Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, July 13, 2010

BERLETER SEDIKIT

Piala Dunia sudah berlalu. Sedih juga kerana tidak ada kedengaran orang menjerit-jerit di hadapan rumah saya. ha ha..Apa ke hal orang nak menjerit depan rumah saya? Oh..di hadapan rumah saya ada Mac Donald. Di situlah tempat orang menjerit pada pukul 3 atau 4 pagi. Ketika menjerit tu sekali gus mata saya terbuka dan terbangunlah. Kebiasaan saya bangun pukul 4 pagi, jadi tak payahlah saya terjenguk-jenguk jam di dindingkan?
Entahlah dari dahulu, saya tak reti pakai alarm. Kalau saya nak bangun pukul 4 atau 5 pagi, automatik saya akan bangun dan jenguk jam didinding.
Suami pernah tanya saya sepanjang dia berkahwin dengan saya, setiap kali bulan puasa dia tidak pernah dengar alarm berbunyi. Saya bangun dan masak tanpa dikejutkan. Bahkan tidak pernah sekali pun kami tidak bersahur. Macam mana boleh jadi begitu.? Sedangkan dia setiap subuh, sayalah tukang mengoyang badannya...
Heasy..merapu pula saya.


Malam terakhir piala dunia. Ada skrin besar di padang di seberang jalan rumah saya. Ramailah orang berkumpul di situ. Tak kira Melayu, Cina, India dan juga orang-orang Indonesia yang sudah semakin ramai di Kajang ini.
Suami kejutkan saya, ajak pergi Mac Donald. Mahu memeriahkan suasana. Tetapi saya malas dan tak mahu meninggalkan Qaisara. Baru setengah jam, suami balik semula. Kata dia, menonton di rumah lagi best. Di Mac Donald orang berebut-rebut tempat duduk. Orang tu tempahkan orang ni, punya tempat duduk. Penghabisan tempat yang suami dapat tak seronok.
Saya tanya ramai melayu tak?
Ramai...
Cina ada?
Ada...
Bila tamat perlawanan, jam sudah lima pagi. Berdedai-dedai mereka pulang. Ada naik kereta, ada jalan kaki ada yang menaiki motorsikal.
Dari tingkap tempat saya menulis saya dapat melihatnya dengan jelas. Ramai juga orang melayu.
Saya tidak mahulah bersyak wasangka. Tetapi sedikit sedih.
Kalau hal dunia, seperti bola ini. Orang berdedai-dedai datang merebut tempat duduk. Bersengkang mata, berembun.
Tapi di antara ramai-ramai itu, berapa kerat yang bangun malam terutama orang lelaki yang seharus menjadi pemimpin. Mengabadikan diri pada ALLAH.
Tengok bola ni rasa saya tak diupah pun mereka tengok.
Sedangkan bangun malam, mengabadikan diri pada ALLAH. ALLAH dah janji ada upah, ada ganjarannya. Tapi orang tak berebut pulak, tak berdedai-dedai.
Mungkin kerana upah dan ganjarannya tak nampak, maka orang tak suka buat. Begitulah manusiakan.
Ya..saya sendiri kadangkala malas nak bangun malam. Manusia ada sahaja alasannya. Sejuk, letih, mengantuk.
Tetapi paling penting saya tidak bersengkang mata untuk menonton bola...
Pada yang terasa minta maaf banyak-banyak ya....

Kalau letak emas sebungkal macam ni, barulah orang mahu berebut-rebut membuat amalankan?


20 comments:

idasm said...

berleter sedikit takpe kak.. untuk kebaikan .. hehe..

Kakasma said...

salam kak yati,
saya suka baca tulisan dan cerita akak.memang menyeronokkan dan yang ini tersangat laa benarnya..tapikan kan melayu nie kata mahathir pun betul mudah lupa..hihihi tapi emas tu semua hendak tukan..tak caya akak war warkan pasti ramai berebut keruamh akak..salam kenal dari saya..
p/s saya teman baik dengan Nik fauziah juga....

Epelijau said...

salam kak yati..
ermm..tulah. Bila bangun tengok bola boleh pulak..4 tahun sekali katanya..sedih memang sedih sbb yg ramai tu adalah 'kita'.
Moga kita semua diberikan petunjuk ke jalan yang benar dan lurus dan dijauhkan dari jalan sesat dan sia-sia...

GreenJade said...

betul tuh kak..mmg x berfaedah tecongok pagi2 buta nonton bola

psl bola sggup bsengkang mata..tp mengadap Allah kemain liat..kalu yg dh berumahtangga dr situ dah nmpk goyah nye pucuk pimpinan dia dlm umah..

meluat tgk org yg cenggitu..

syukur hubby saya bkn kaki bola hehehe..

AuntieYan said...

Salam Pn Yati,

Memang betul. Dah lama terbuku dihati Auntie tentang perkara ini, tapi tak berani nak luahkan takut disalah ertikan. Keyataan tetap keyataan. Ada yang rasa berbangga sebab bangun pagi tengok bola....

