Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, October 12, 2010

ABANG DI HARIAN METRO

(Abang saya yang pakai kopiah putih)

KELEBIHAN ‘pandai bahasa’ tentu sahaja untuk manfaat di bidang perniagaan. Itu pendapat kebanyakan orang dan sememangnya ia pulangan yang jelas dari segi material.



Namun, mengintai jauh, pengetahuan bahasa selain memberi keyakinan diri, juga memungkinkan kita lebih memahami budaya bangsa lain serta mudah diterima bangsa itu. Bagi orang Islam, ini turut memudahkan terjalinnya persahabatan dan usaha dakwah penyebaran Islam.

Belum terlambat sekira­nya kita yang sudah berusia mahu mempelajari bahasa, sebagaimana usaha mempelajari al-Quran yang tiada had masanya.

Selain bahasa Cina dan Tamil yang popular di kalangan masyarakat Melayu, bahasa Arab juga paling mendapat perhatian dengan wujudnya banyak sekolah agama di negara kita bagi peringkat rendah dan menengah.

Sebagai orang yang pernah bersekolah Cina sepanjang sekolah rendah­nya, Mazlan Berahim, 45, yang kini bertugas sebagai guru agama di sekolah swasta, mengutip pengalaman berharga sepanjang persekolahannya di situ.

“Sebenarnya, ketika itu saya rasa amat terasing kerana terpaksa bersaing dengan bangsa Cina kerana semua bahasa pengantar mata pelajaran dalam bahasa Mandarin kecuali mata pelajaran bahasa Melayu dan Inggeris

Cabarannya memang tinggi. Sebab itu pada pendapat saya, sekiranya anak Melayu hendak bersekolah Cina, ia harus diajar guru Melayu yang berkemahiran di bidang itu. Ini supaya pelajar Melayu lebih teruja dan guru itu sendiri menjadi contoh dan teladan terdekat kepada mereka,” katanya.

Mampu bertutur dalam bahasa Mandarin memang meningkatkan keyakinan Mazlan dan dia berbangga mempunyai kelebihan kurniaan Allah itu. Kelebihan yang ada turut diturunkan kepada tiga anaknya dan mereka boleh bercakap serba sedikit dalam bahasa Mandarin walaupun tidak begitu fasih kerana anak Mazlan sendiri bersekolah di sekolah agama dan sedang mempelajari bahasa Arab.

Boleh berbahasa Mandarin membuatkan interaksi dengan pelbagai kaum menjadi mudah dan saya makin mengenali mereka dengan lebih dekat, begitu juga sebaliknya. Bahkan ini juga menyenangkan urus niaga sekiranya saya mahu membeli barangan yang dijual orang Cina.

“Sebab itu, saya bersetuju pembelajaran bahasa ketiga ditekankan kepada semua kerana Allah menjadikan semua bangsa agar saling kenal mengenali melalu bahasa. Melaluinya, budaya dan adat resam lebih difahami dan dihormati,” katanya.

Sedikit petikan di Harian Metro.


4 comments:

idasm said...

cayalah kat abang akak, pandai berbahasa mandarin. susah jugak bhs tu kan.

GREENJADE said...

betul tuh kak..sgt2 untung bila pndai bahasa ke-3 nih..byk kelebihan yg x terungkap :)

sy juga bersyukur & beruntung kerana selain 2 bahasa..mandarin juga digunapakai seharian dlm kerjaya saya skg..o ye lg untung sjk baby lg mak dh berinteraksi diselang-seli dgn bhs hokkien dgn kami hehe :)

Nurul Zahar said...

Assalamualaikum,

Wah rupanya itu abang Kak Yati. Bangganye saya. Bangga kerana ada satu lagi keluarga Melayu yang fasih berbahasa cina. Keluarga saya pun begitu. Arwah nenek, sepupu sepapat, pakcik makcik dan adik-adik saya semuanya bersekolah cina dan fasih berbahasa Cina. Cuma saya sahaja yang dihantar ke sekolah agama sebab Abah mahu saya menguasai bahasa Arab.

Alhamdulillah, saya juga di hantar ke Sudan untuk belajar bahasa Arab dan saya balik ke tanah air dengan segenggam ijazah setelah 6 tahun berada di sana.

Tak akan rugi kalau kita belajar bahasa asing ni, lebih-lebih lagi Mandarin yang menjadi antara bahasa digunapakai rakyat negara ini. Kita ada satu kelebihan yang mungkin tak akan ada pada orang lain.

Selain itu, saya dapati budak melayu yang belajar di sekolah cina, integriti mereka sangat tinggi. Melayu boleh, ISLAM boleh! Kerana bukan mudah untuk orang melayu bersaing dengan bangsa cina di sekolah cina. Bukan mudah juga untuk menjadi ISLAM di kalangan bukan islam. Jadi, budak-budak ni punya semangat juang yang tinggi. Tak mudah kalah n tak cepat putus asa. Itu yang saya nampak pada diri adik-adik saya, Alhamdulillah.

Apapun, tahniah pada abang akak n akak sekeluarga. Qaisara dah cukup 3 korum; BM, BI, Tukey. Lepas ni bolehlah tambah satu bahasa lagi. Hehe.

Unknown said...

adik2 saya pun antor anak2 nya ke sek cina..
anak2 saya tak tau lagi.. hajat tu ade... :)