Hari Jumaat yang lepas telah berlangsung sedikit majlis makan-makan untuk rakan-rakan pizza. Kenapa saya cakap rakan pizza, inilah rakan yang sering makan pizza bersama. Kham, Kusyi Hirdan suami isteri, Duan a.k.a Atan dan saya. Pada mula Kusyi yang sekarang bertugas di Ghougzhou mahu datang hari Isnin, saya tidak membenarkan sebab saya sibuk kerana mahu mengambil bibik di airport. Jadi saya beritahu datanglah hari Jumaat. Jadi mendengar rancangan tersebut, Kham dan Atan pun mahu turut serta. Lizabujang yang berada di Sarawak jadi teruja dan selepas mengajar, hari Jumaat itu dia terbang ke Kuala Lumpur.
Majlis diadakan di bawah sinar rambulan. Bertemankan lilin. Ha ha..Persiapan yang alah kadar..
Antara makanan yang tersedia. Ha ha..sampai ada yang tak nampak pun apa yang saya masak. Dalam gelap!
Anak-anak dara, mak dara bergambar bukan main lagi. Atan di sebelah saya. Paling gembira kerana Kak Imah yang bercermin mata dan kecil molek orangnya datang bersama anaknya Farhana, Fahmi dan juga suami. Memang amat-amat terperanjat tau!
Ini dia Farhana dengan Kusyi Hirdan, senyuman dia orang sama aje..ha ha
Semua yang hadir di majlis makan dibawah sinar rembulan. Zul suami Kusyi yang menjadi cameraman. Dalam gambar tak ada gambar adik saya Nurul dan bibik. Entah ke manalah mereka. Aik..Qaisara pun tak ada.
Apa jugalah si Feeza tu. Feeza adalah pekerja saya..happy agaknya sebab dapat berkumpul rama-ramai.
Khaidir dan Sharif. Sharif ini sebenarnya mahu beraya di rumah saya di Melaka. Dia SMS saya pagi, malam baru dapat SMSnya dan esoknya saya sudah balik ke Kajang. Jadi saya ajak dia beraya sekali. Dia datang bersama kawan baiknya Khaidir dan adiknya Mustapha. Asal aik..dalam gambar ni si Tapa tak ada? Agaknya pergi ambil makanan.
Camana Pak Seyit ada terselit dalam ini tetapi isterinya tak ada. Ha ha ha..Terima kasih darling ya sebab sentiasa menyokong isteri you. He he he..Atan dengan Pak Seyit dah macam anak dengan bapak le pulak. baju pun nak dekat sama. He he..
Oh..ini baru ada gambar Nurul dan Qaisara..
Pak Seyit dengan favourite attire dia, kain gombang atau kain pelekat..ha ha ha..Atan..apa yang kau jenguk tu Tan! Ha ha ha..
Apa hal le pulak. Ha ha..Si Kham ni komplen 9.9 hari jadi dia hari itu tak ada orang yang wish pun. Yelah masing-masing sibuk beraya. Kalau tanya saya? Minta maaf banyak-banyak. Saya orang yang selalu mengingati kawan tetapi saya jarang ingat hari jadi kawan saya waima hari jadi saya sendiri. Jadi kami suapkan dia ramai-ramai. Wish belated birthdaay. Biar puas hati dia. Ha ha ha..
Lepas makan main jongkang jongkit le pulak anak-anak dara ni..he he..Kham dan Liza Bujang, sebelah saya yang sedikit menyorok itu Fahmi anak Kak Halimah..
P/s semua gambar ini adalah sumbangan dari Zul dan Kusyi Hirdan. Saya ambil dari FB. Thanks untuk kau orang berdua ya!
5 comments:
best pulak makan2 kat open air..
kak ,
ni makan2 kat tmn depan rumah ke...
bestnya.. kak llizabujang pun terbang ke KL...
puashati tgk pic kali ni. besar2 dan siap ada detailnya. tahniah kak. majlis brjalan lancar.
wow soooOoooo hapening tuh kak
* aikk mcm x jemput saye jek..patot lah mcm lapau2 jek mlm tuh..ada mkn2 rupa2nya hahaha :p **
kak yati, hidup kak yati membahagiakan.......:)
Post a Comment