Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Monday, July 12, 2010

KUCING

Rumah saya dah melambak-lambak dengan kucing. Asalnya kucing-kucing ini adalah kucing yang tidak bertuan, musafir dan sakit-sakit. Bahkan kucing rumah jiran sebelah yang entah kenapa tak mahu balik-balik ke rumah tuannya.
Kami bagi dia makan.
Bibiklah rajin bagi kucing-kucing ini makan. Saya rajin belikan makanan aje. Walau harga makanan kucing pun dah naik melambung harganya.
Kadangkala kucing-kucing ini saya kira sampai 15 ekor.
Baru-baru ini kucing jiran beranak dan bawak ke rumah saya. Saya suruh jiran itu ambil, jiran itu cakap. Emak kucing, kucing dia tapi anak kucing bukan kucing? Alamak...
Adakah macam tu?
Semalam bila balik dari melaka. Saya tinggal rumah selama 4-5 hari. Berpuluh-puluh tompok najis ada di belakang rumah yang saya letak mesin basuh dan mesin pengering. Ada najis bawah mesin dan ada atas mesin.
Sian sungguh pembantu rumah saya. Dari pagi sampai malam dia tak lalu makan.



Gambar dari google. Sebab entry ini dibuat ketika saya berada di kampung. Tak sempat nak ambil gambar kucing-kucing saya yang banyak tu.

Bila saya suruh jiran saya ambil anak-anak kucing yang suka membuang tu. Jiran tak mahu, dia suruh bibik pula yang buang. Aduhai..
Apa boleh saya katakan? Malas saya nak bergaduh dengan jiran-jiran yang kadangkala kurang bertimbang rasa ini..
Apa nak dibuat dengan kucing ini? Rumah saya dah jadi macam zoo. Pagi-pagi dengan burung yang hinggap ditembok kerana kami bagi nasi.
Kemudian si Bintik dan Kentang yang sekarang sudah pandai berlari satu padang.
Apatah lagi dengan kucing-kucing ini.
Kasihan sungguh saya memikirkan kucing-kucing ini.
Tetapi mengingatkan kucing ini suka membuang bersepah-sepah, sampai atas mesin basuh.
Gundah juga saya.
Kadangkala saya terfikir.
Kenapa orang suka membuang kucing?
Membiarkan kucing merayau-rayau mencari makan?
Sebab kucing tak berharga agaknya.
Saya terfikir kalau najis kucing jadi emas, sudah pasti tidak ada kucing berkeliaran di muka bumi inikan? ha ha..


Gambar hiasan sahaja. Ha ha..





6 comments:

Leeza said...

kak .tabur serbuk lada atas mesin basuh. kucing takkan berani nak berak atas tu lagi.dulu kucing2 suka naik dan lepak atas kereta hingga calar. kawan cina bagitahu petua ini. dia pernah cuba dan berkesan.

NORHAYATI BERAHIM said...

za nanti akak nak cuba petua tu. tapi lada apa? lada hitam ke?
Za..

AuntieYan said...

Salam Pn. Yati,

Rumah Auntie pun macam tu jugak, jiran suka mengumpul kucing tak bertuan, dibeli makanan kucing, letak dalam kawasan rumah dia, maka berduyun-duyun kucing datang makan. Yang peliknya, time membuang, rumah Auntie jadi sasarannya.Kawasan rumah Auntie tak ada yang bertanah, atas rumput pun jadi tempat melepas. Semalam Auntie membuang 5 lungguk najis yang dilepaskan ke dalam longkang yang tak berair...gerammmm betulla. Bila cakap dengan jiran, dia kata, kucing tak berak rumah dia....sabo je lah kan....:-(

GreenJade said...

sian akak mmg gundah gulana bile happend gini..sabor ye kak byk pahala tau..murah rezki.. :)


sama kes dgn umah saye lah kak..jgn kate kucing..anjing liar..pon dtg btandang kat belakang umah..tak bagi mkn kesian..dah bagi dia bawak suku-sakat dia lak dtg bersantap..udah jd mcm restoran utk haiwan pulak umah nih hahahaha!!

*mcm akak cuma x thn najis2 besepah2..peninggg...pusinggg uhuhuhu *

NORHAYATI BERAHIM said...

Auntie Yan,
hidup berjiran ni kena sabar banyak, jiran yati pula cina, india. Pelihara anjing, ada yang baik budi anjingnya, ada yang selamba masuk rumah kita. Nak bergaduh sesama jiran tak kuasalahkan..
Pasal kucing ni, ada yang kami hantar ke pet shop aje, tak tahan dah terlalu banyak.

NORHAYATI BERAHIM said...

tinie, kucing kalau dia tak membuang bersepah dan berbau busuk macam arnab, mahu pelihara banyak2, tapi najis dia..ya ampun! Pening kita dibuatnya..sembur minya wangi 5 hari 5 malam pun masih ada baunya, he he