Keperluan anak-anak dalam hidup mereka hanya beberapa perkara sahaja. Tidak seperti orang dewasa, macam-macam keperluan dan kehendak yang harus di kejar dan dipenuhi.
Bermain-main.Terutama bila rama begini, keperluan bermain lebih tinggi dari segala-galanya. Qaisara dan sepupu-sepupunya yang datang ke rumah baru-baru ini.
Bermain lagi, sebentar tadi in-door sekarang outdoor.
Ini salah satu keperluan selepas penat bermain. Minum susu atau makan. Tidak ada susu ini Qaisara seperti tidak bernyawa. Balkish pula minum bila Qaisara minum. Botol dan susu, semuanya kepunyaan Qaisara dan Balkish hanya minum sahaja.
Tidur. Ini juga satu keperluan. Hendak tidur mengamuk, tak cukup tidur pun mengamuk. Inilah anak-anak..
Keperluan kanak-kanak meningkat bila usia pun makin menginjak. Keperluan yang dahulu hanya 4-5 ketika kecilnya akan meningkat sehingga berpuluh-puluh sehingga sukar kadangkala mahu membezakan di manakah keperluan atau kehendak?
Cuma yang pasti, keperluan ketika mati adalah kain putih dan amalan yang kata lakukan dalam kehidupan kita.
3 comments:
salam yatie....
teringat pula pada zaman sekolah masa belajar perdagangan....
keperluan dan kehendak....
bila zaman berubah keperluan sudah bertukar menjadi kehendak... seperti hp, tv, komp. sepatutnya hanyalah kehendak tapi sudah menjadi keperluankan....
hehehe...(^_^)
salam...
hehehe..sudah tersilap diatas tu...
'bila zaman berubah keperluan sudah bertukar menjadi kehendak...'
sepatut ayatnya begini:
'bila zaman berubah kehendak sudah bertukar menjadi keperluan...'
maaf diatas kesilapan yg berlaku...
seronok bila jadi kanak2...main main..makan tido..hehe..zaman yg paling best ketika kanak2...
Post a Comment