Khamis lepas, saya ambil Qaisara dari sekolah, agak awal. Yelah dari pagi hantar dia ke tadika, saya terus ke pejabat. Kemas pejabat baru dan pasang rak buku. Pukul 11 sarapan pagi terus ambil Qaisara dalam 11.20. Ketika saya datang, terdengar beberapa orang rakannya mengeluh. Ketika itu mereka sedang mewarna.
"Qaisara kenapa awal sangat nak balik?"
Qaisara ni dia tak kisah, kalau nampak sahaja muka bibik atau muka saya. Awal tak awal dia mesti nak balik. Lagipun cikgu dia tak kisah sangat, memandangkan dia baru 4 tahun.
"Janganlah balik.."
Terdengar kawan-kawannya berkata. Rupa-rupanya, kawan-kawannya ini ada dalam 5-6 orang, meminjam pensil warna dari Qaisara. Oh..pensil warna Qaisara setiap hari akan kami periksa. Kalau hilang akan kami tambah dan tampal sticker namanya. Kata Qaisara kadangkala sticker nama dia pun kawan-kawan buang dengan menggunakan air ludah dan ambil pensil warna tersebut. Hendak saya marah, nanti dia akan cakap.
"Macam tu Teta tak payah pergi sekolahlah?"
Jadi apa nak buat? Diam ajelah. Rupa-rupanya kawan yang meminjam bukan seorang dua, ramai. Patutlah pensil warnanya asyik hilang sahaja dan gurunya beritahu, Qaisara murah hati. Bila mahu mewarna, dia akan lambakan pensil warnanya. Siapa nak pinjam..ambillah.
Alah..Qaisara, Qaisara..memang saya ajar .....jangan kedekut dan sering berkongsi. Tapi kalau macam ini selalu, ..taukeh balak pun gugur rambutnyakan? Ha ha ha..
4 comments:
salam ziarah di waktu pagi...
takpe kak yati... umi teta taukeh buku... rambut cepat tumbuh... tak gugur..hahaha
Kesiannyer Teta...orang baik selalu jadi mangsa buli orang kan kak?
Kak Tie. Anak saya pun sama...thn 2010 dah dekat 6 kali beli pencil color baru....hangin...hangin...
Qaisara dah dididik macam tu kak. Jadinya sampai bila-bila pun dia tak pandai lokek dengan orang.. makin besar dia nanti dia taulah batas untuk murah hati dengan orang.. :-)
Post a Comment