Saya ke genting lagi. Naik cemuih rasanya ke Genting. Tetapi sebab membawa Bezya berjalan-jalan semasa summer break ni (ain, dia dok ngan akak masa summer break aje, ari tu lupa nak jawap soalan ain). Biasa saya tinggal di Theme Park Hotel, tapi kali ini gatal pulak tukar di First World Hotel. Hotel yang mempunyai lebih 6000 bilik ini. Nak check in pun satu kerja.
Nak ambil nombor untuk check in pun kena beratur. Nak check in lagilah beratur. Aduh..letih sungguh. Check in di mesin IC saya tak diterima. Jadi kenalah beratur panjanggg.....
Kemudian bila sarapan pagi, memang cafenya cukup besar. Orang pun memang ramai. Bayangkan untuk 6000 bilik dan satu bilik selalunya untuk dua orang. Jadi mestilah masa sarapan pun kelam kabut. Tengok gambar di atas, orang beratur hanya untuk mendapatkan sebiji telur.
Ini pula siap bawak pinggan, menunggu mee goreng. Mee gorengnya cuma diletak kucai dengan taugeh. Tetapi laris macam goreng pisang panas. Itu tanda-tandanya makanan yang lain tidak mengancamlah tu...
Masa balik kami berhenti di awana nak naik cable car. Pun kena beratur hampir 1 jam. Betul-betul hari ini dan semalam adalah hari beratur sedunia.
Masa saya beli jajan masuk ke bilik, Qaisara tanya saya. Umi beli penyapu kenapa umi? Penyapu? Bila masa saya beli penyapu. Kemudian dia keluarkan benda ala ni dari plastik barangan yang saya beli. Saya dan bibik ketawa haha..ha.ha... Mungkin lidi kelapa yang dibuat mencucuk satay ikan ini sama dengan penyapu di rumah. Bibik saya suka makan ini..
Masa saya beli jajan masuk ke bilik, Qaisara tanya saya. Umi beli penyapu kenapa umi? Penyapu? Bila masa saya beli penyapu. Kemudian dia keluarkan benda ala ni dari plastik barangan yang saya beli. Saya dan bibik ketawa haha..ha.ha... Mungkin lidi kelapa yang dibuat mencucuk satay ikan ini sama dengan penyapu di rumah. Bibik saya suka makan ini..
Saya tak makan pun dia dok pakat makan dengan bibik.
Ini nasi lemak basi. Harganya RM4.60. Hanya telor sebelah. Apalah orang berniaga sekarang ni, nasi basi pun dijualnya..
Kali ini ke Genting Teta tak banyak bermain dia ajak saya shopping. Dia rembat tali pinggang berkepala gitar ini. Hacus anakku! Masa beratur untuk menaiki cable car..ada pula yang menegur tu.
"Wow...abang tengoklah budak tu, comelnya. Tali pinggang dia cantik.." ha.ha.ha
Saya hanya senyum-senyum sahaja. Qaisara malu-malu berdiri di belakang bibik saya...
8 comments:
Salam akak...
keh3...lawaknya teta. ada2 je dia. penyapu pulak....mmg sedap satay tu. rm0.90 je sebungkus. Talipinggang dia memang cantik.pandai anak dara akak ni pilih.
heheheh...klakar la Qaisara ni...penyapu...kalu lain kali umie beli satay ikan ni mesti umie tergelak mengenangkan n3 akak ni..suami umie yg tengah baca ni pun tergelak sama..hahahha
wah ..seronoknya pergi genting, ida dh lama sgt tak naik genting. tapi kalau asyik kena beratur aje.. mmg rimaskan kak.
lawak pulak teta dgn penyapu ni.. hehehe. wah! stylo betul teta ngan tali pinggang baru....
salam k.yati... senyum2 saya baca pasal teta ni... lawak tul.. dah panggil penyapu tapi suka gak makan.. hahahaha....
Kengkadang saya terpk Qaisara tu ikut kak yati ke Tuan Seyit.. pandai tul bergaya.. hehehehehe
nak penyapu jugak leh? :p
haiya!leh pengsan jim klu kene bratur pnjg2 camtu!
za..murahnya rm0.90 sen sahaja. murah banget..
umie..yelah budak2 umie dia ingat semua lidi kelapa tu penyapu agaknya..
ida..huh..first world tu memang kena beratur memanjang..letih sungguh..
dhan..qaisara makan penyapu sampai 6 batang dhan..ha.ha
nuar..ini penyapu sedap tau..
jim..memang pengsan..dahlah lapar.kena beraturlak tu
Post a Comment