Berkumpul beramai-ramai bersama adik beradik, kami bercerita mengenai makan lagi. Aduh..makan-makan. Keluarga saya adalah keluarga yang cukup besar. Kalau balik kampong ada sahaja makanan yang dimasak. Pagi petang siang malam. Di dapur ayah saya ada tiga buat meja, satu meja enam kerusi, dua meja 4 kerusi. Di situlah kami akan lepak. Tidak cukup meja ini, kami akan pergi meja sana. Tak cukup meja sana kami ada satu meja lagi.
“Kita makanan dah mewah. Ada kawan orang tu kasihanlah kak. Suami aje bekerja, isterinya tidak. Jadi anak-anak makan telur sentiasalah. Berapa sahaja gaji pekerja kilang. Dengan sewa rumah, dengan nak bayar duit motor. Bayar itu bayar ini. Kadangkalakan..belum cukup bulan susu anak dah habis. Macam kita pula, susu anak tak habis-habis. Sebab anak tak mahu minum. Macam-macam jenis susu kita cuba, sampaikan bertin-tin susu dan bermacam-macam jenis yang kita beli..”
Adik saya memulai cerita. Merenung makanan yang banyak di hadapan mata, saya merasa sayu hati mendengar cerita adik saya. Masih ada orang lagi yang miskin sampai makanan pun tidak mencukupi.
“Ada orang pula kaya, tapi makanan kedekut. Berkira. Ikan yang dimasak pun berkira. Ada seorang yang aku kenal, kalau dia masak ikan selar tu. Anak dia ada 4 orang, dia masak dalam 2 ekor sahaja. Jadi mereka makan secubit-secubitlah. Tidak macam kita ambil seorang seekor. Dia bukan miskin pun, walaupun tidaklah terlalu kaya.”
Celah salah seorang kakak saya. Saya teringatlah jiran saya ketika saya bujang dahulu. Mempunyai pembantu rumah dan pembantu rumahnya selalu mengadu dengan saya. Dia tidak cukup makan. Bagaimana mahu cukup makan kalau setiap hari dia hanya dibenarkan mengoreng ayam sebanyak 3 ketul sahaja. Sedangkan majikannya mempunyai 3 orang anak yang sedang membesar. Majikannya bukan tidak berduit. Ada rumah dua tiga buah bahkan ada ladang buah naga yang diusahakan di kampong. Aduh..kenapa kedekut sangat.
“Masa aku kerja di bank dahulu..”
Saya mencelah pula mengambil bahagian bercerita.
“Kawan aku ni..tiap-tiap tahun bercuti di London, Australia..yelah di luar negaralah. Tetapi kalau ada buat majlis makan-makan. Dia jarang nak bagi duit. Kalau bagi pun dua ringgitlah paling banyak. Tetapi yang paling aku sakit hati, belum majlis makan-makan bermula dia dah sediakan plastic untuk bawak balik…”
Yang mendengar cerita saya ketawa beramai-ramai. Pelik tapi benar. Manusia seperti sudah hilang malu hanya kerana perasaan kedekut. Perkara perkara begini bukan sahaja berlaku pada orang Malaysia, tetapi pada semua orang di dalam dunia ini. Saya teringat cerita suami. Satu hari kedutaan Turki mengadakan majlis makan-makan di hotel besar 5 bintang di tengah Bandar Kuala Lumpur. Ada beberapa orang kawan-kawannya datang membawa bersama plastic dan membungkus makanan untuk di bawa pulang. Aduhai..malu sungguh kata suami dan berkali-kali saya ingatkan suami jangan buat perangai begitu. Saya tak perlu makanan yang dibawa dari luar, di rumah makanan sudah mencukupi.
“Saya tahulah.” Kata suami.
Ahh..bercerita pasal makanan memang macam-macam perangai manusia, ada yang kedekut, ada yang murah hati dan ada yang benar-benar tidak kisah pasal memberi orang makan. Tetapi apa salahnya kita jadi pemurah pada bab makanan. Rezeki yang diberi saya percaya tidak akan berkurangan kalau kita memberi orang makan terutamanya pada keluarga sendiri.
Diriwayatkan dalam Shahih al-Bukhari dan Muslim, dari Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma, ia berkata, "Rasulullah saw. adalah orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan pada bulan Ramadhan, saat beliau ditemui Jibril yang datang untuk menyimak bacaan Al-Qur`an beliau. Jibril menemui beliau setiap malam pada bulan Ramadhan lalu Rasulullah membacakan kepadanya Al-Qur`an.
Ketika Rasulullah saw. ditemui Jibril, beliau lebih dermawan dalam kebaikan daripada angin yang berembus.”
Hadits ini diriwayatkan pula oleh Ahmad dengan tambahan, "Beliau tidak pernah dimintai sesuatu kecuali memberikannya.

2 comments:
kak yati sy pun ada gak kes cm ni.. kira sedara gak, lau pi umah dia susah nk dpt mkn (sesuai ker ayat ni). berkira sgt bab mkn padahal hidup senang gak.adik beradik mak ramai 9 org, jadi kalau mkn kt kg tuh mmg fam diaserbu dulu, kalu pagi beli nasi lemak, dia pgl anak2 dia mkn, dia collect dulu,, tak cukup ngan 1bungkus, sampai 2 3 bungkus.. tak fikir org lain dah mkn ker lum. mmg seme tak suka ttg perangai dia yg 1 ni.tpi bila masak kt dapur tak mau tolong pun, tau nk mkn jer. pernah sekali kitorg order mc'd kt kg.tny dia dia x nk padahal anak dia da mintak. bila mc'd sampai anak2 dia keliling kitorg, pas tuh ayah dia kata ambik la kt akak tuh sikit, ambik kt makcik ni sikit. sabar je la aku ni..
kes saya pun sama. kat ofis saya padahal semua staff kat situ org kaya2 tp tiap kali lpas abis meeting sibuk dok tapau nak bawa balik umah biarpun anak sikit 2 @ 1 org je.Asal ada lebih je nak tapau.Ade satu amoi lagi lucu, tiap kali lunch sikit je dia makan budget dia dlm rm4 kebwh.Budget gila.Tp kalu ade welcome party, farewell party & ape2 party kat mana2 hotel @ restaurant dialah yg order makanan paling mahal.Walhal parents dia bisnessman.Berkira btul bab makan.For me, makan mesti cukup asal ,xkira mahal atau murah asal jgn membazir.
Post a Comment