Saya beli lebih kurang lampu yang begini...
Jadi lampu tidur amatlah penting bagi saya.
Ada sekali lampur tidur mentolnya terbakar. Tidak keruan tidur saya.
Saya teringat kata seorang ustaz masa saya kecil dahulu. Ustaz itu pun sudah lama meninggal dunia.
"Kalau tidur, jangan tidur bergelap. Letaklah sekurang-kurangnya api pelita, kerana syaitan mudah berkampung dalam kegelapan.."
Sampai sekarang saya tidak begitu faham apa yang cuba disampaikan, walau saya cuba mencari hadis sahih tidak boleh tidur bergelap. Tetapi tidak pula berjumpa.
Tetapi ingat tak dulu-dulu di kampung. Ketika tidur api pelita pasti ada.
Walau matanya berjelaga, tapi ianya tetap berguna.
Beberapa minggu lepas, saya beli beberapa buah lampu salah satunya seperti di atas.
Saya letak dalam setiap bilik, supaya tetamu datang senang mereka gunakan.
Tapi minggu lepas, ramai tetamu datang. Bilik 3 yang kosong semuanya dipenuhi
Tapi tidak ada seorang pun yang mengunakan lampu ini..
Saya silap perkiraan
kerana kesukaan orang tidak sama dengan kesukaan saya..
7 comments:
Akak pun tak boleh lena jika tak de cahaya..
salam akak...adake dalam bilik teta ? tak nampakpun lampu tu...hahaha saya pasang lampu yang dekat bilik mandi tu je. Asal akak tak cakap awal2? kalau tahu za gunalah lampu tidur tu.
cantik lampu ni :)
kalau saya datang tidur sana..boleh la guna lampu itu...he he he...
tu ler kans kak..lain org lain seleranya..
selera kite same..tdo mesti nk ade cahaya walopon samar2..lemas kalu gelap hehe
salam yatie...
june pun tido mesti nk ada lampu...samar2 gitu, kalo tidak lemas macam nk semput....hehehe :)
saya x leh tidur dlm bilik yg gelap.. rasa lemas.. lebih lagi dah ade anak ni..
Post a Comment