Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Saturday, July 3, 2010

HARI SABTU, HARI MAKAN..

Setiap kali keluar sudah pasti makanan yang menjadi tumpuan saya. Cuma di Bali ini, makanan tidak begitu sedap jika dibandingkan dengan Solo atau Jogjakarta. Bahkan kita kena berhati-hati untuk mencari makanan yang halal. Nasib kami baik kerana tempat tinggal kami di Kuta tidak jauh daripada perkampungan Jawa yang rata-rata penduduknya Islam. Bahkan pemandu di sana mengajar bagaimana mahu mengenali orang Islam atau tidak.


Di dahului dengan makanan di dalam kapal terbang. Ini bukan agar-agar tetapi bubur sum-sum yang semuanya kena dengan selera saya. Santan, gula, garam semuanya cukup.




Ikan dengan sambal. Tak tahulah sambal apa. Tapi sedap. Makanan dalam kapal terbang juga.





Sup buntut atau sup ekor. Suami suka dan berkali-kali datang ke kedai ini untuk makan sup buntut. Kami makan di perkampungan Jawa. Terlupa tempatnya tapi tidak jauh dari masjid.




Pelik masakan di sini, nama sahaja berlainan tetapi semunya letak kicap. Ikan tiga rasa. Tak ada apa rasa, kecuali rasa kicap. Makan ajelah. Syukur ada makanan halalkan.


Ayam goreng biasa. Pun diletak kicap.


Saya minta udang goreng mentega. Saya dapat udang goreng kicap. Ha ha..Qaisara suka yang ini.



Ini saya makan di gunung bantur. Secara buffet 70k rupiah seorang. Mereka cakap halal. Tetapi mungkin pork free jadi mereka anggap halal. Saya cuma makan nasi goreng dan juga keledek dan bayam yang dicelup tepung. Tidak berani makan yang berasaskan ayam atau daging.




Ini saya makan di restoran Madiana, ada tanda halal dan saya berani makan nasi goreng ayam. Macam ni harganya RM8. Mahal sungguh! Kalau kat Malaysia RM4.



Satay, 10 batang RM10. Sataynya kecil-kecil dan kuah kacangnya tidak begitu mengiurkan, tapi habis jugalah. ha ha..


Orang Indonesia, mana ada mee kuning ye tak? Semuanya mee macam mee maggi ni. Makan aje asal perut tak lapar.




Ini aiskrim Qaisara yang di makan di Pizza Hut. Pizza Hut seluruh Indonesia adalah halal. Mangkuk aiskrim itu kami ingat free rupanya kena beli. RM3. Qaisara bawa keluar, pekerja Pizza Hut tu perhambat kami minta ongkosnya. Ha ha ha..







8 comments:

Leeza said...

Wahhh...hari sabtu adalah hari makan sedunia....bagailah hari lain tak boleh makan. lain tempat lain makanan...inilah pengalaman mengembara kan kak. Paling menggiurkan aiskrim si Teta....

Rizziela said...

nampak shedap...rasa tak tau

Lady Arween said...

kak Yati..nie menu macam kat msia ja ek..nampak best ais krim teta

kakyong said...

ehh.. lama tak ke sini, blog dah berubah wajah... cantik...

wah akak ke Bali pulak... ;)

Dayah said...

Salam Kak Yati,

Sup Buntut! kekekeke.. Dayah tempoh hari pun baru discover benda ni.. tergelak-gelak sambil tgk menu..

Nama makanan mereka pelik2 di sebut tapi sebenarnya tak berbeza dengan kita pun kan kak. Dayah lebih gemar, food made in Malaysia.. hahahaha..

Tentang hal Halal pun pun ragu2. Macam Dayah hari tu, mula2 tercari-cari manalah logo hal dia ni! Susah benar nak jumpa. Akhirnya tawakal, mujur di hari 3 saya jumpa logo halal. Lepas itu berpandu pada logo halal itu la kak. Memang susah nak bezakan dia Islam atau tidak. Haru biru di buatnya.

ieda said...

kalau kat thailand, ikan tenggiri masak kicap dia sedap sangat.

NORHAYATI BERAHIM said...

Za..memang pun, yg paling mengiurkan airskrin teta, yang lain tu biasa-biasa aje..

Rizziela, rasa ada yang sedap, ada yang biasa-biasa aje

NORHAYATI BERAHIM said...

Aween yelah aiskrim teta tulah yang paling best pun..ha ha

Kak yong, jalan-jalan aje kerjanya, ha ha..

Dayah, akak selagi tak jumpa logo halal tak makanlah akak gambarnya dayah. Ha ha..makan maggi ngan biskut ajelah dalam bilik

idea, ikan tenggiri masak kicap, di Melaka pun sedap..he he