Selepas berhenti di Singapadu, kami meneruskan perjalanan ke Gunung Batur. Saya ni kalau ke mana-mana mesti gunung yang saya cari. Tak tahu kenapa saya lebih suka gunung jika dibandingken dengan pantai. Saya sudah menjadi seperti adik ipar saya yang tinggal di Belanda. Kalau naik bukit sedikit sahaja, dia pasti cakap. "Masya-ALLAH, so nice!" Ha ha..yelah Belandakan terletak di bawah paras laut. Mana ada gunungnyakan.
Sepanjang perjalanan kita akan temui pokok-pokok jeruk atau limau yang di tanam di kiri kanan. Ini satu lagi kesukaan saya. Tengok pokok buah-buahan dan sayur-sayuran. Pasti akan teruja sangat walau di kampung ada pokok macam ni. He he..
Ingat Seyit Kara aje nak posing, isterinya nak juga! Tahu tak di dalam bersin tersebut di letak kayu tiga segi dan buah jeruk tersebut disandarkan di kayu tersebut. Nampaklah macam banyak sangat limau itu disusun. Padahal selapis sahaja. Kalau tak faham apa yang saya cuba sampaikan, abaikan sahajalah. Saya sendiri pun tak faham apa yang saya tulis. Ha ha ha..
Anak saya yang teruja macam uminya juga. Qaisara sudah terbiasa naik gunung, turun gunung. Masuk kebun buah-buahan macam uminya. Jadi nampak sahaja buah, dia pun seronok sangat.
Sepanjang perjalananan naik. Cantik sekali pemandangan gunung Batur ini. Di atas ini banyak restoran tetapi hanya satu sahaja restoran halal dan ada surau sekali.

Kata suami, gunung ini macam gunung di Turki. Tidak mempunyai banyak pokok. Saya tanya pemandu saya, kali terakhir bila gunung ini meluahkan lanarnya. Dia sendiri pun tak tahu. Baru-baru ini seorang pelancong Sweden jatuh dan mati dari gunung Batur ini ketika cubaan menakluki gunung ini.
Ini dia Danau Batur atau Tasik Batur. Orang Indonesia panggil tasik, danau. Dikatakan tasik ini mengandungi banyak ikan. Tetapi tidak nampak pula orang menjala atau memancing di sini.
Ini dia Danau Batur atau Tasik Batur. Orang Indonesia panggil tasik, danau. Dikatakan tasik ini mengandungi banyak ikan. Tetapi tidak nampak pula orang menjala atau memancing di sini.
4 comments:
hahaha kak, faham saya pasal limau tu. mula za tengok gambar limau, wah banyaknya limau. murahnya. tapi bila akak kata itu hanya hiasan sebab dalamnya ada kayu segitiga, cehhh. penipu betul. pandai penjual ni.ingatkan banyak giler.
Salam Pn. Yati,
Seronoknya...jalan-jalan lagi.Entah bila Auntie nak dapat peluang macam ni. :-)
salam..kat m'sia pun selalu buat mcm tu..esp kat pasar malam & market..nampak mcm banyak jer benda dlm bakul tu padahal dah alas dgn kertas bagai..
ida pun faham pasal limau tu. pandai diorang guna taktik nak bg nampak bykkan.
kak, cantik gambar gunung tu. kalau akak pakai camera dslr, pasti lagi cantik hasilnya kan.. hehe..
Post a Comment