Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, November 20, 2008

MAAFKAN KAMI

Puan,Semlm saya membeli novel Harum Chempaka. Ini novel ke empat puan yg saya beli & baca.Seronok rasanya membaca novel-novel puan. Saya terpaksa menunggu sale dr popular utk mendapat potongan yg menarik utk membeli novel puan ini.Mungkin puan ketawa apabila membaca apa yg saya tulis ni. Yelah sekadar RM 24 saya terpaksa menunggu utk membeli.Sebagai suri rumah ini lah yg saya hadapi. Suami bukan golongan berpendapatan yg tinggi dan anak2 juga perlu macam2.Duit segala-galanya.
Puan,21/Mac/08 saya di kejutkan dgn berita suami di sahkan mengidap penyakit jantung.Sedih. Entahlah mgkn ini dugaan dr ALLAH buat saya. Saya redha.Novel puan Cinta jangan kau pergi & Andai semlm ku miliki menjadi peneman saya selama 2 minggu di HKL. Alhamdulillah ALLAH masih memberi peluang buat suami menemani hidup saya. Dr sinilah mulanya hati saya tertawan dgn novel2 puan.



E-Mail ini saya baru buka semalam. Ada banyak lagi yang ditulis oleh penghantar email yang berasal dari Puchong ini. Email yang membuat mata saya basah. Sedih dan terharu. Terharu dan sedih kerana walaupun beliau tidak bekerja tetapi masih mahu membeli buku saya apatah lagi ketika suaminya sedang sakit. Saya sedar RM24 memang bukan harga yang murah pada sesetengah orang. Harga sekampit beras seberat 10 kilo yang boleh dimakan satu keluarga selama dua minggu. Saya benar-benar rasa bersalah dan memohon maaf pada pembaca tersebut kerana mungkin harga buku saya agak membebankan beliau.
Namun kenaikan harga barang termasuk harga pengangkutan dan kertas memang tidak boleh dapat dielakkan. Bukan sahaja kenaikan harga tidak dapat dielakkan tetapi otak saya yang selalu berfikir juga tidak dapat mengelak daripada menulis dan terus menulis sehingga menambah banyakkan bilangan muka surat. Semakin banyak bilangan muka surat, sudah pasti harga pencetakan bertambah mahal.
Kadangkala memang saya cuba menulis dengan mengurangkan jumlah muka surat tetapi semakin lama menulis semakin banyak idea yang saya ada. Kalau dahulu saya menulis anggaran 500ms sekarang sudah menjangkau 700ms. Betapa saya cuba mengurangkannya betapa makin itulah saya semakin banyak idea…aduhai..aduhai.
Buat masa sekarang memang saya tidak boleh melakukan apa-apa untuk mengurangkan harga buku. Cuma yang boleh kami lakukan, memberi potongan harga 20% pada mana-mana pembeli yang membeli terus dengan datang ke pejabat NB Kara. Itu sahaja cara yang kami dapat bantu dan sekali lagi maafkan kami.

7 comments:

SaYanG kidA said...

salam semua,

buat puan pembaca yang email yati letakkan di sini, saya turut simpati dgn luahan anda.. moga puan tabah menghadapi dugaan Allah swt.. saya juga doakan agar suami puan cepat sembuh ameennnn.

wassalam
-anim-

Anonymous said...

assalaumualaikum
saje je nak menambah, kalau pergi ke kedai buku di Jalan TAR, peniaga- peniaga disitu memang memberi diskaun ke atas semua novel-novel yang dijual. kalau tak silap potongan 20% jugak.
-wan -

hertiny said...

Kak Yati...kesian sungguh dengan akak tu....kalu dekat tiny boleh pinjmkan dia semua koleksi buku kak norhayati berahim...dari syarikat pena creatif (klu tak silap) alaf 21 dan skarang nb kara. tapi jauh...

Anonymous said...

Buat pengirim email kpd Yatie, bersabarlah menghadapi dugaan Allah. Semoga suami puan cepat sembuh. Puan telah memilih jalan yg betul mengisi masa dg membaca,disamping menjaga suami tercinta. Kuatkan semangat puan. Kpd. Yatie... tak mengapa tulis berapa banyak m/surat.

sayangibu said...

Simpati dengan pengirim email kepada Puan Yati. Semoga beliau tabah mengahdapinya. Rasanya, dia mungkin blh menjadi ahli kedai buku contohnya Popular yang beri 10% diskaun untuk pembelinya. Tapi itulah,nak jadi member pun,harus bayar fees juga. apapun..semoga dia tabah menghadapi dugaan.
Puan yati..salam singgah dari saya...semoga puan akan menghasilkan karya2 yang lebih indah lagi pada masa akan datang. saya memang meminati karya-karya puan. semuanya dlm koleksi saya...

Anonymous said...

salam...
buat peminat novel melayu, tak perlu la anda menunggu popular mengadakan sale @ jd ahli popular utk m'dptkan diskaun...rugi jerk sbb diskaun pun hanya 10%....

kalau nak beli novel, pergilah ker jalan TAR..sy selalu beli novel di Pustaka Mukmin yang dekat dengan Bazar Roshni...kat sini..mmg automatik dpt 20% diskaun utk semua novel melayu...so mmg jimat...takpayah byr anual fee utk jd ahli...

shila said...

mmg sejak dulu sy minat baca novel kak yati dan novelis lain, mula dgn meminjam , kemdn saya mula beli buku secondhand. Di Ipoh ada kedai NovelHut iaitu kedai yg sewa/beli buku,pantang ada buku kak yati mesti beli dan buat koleksi. selalunya saya ke situ jika nak cari novel2 yg bukan keluaran terbaru. kdg2 saya beruntung dpt beli 3 novel harga RM24 keluaran 2-3 tahun yg lepas oleh penulis2 tempatan. buku 'cinta jgn kau pergi' pun saya beli di situ. Alhamdulillah bila rezeki ada lebih, barulah saya dpt beli buku yg baru, itupun budget 1 buah utk sebulan. Kepada Puan, tak mengapalah kita agak ketinggalan, cuma jgn langsung tertinggal! Semoga tabah!