org yg jual tu~! 'stok2 bakul' yg dia bg ye.. he he. btw, nampak mcm yummi je jus tu.. (^_~)
harus sara cuba juga nih!
trs dahaga jdnya...hahaha...
x leh imagine rasa es alpukat ni kak, avocado rasa dia kan kelat2 gitu, nih kena try nih. kalau nak beli kena la cari di cold storage subang parade, situ jer leh dapat avocado besar2 n ranum :)
lawak jugak hubby kak yati...hahaha
za..memang sedap siapa yang suka benda2 lemak dan manis..
jim..dia memang sentiasa ting tong..
ida, buah ni memang banyak kalori..kedua durian, jadi durian boleh makan selalulah kan..keh2
nuar..bukan pandai masak pun..saje tunjuk pandai..he.he
ain..ain antar aje kenb kara, pakai wang pos atau antar thru online..ada kat web tu..maaf ain ye lambat balas mssg ni..
airina memang sedapkan air tu..akak suka sangat..
yatie..buahan yg ada kat negeri dia, dia tahulah beli, kalau buah2an local ni..kita beli, kita kopekkan..barulah dia makan..
fazahra cuba jangan tak cuba
kish..memang yummy..cubalah, cari ovocado kat pasar tani..murah sikit, rasanya lebih kurang sama dgn ovocado yang mahal2 tu..he.he
sara..kalau masuk dalam fridge macam aiskrim rasanya..
ameeza..kat pasar tani pun ada kalau rajin mencarinya..
bai, suami lawak dan panas baran dia sama aje..he.he.
Post a Comment