Agaknyalah...yang ramai-ramai kat padang tu, berapa kerat yang terus ke masjid/surau untuk solat subuh??

ohh..berbaik sangka sajalah, diaorang terus balik rumah solat kat rumah saja. :-)

Marzalina said...

salam kak NB

intan setuju! sbbnya diorang tu semua tak nampak ganjaran yg besar kat akhirat...mlm piala dunia tu, saja la intan kata kat ayah intan..pi la tgk kat kedai mamak bola sbb dia pun jenis minat bola tapi kat umah mana ada TV (tu kan peraturan dia hehe) tapi ayah intan kata...dari dia buang masa tgk bola lebih baik dia bangun tahajud...lagipun dia mmg rajin bangun tahajud...anak dara dia jer yg malas hehehe

NIk Fauziah Nik Hussin said...

yang amat benar kak!!!

melissa said...

Salam Kak Yati,

betul sgt apa yg kat Yati cakap tu. Saya rasa bukan hal mcm2 nie aje kak Yati, kalau lah ibadah2 lain yg kita buat tu kita nampak ganjarannya dan yakin yg di akhirat kelak dpt pembalasan yg setimpal, mesti kita sentiasa buat kebaikan dan takut nk melakukan kejahatan. Seolah2 dunia nie aje kehidupan kita huhuhu terima kasih kak Yati atas nasihat yg simple tp sgt berkesan!

Rizziela said...

Tak layan langsung bola...tido lagi sedap..esok dah ada result ajer

Suhana Shahril said...

Amat susah utk bangun di tengah malam. Mujur subuh,tangisan anak yg selalu gerakkan.Mereka pula pengganti jam loceng.kekeke...

Hamizah said...

ssh bila nak buat baik yg ganjarannya xnampak..

ieda said...

salam..
bola kat m'sia ni pun sama.tgkla masa final.pk 3, 4 ptg dah penuh kat stadium..berapa % yg buat asar & magrib?

Lynn Nasir said...

Assalamualaikum sis Norhayati,

Salam kenal :) mmg mcm tu kan setiap kali demam bola melanda? mujur suami saya tak mcm kawan2 dia. kalau tak, risau la saya nak nunggu dia blk dr kedai mamak kul 4 pagi..

NORHAYATI BERAHIM said...

Ida..ha ha kalau kat luar, akak tak berapa pandai berleter..tapi kat blog sesekali berleter okay gakkan..

Salam Asma, salam kenal. Yelah cuba suruh solat letak emak 10gram aje..mesti semua orang solat..ha ha

NORHAYATI BERAHIM said...

Am..salam
memang yang tengok bola tu sebahagian dari kita, termasuk suami akak, ha ha..tapi dia taklah fanatik sangat. Ada, tgk, tak ada sudah. Akak..dulu2 minat sangatlah. Sekarang bagi akak buang masa aje..bnyk benda yang boleh dibuat.

Tinie, itulah..buat apa dibuang masa dengan benda-benda begitu. Bersengkang mata sampai berjam2, solat sunat 5 minit malas. Tak faham sungguh!

NORHAYATI BERAHIM said...

Aunti Yan, Yatie baca blog aunti Yan pasal anak teruna aunti Yan keluar menonton di luar, anak teruna satu hal, yang dah tua pun pegi dok kedai mamak, mac donald tengok bola, apa halnya? Tapi macam aunti cakap..berbaik sangkalah, mungkin lepas tgk bola mereka solat kot....

Intan, wah MGM pun tengok bola aik.? Betul cakap ayah intan tu, kalau ayah akak langsung tak ambik peduli pun walau TV ada dalam rumah. Dia tetap bangun, kemudian mengaji..etc..etc..

NORHAYATI BERAHIM said...

Nik Fauziah..he he..betullah tukan

Betullah Melissa, cuba letak emas ke atau paling tidak pun setiap kali solat RM50, tiap kali puasa RM100, wah..berlumba2 orangkan? Ganjaran itu ada tapi tak nampak sekarang, tak ada depan mata..orang malaslah nak buat..

NORHAYATI BERAHIM said...

Rizziela, ha ha itu lagi senangkan

Suhana akak da terbiasa bangun pagi macam tu, kalau malas nak bangun pun, mesti tersedar..

Hamizah betul, manusia ini sebenarnya sering mahukan ganjaran..

NORHAYATI BERAHIM said...

betul sangat tu ieda, dahulu pernah gaduh dengan seorang kawan, dari petang tunggu di stadium, itu solat ke tidak. Dia marah, dia cakap jangan buruk sangka dengan orang. Tapi sebenarnya akak tahu, akak selalu ke stadium tgk hoki dan berapa kerat sahaja yang solat.

Lynn
Nasib baik Lynn, kalau yang jenis tiap kali menonton, pergi kedai mamak..aduh parah..

SyuQ said...

betul gak apa yg akak tulis... terkena btg idung sendiri he he he...

sanggup bersengkang mata ni menunggu pasukan pilihan turun padang. masuk keje tersengguk-sengguk. tp tak sanggup pula nak berjaga malam tuk wat qiamullail... qiamullain plak yg terjadi... he he he

amik iktibar atas coretan akak. mudah2an mcm ner sy sggp bgn malam tengok bola, sy juga mampu bangun malam utk bertahajud... amin