Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, October 12, 2010

FB

Saya tak pernah buat 2 entry dalam satu hari dan saya ingin mencubanya.
Sebenarnya kebanyakkan entry saya adalah entry tertunda. Saya buat entry sekali 5, dan saya schedulekan satu hari satu entry.
Ini juga adalah entry tertunda. Entry tertunda selama 5 jam.
Saya menulis ini ketika saya sedang demam. Siang tadi saya sudah tertidur agak berlebihan. Jadi malamnya saya sudah tidak boleh tidur. Paling banyak saya tidur adalah selama 6 jam. 6 jam itu sudah cukup banyak bagi saya. Bila saya tertidur banyak begitu saya berasa sedikit kesal.
Kenapa saya tidur terlalu banyak? Kenapa saya habiskan masa saya dengan tidur.? Bukankah lebih baik saya membaca, saya menulis, membelek sedikit tafsiran atau bersembang di FB.
Oh..orang cakap menulis sesuatu di FB juga membuang masa. Sama membuang masanya seperti terlalu banyak tidur.
Tapi bagi saya tidak. Ianya bagus untuk fikiran saya. Saya banyak kutip sesuatu dari FB. Walau kadangkala status saya agak merapu tapi saya mahu melihat reaksi, melihat komen yang tertulis.
Saya mengenali banyak watak di situ.
Ada yang sentiasa memandang kehidupan dengan baik, ada karektor yang suka marah-marah dan memaki hamun, ada pula yang merasakan diri terlalu bagus dan ramai juga yang suka melawak, walaupun kedengaran kasar tetapi saya sudah membiasakan diri.
Senangnya FB ini, kita kenal ramai orang. Jumpa ramai orang. Tak perlu kita ke kedai kopi. Melepak sekadar untuk bertanya khabar..


5 comments:

Marzalina said...

kak...kalau kak post banyak2 entry sehari pun intan suka..sbb mmg suka baca blog kak! hehe

ieda said...

saya suka baca post akak esp ttg si comel teta tu..
ttg FB...saya pun suka lepak kat situ..mencari kawan2 lama.

GREENJADE said...

lepak di fb lg baik dr lepak di kedai kopi bergosip2 mengumpul dosa ye tak kak? ;)

yg penting kita x salah-gunakan nawaitu ber FB

carry on jek kak..dpt gak dijadikan ubat bosan sesambil mengeratkan silatur-rahim.. :)

Leeza said...

hanya dengan fb saya dapat berkawan sebab saya takde kawan di sini. :(

Unknown said...

saya dah malas buka FB.. dulu suka juga tengok status kawan2.. tp ramai sgt yg tag saya dgn mcm2 jualan online..

tp saya setuju semua dgn point2 akak tu... sesekala saya buka juga... tp dah jd malas nak komen.. jengok2 kejap.. baca status kwn2.. senyum2 dgn mcm2 status.. sekadar utk buat hati tersenyum..