Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Saturday, July 31, 2010

MAKAN PIZZA

Beberapa hari yang lepas Qaisara meminta saya membuat pizza. Sudah lama sungguh saya tidak membuat pizza. Base pizza yang saya selalu beli pula tidak ada dalam simpanan. Lantas saya memberitahu dia, tidak ada bahan untuk membuat pizza.
"Jomlah umi kita pergi makan pizza."
Qaisara jarang meminta makanan dan tidak begitu gemar makan. Jika dia sukakan sesuatu sudah pasti rasa kasihan pula. Cuma kalau dia sudah makan, dia tidak akan makan berulang kali. Cukuplah sekali. Seperti babanya yang tidak reti makan, makanan yang dihangatkan. Kalau suami ada di rumah, kalau tiga kali makan sehari. Tiga kalilah saya akan memasak untuknya.
"Umi banyak kerjalah Qaisara.."
Muka Qiasara sudah masam mencuka. Mahu keluar  saya malas, jadi saya pesan sahaja Domino pizza. Mendengar saya memesan pizza, Qaisara sudah pasti gembira. Sebaik sahaja pizza datang, dia terus menghadap dan selepas makan dua keping pizza, dia terus berhenti. Selepas makan saya tengok dia berjalan mengelilingi sofa.
"Cukup ke sayang. Makan lagilah?"
Suruh saya, dia mengelengkan kepalanya.
"Cukuplah umi Teta dah kenyang.."
Jawab Qaisara, saya tengok hampir 10 kali dia berjalan mengelingi sofa. Apa kena dengan Qaisara ni?
"Teta tak boleh duduk ke. Pening kepala umilah?"
"Sekejaplah umi, teta nak excersie ni. Teta dah makan pizza nanti Teta gemuk!"
Ya ALLAH budak 4 tahun, risau gemuk selepas makan pizza? Ha ha ha ha..anakku, anakku!

8 comments:

idasm said...

hahaha.... kecik2 dh pandai risaukan gemuk ye kak...

Leeza said...

wahhhh, tabik spring dengan teta...mana agaknya dia dapat idea pasal gemuk ni ye kak?

Pija Madzlan said...

hihi....teta mmg cumillah :)

Nor Azlina Yusof said...

Uikk..baru 4 tahun dah risau gemuk..budak2 skrg..cpt sgt adapt dgn dunia org dewasa

Matahari said...

teta anak yang bijak! kalau jumpa teta nak cubit2 pipi dia..hehehe

GREENJADE said...

uikhh kemain anak dare akok tuh ek..sape la tok guru dia ek?

ekekeke

Hamizah said...

xgemuklah teta..

Unknown said...

kak,
sama lah di rumah ni.. anak2 tak suka makan makanan yg dipanaskan.. mesti masak berlainan... letih gak, kena masak pagi, tengahri, ptg... mujur la malam depa tak memberontak nak makan.... ;)
kira masak lewat petnag terus kira sbg dinner la...