Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Monday, October 4, 2010

HA HA BIBIK PUN KENA!

Bibik saya sudah selamat kembali ke Malaysia selepas bercuti sebulan! Bukan sahaja saya gembira tetapi bibik pun bila ternampak saya menanti dia di lapangan terbang, melompat-lompat macam nampak boyfriend. Ha haha..Qaisara ketika itu tertidur di dalam kereta. Bila bibik duduk dan peluk dia, dia tercengang-cengang. Mungkin macam mimpi agaknya melihat bibik berada di sebelah dia.
Banyak sungguh barang yang bibik bawak. Termasuklah kiriman saya, tudung, baju kaftan. Bahkan telur asin pun bibik bawak balik. Kata bibik telur asin yang dibuat sendiri dibalut dengan batu bata bersama garam dan telur masin itu dikukus jam 3 pagi. Yelah..3 pagi dia sudah bangun dan tidak boleh tidur katanya.
Cuma saya tak puas hati dia belikan saya salak 2 kilo sahaja. 2 kilo dari airport ke rumah saya dan suami sudah langsaikan. Kebulur sungguh suami isteri inikan?

Hadiah untuk Qaisara. Macam-macam. Botol air itu Qaisara sudah beritahu bibik, satu untuk Danish dan satu untuk Balkish, walaupun sebenarnya bibik belikan untuk dia semua. Dia sukakan patung kak rose tapi tidak sukakan Mei-Mei. Kasihan Mei-mei terbiar sahaja. Kata bibik nasib dia tak belikan Rajoo. Mesti Qaisara pun tak suka Rajoo.


Pagi esoknya bila bibik bangun dan kami sama-sama mengemas pokok bunga di halaman rumah. Bibik ketawa-ketawa bercerita.
"Umi, saya dari balik semalam tertanya-tanya. Kenapa saya dengar dekat rumah umi ni orang asyik menghembus hingus?"
Aik..menghembus hingus? Apa pulak bibik ni?
"Yelah..malam tadi, saya tengah mengosok saya dengar orang macam bersin dan hembus hingus, saya buka pintu. Ingat umi turun dari atas. Tak ada pun. Heasy.seram pula saya.."
Bibik ni biar betul?
"Pagi ini bila saya menyapu dan mengemop lantai tiba-tiba baru saya perasan. Spry pewangi rumah yang baru umi  letak tu. Huh..lega saya umi.."
Ha ha ha..rupanya bibik pun terkena? ALLAH ALLAH.
Saya sebenarnya mahu memberitahu bibik mengenai Air Wreck auto spray tersebut tetapi saya terlupa sebab asyik mendengar bibik bercerita. Yelah..sebulankan banyak ceritakan.  Saya sedar auto spray itu sering memeranjatkan orang.
Bila saya terlupa. Bibik pun terkena..ha ha..


Pokok bunga yang kami belek ni pun gelak dengar cerita bibik!

8 comments:

idasm said...

hehe... bibik pun naik seram sekejap ye. kak, pandai bibik shopping beli brg utk teta yea..

boleh tahan akak n suami makan salak ye. sekejap aje habis 2 kg..

yatie chomeyl said...

sedapnya dpt makan salak ...2kg tu banyak tu kak

Mrs.Sheikh said...

wahhh...best kak yati .. bibik dah balik.. dah tak sunyii lagii :)

Eliss said...

bunyi hembus hingus..hehehe.first time saya dengar benda tu pun saya ingat orang hembus hingus jugak. ha ha ha

GREENJADE said...

hehe xpe kak sama2 terkena baru ngam adil & saksama hahaha!!

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

ida.bibikkan biasa ikut akak shopping, dia tahu apa anak angkat dia tu suka..ha ha..

yatie..akak memang suka bebenau salak, salak solo memang sedap..dia kecil tapi manis..

Mrs sheikh..yelah, ada kawan tgk sinetrone..he he

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

ellismie memanglah macam menghembus hidungkan bunyi dia..he he..

Itulah Tinie, terlupa sungguh nak beritahu itu bibik..ha ha

baby ryu zahid said...

kak ..suka betul saya baca entry akak..hari2x msti buka blog akak.