Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, July 29, 2010

TENGOK LAMPU

Orang lain dah puas agaknya ke I-City, saya baru ada masa ke sana. I-City yang dipenuhi dengan lampu berwarna warni itu memang memukau mata memandang. Namun mungkin kawasan ini masih baru dan banyak lagi kawasan yang belum disiapkan. Masuk pun percuma, kecuali bayar parking RM1 sahaja. Tidak tahulah mungkin satu masa nanti akan dikenakan bayaran.

Kedatangan kami disambut dengan lampu yang berwarna warni. Wow! Itu perkataan yang keluar dari mulut anak saya apabila melihat lampu-lampu yang menyambut kedatangan kami.
"So nice umi! Cantiknya.."


Rama-rama ini antara salah satu lampu yang mengalu-galukan kedatangan pengunjung.



Qaisara yang begitu teruja sekali. Umi dia pun teruja juga tapi masakan nak tunjukkan. ha ha ha..memang cantik lampu-lampu di sini.


Kamera saya buat magik. Buah ceri ini berwarna merah tapi keluar warna oren. ha ha..Nampak sangat tak tahu pakai kamera.


Ulat beluncas atas pokok. Qaisara bertanya saya.
"Umi..mahal tak umi lampu ni?"
"Entahlah sayang, murah agaknya.."
"Asal tak beli letak depan rumah kita.." ha haha..soalan maut tu!


Siapa lebih comel? Qaisara ke atau ke dua-dua kuda laut ni.



Itik pulang malam!


Emak katak dan anak-anaknya mencari bapak katak yang hilang entah ke mana.



Sempat bergambar dengan keluarga tercinta. Bibiklah yang tukang ambiknya..he he he


14 comments:

idasm said...

o inilah yg dikatakan I-city ni yea. mmg cantik lampunya, best pulak ida tengok. akak , ida suka pic last akak tu berlatarbelakangkan pepohon lampu yg begitu cantik sekali.

pinky mouse said...

sebelum ini parking free lagi, sekarang dah kena bayar. for sure lepas ni lagi mahal. tempat tu memang cantik.

AuntieYan said...

Salam Pn. Yati,

Masyaallah! cantek nya..

Errrr...kat mana I-City nih??

Suhana Shahril said...

Haha..kak yati, macam ana lah tu..maknya lagi teruja lebih2 drpd anak2nya

Intanaziela said...

kak yatie...datang ke ICT kenapa tak singgah rumah intan..... intan yang dekat ni pun belum sempat ke ICT kak..nak pergi hari cuti punya la sesak tempat tu...

umie said...

akak...bila akka pergi sana..umie sabtu lepas...parking rm2..kenapa lak akak murah ek..kejap jer dah naik harga..hahahha

NORHAYATI BERAHIM said...

ida..nanti bila2 senang ida ajak suami pergi. Ikut aje signboard, I-City2 tu, memang cantik..bukan Teta aje teruja..akak pun..ha ha

Pinky, lah iye ke..parking dulu free?

kak Yan (kalau panggil aunti macam yati muda sangat le pulak..ha ha). Dekat shah alam kak. Akak pergi ikut aje signboard I-City tu, senang aje dekat2 ITM..

NORHAYATI BERAHIM said...

suhana..itulah kita yang mak2 nikan teruja2 lebih he he

Intan, lah iye ke dekat umah intan. Heasy2..manalah akak tahu, kalau tak boleh makan mee karikan? ha hah ha Intan udahlah mengandung disuruhnya buat mee kari..

Akak pergi hari apa aik umi, minggu lepas hari selasa rasanya. Mungkin hari sabtu dia orang naikkan rm2 tak?

ameeza77 said...

kak yati...
dah banyak benda baru, saya baru jer g past few months dah banyak benda baru diaorg letak yer...

and betul, dulu parking free jer, now dah kena bayar ke?

MissNera said...

salam kak yati..

macam saya teruja juga dapat pergi i-city tu tapi mula2 dah sesat sebab driver dan penumpang pakat tak tahu jalan Shah Alam.

sampai jer tak teruja pon sebab tengah tak sihat.. asyik fikir nak balik jer.

binatang kat situ boleh pegang ke kak? sebab masa saya pergi ada jer pak guard tukang jaga.. dok tegur jangan sentuh! :(

p/s: tak masuk bilik ala2 salji ke kak? lawa juga dengan lampu-lampunya!

Lady Arween said...

Kak Yati..jgn tak caya..Aween yang ddk sebelah I-City n blh pi I-City jalan kaki pun tak sampai2 lagi..hahhhaaa..nampak sgtla..x appreciate kalau ada depan mata..Siap komplem2 lagi kalau balik dr outing mlm minggu..jam kat federal..nie mesti org ramai pi i-city lah ni

GreenJade said...

hehe mcm kate Lady Arween tuh..saye yg dekat sekangkang kera pon x smpai2 ke I-city tuh...asal nk gi jek x jadi nengok ramai sgt manusia hehehe

pndai akak snappy2 foto...lawo2 lah

Rusiah_Hazri said...

cantikkan...sama je tempat yg kita bergambor ni kak yati? dh mmg itu tmptnya ye tak...tapi hr tu tak ade rama2, ulat beluncas dgn mak katak cr bapak katak tu...kira barulah tu...ke mokde yg tak jumpa...

Zilla said...

salam Kak Yati...
Cantek lampu-lampu tu... tapi zilla suka gambar yg last sekali
"KELUARGA BAHAGIA"