Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, July 15, 2010

PENYAKIT BATU KARANG HEMPEDU

Baru-baru ini kakak saya yang sulong terpaksa menjalani pembedahan kerana membuang batu karang hempedu.
Batu karang hempedu merupakan suatu penyakit yang diwarisi secara turun-temurun dan tidak dapat dihalang pembentukannya tetapi boleh dilambatkan keujudannya melalui penjagaan kesihatan dan senaman.


FAKTOR YANG MENINGKATKAN RISIKO
1. Wanita di antara umur 20 dan 60 tahun lebih berisiko untuk menghadapinya dua kali ganda lebih daripada lelaki.
2. Sewaktu indeks jisim tubuh (BMI) meningkat, risiko anda untuk menghidapi penyakit batu karang hempedu juga meningkat. Doktor memberitahu kakak saya yang terlalu gemuk menyebabkan batu ini cepat terbentuk.
3. Diet yang berkalori rendah dan menghilangkan berat badan dengan cepat akan mengganggu sistem kimia, menyebabkan pundi hempedu anda kurang mengecut sekali gus meningkatkan risiko anda menghidapi penyakit batu karang hempedu.
4. Kebarangkalian menghidapi penyakit batu karang hempedu turut meningkat seiring usia


JENIS BATU KARANG HEMPEDU
1. Batu karang hempedu berkolesterol. Batu-batu karang hempedu yang berwarna kuning mengandungi kolesterol yang tidak terlarut, walaupun ia mungkin mengandungi komponen-komponen lain seperti kalsium dan bilirubin (sisa-sisa sel darah merah yang lemah). Sebanyak 80 peratus batu karang hempedu adalah batu kolesterol. (ini yang dihidapi oleh kakak saya)

2.Batu karang hempedu berpigmen. Batu-batu kecil berwarna coklat gelap atau hitam terbentuk apabila terdapat terlalu banyak bilirubin.


CARA MENGELUARKAN BATU-BATU INI
1. Kakak saya telah menjalani dua prosedur. Pertama menolak batu-batu yang bertaburan dan dikumpulkan kepada satu tempat. Ketika itu sejenis wayar yang kecil di masukkan ke dalam mulut bersama dengan kamera. Batu tersebut ditolak dan dikumpulkan. Ketika dilakukan beliau dibius tetapi kami dapat melihatnya melalui CD yang dibekalkan oleh pihak hospital.
2. Prosedur kedua, pembedahan laparoskopik kolesistektomi. Kebanyakan surgeri pundi hempedu dijalankan menggunakan laparoskop – sejenis tiub senipis pensel dengan sistem lampu dan kamera video yang kecil di masukkan melalui 3 tebukan yang dilakukan di perut. Batu tersebut dikeluarkan melalui cara ini yang memakan masa lebih kurang 2 jam.


Batu-batu yang dikeluarkan ketika pembedahan. Ngerikan...



14 comments:

umie said...

betul ke umie tengok ni...ngeri la pulak....semoga kakak akak sembuh dgn cepat...

Epelijau said...

ngeri kak..mak mertua sy pun sdg dlm proses utk pembedahan mengeluarkan batu hempedu ni...abg ipar saya menjalani perubatan alternatif- batu hempedu sudah keluar melalui pundi kencing-sangat sakit katanya...beberapa jam tak boleh bergerak...

Marzalina said...

salam kak..

dulu masa intan form 5..mak intan kena batu karang juga..dan buat pembedahan..keluarkan batu tu..punyalah besar kak...sebiji tapi lebih besar dr ibu jari kita ni...warna coklat kehitaman...

betul ke kak sakit ni boleh diwarisi turun temurun?

Suhana Shahril said...

Ana tak berapa ingat bila,tp agak2 semasa form 6,abah ana pernah kena.Kesian,mengerang sakit haa...Rasa2nya guna kaedah kedua laparoskopik.Tebuk kat perut.

AuntieYan said...

Salam Pn. Yati,

Mak mertua Auntie pernah buat pembedahan mengeluarkan batu karang ni. Batu yang keluar berwarna hitam betul-betul macam serbuk hitam yang membaluti telur masin tu,bulat, sebesar guli batu.

Yang Yati tunjukan ni, ngeri pulak ye....

Harap kakak Yati dah sembuh sepenuhnya.

hanisah hassan said...

Salam kak , takutnya.Meremang bulu roma nisa tengok gambar batu tu.

Hamizah said...

mmm..takut..

GreenJade said...

aduhh ngilu2 ngeri rasa..moga yr sis cpt sembuh yea sis..InsyaAllah :)

Intanaziela said...

semoga kakak kak yatie cepat sembuh..ngeri pulak intan tengok batu2 tu kak...

Nadiah Sidek said...

takutnya tgk!

armouris said...

info tentang batu karang di SIHAT SELALU - Punca Batu Karang Terbentuk

idasm said...

ngeri jugak baca pasal kaedah rawatan dia kan.. ngeri jugak tgk batu2 yg dikeluarkan tu..

semoga kakak akak cepat sembuh yea..

kakyong said...

eii takutnya... byk pula tu..

agaknya org yg tetiba kuruskan badan dlm 1 bulan turun 20 kg ade potensi dpt penyakit ni tak... ??!!

Malone Chan said...

Salam pelawat blog Cik Norhayati,

Saya dapat tahu bahawa puan sekalian bimbang akan kemunculan batu hempedu, terutamanya mereka yang baru bersalin, kencing manis dan kolesterol yang tinggi.

Sebelum anda jalani pembedahan, dengarlah saya nasihat saya dahulu.

Izinkan kami memperkenalkan diri kami sebagai pakar menyingkir batu karang pundi hempedu.

Kami, Agro pluz Biotech Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang mengkaji produk bioteknologi kami tersendiri. Dengan pengalaman kami di industri makanan dan bioteknologi selama 20 tahun, kami telah mencipta produk buah-buahan semula jadi kami yang terdiri daripada Roselle, minyak zaitun dan bahan-bahan mineral.

Dalam masa 12 jam sahaja, batu karang pundi hempedu akan muncul di dalam mangkuk tandas selepas proses penyingkiran bahan-bahan buangan. Pesakit tidak perlu risau lagi pundi hempedu akan dibuang jika mereka terpaksa menjalani pembedahan di hospital.

Produk kami telah lulus dan berjaya mendapat pengiktirafan antarabangsa. Antaranya termasuk sijil Halal, HACCP dan sijil-sijil bertaraf antarabangsa. Sila hubungi kami dengan emel agropluz@gmail.com/ 012 345 4977 (Win) untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.

Sekian, terima kasih.


Yang benar,
Marwin