Di sini sedikit info mengenai penceraian talak dan juga melalui fasakh.
PENCERAIAN TALAK
Talak merupakan kalimah bahasa Arab yang bermaksud "menceraikan" atau "melepaskan".Mengikut istilah syara' ia bermaksud, "Melepaskan ikatan pernikahan atau perkakhwinan. Jika suami melafazkan kalimah ini ke atas isterinya, maka dengan sendirinya mereka berdua telah terpisah dan isterinya berada dalam keadaan iddah . Jika semasa isteri di dalam iddah kedua pasangan ingin berdamai, mereka boleh rujuk semula tanpa melalui proses pernikahan.
FASAKH
Fasakh bererti memutuskan pernikahan tanpa menjatuhkan talak, perkara ini hanya boleh diputuskan apabila pihak isteri membuat pengaduan kepada Mahkamah dan Hakim mensabitkannya setelah perbicaraan. Fasakh boleh berlaku dengan beberapa sebab sebagaimana terdapat di Fasal 49 (1) undang-undang Amla seperti berikut :
1. Suami telah mencuaikan pemberian nafkah atau tidak memberi nafkah untuknya selama tiga bulan.
2. Suami telah dihukum penjara selama tiga tahun atau lebih dan hukuman itu telah menjadi muktamat.
3. Suami tidak menjalankan kewajipan-kewajipannya sebagai seorang suami terhadap isterinya selama satu tahun dengan tiada sebab yang munasabah.
4. Suami mati pucuk pada masa berkahwin dan terus-menerus begitu.
5. Suami gila atau mengidap penyakit merana yang akan mengambil masa yang panjang untuk menyembuhkannya atau tiada harapan sembuh dan jika diteruskan perhubungan suami-isteri akan menjejas kesihatan isteri.
6 Suami berlaku kejam terhadap isteri iaitu seperti :
a. Selalu memukul isteri atau menjadikan kehidupannya sengsara disebabkan oleh b.kelakuannya yang kejam sekalipun tanpa menggunakan kekerasan.
c. Bercampur gaul dengan perempuan-perempuan lucah atau hidup dalam kehinaan.
d. Mencuba memaksa isteri supaya hidup lucah.
e. Menghalang isteri daripada melaksanakan perintah agama.
f.Tinggal dan bersekedudukan dengan perempuan lain yang bukan isterinya.
g. Jika suami mempunyai isteri lebih dari satu, suami tersebut tidak melayannya dengan adil sebagaimana yang dikehendaki oleh hukum Islam.
7. Kerana sesuatu sebab yang lain yang diakui sah untuk cerai fasakh di bawah hukum Islam.
1 comments:
Tulung terangkan lagi..apakah sahnya mahkamah meluluskan isteri menuntut Fasakh atas alasan suami tidak dapat atau gagal untuk memberi nafkah selama tiga bulan semasa perbicaraan dijalankan, Gagal nya suami memberi nafkah tersebut adalah disebab kan si isteri menahan suami dengan kekerasan daripada memasuki rumah kelamin sejak mulanya pembicaraan tuntutan fasakh ini...
Post a Comment