Rumah saya ni tak ramai, bahkan yang kuat makan pun hanya Mr Seyit Kara. Tapi makanan dia dengan makanan saya dan pembantu rumah berlainan. Jadi makanan yang tak habis selalunya makanan sayalah. Kadangkala kuah asam pedas, kerepek, meehon goreng dan sebagainya.
Satu hari saya pesan dengan bibik. Kerepek dan kuih raya banyak lagi, bagilah sesiapa. Kawan-kawan dia atau pengawal keselamatan yang berada di jalan masuk ke Taman perumahan kami ini.
Jadi bibik pun masuk dalam plastik bungkus bagilah kepada rumah yang ada pembantu rumah.
Tapi...bila balik, pembantu rumah saya di tahan oleh jiran berbangsa India.
"You pergi mana. Bawak banyak bungkusan?" Tanya jiran itu.
"Pergi bagi makanan aunti dekat kawan-kawan saya.."
"Majikan kamu tahu tak?"
"Tahu auntie..."
"Betul aik kamu tak curi?"
Terperanjatlah bibik, memang selama ini dia sering memberi makan kawan-kawannya. Saya pula tidak suka melihat makan terbiar di bawah tudung saji.
"Taklah auntie.."
"Tak apalah, ingat kamu curi.."
Bibik balik dengan muka yang sedikit kecewa. Riuhlah dia bercerita dengan saya. Saya bertahu bibik sudahlah, kita mahu berbuat baik bukan senang sebenarnya. Itu hanya dugaan kecil sahaja. Asalkan kamu tidak mencuri sudah...
aku bukan budak baik
9 months ago
10 comments:
alahai.. sian bibik. sy plak terasa. sbb sy bibik jugak. ngeee.
kirim salam dgn bibik kak yati. :)
Betul kak...terkadang bersedekah inipun org memandang serong. Kita sedekah kain baju terpakai yang masih bagus, kita pula dikutuk di belakang.
Untung bibik dapat akak sebagai majikan..akak baik
jiran plak yg sibuk kan..hmmmm mcm2..
jiran prihatin tu...eheh.
kadang2 kebaikan kita sering di salah ertikan.....
huhuu, siannya bibik akak...
tu lah org suka bersangka2...
kak yati...saya rindukan suasana jiran yang kejap kerumah saya, kejap kerumah dia,boleh cerita2...huhuhuhuhu
sian bibik sure teguris sket hati beliau..x pasal2 dipandang serong pulak dek si jiran eksyen tuh..
prihatinnya.....tak apa2 pedulikan apa org kata asalkan niat baik....
Post a Comment