Turun daripada gunung Batur, kami singgah ke Taman Herba. Taman Herbanya macam di Malaysia jugalah. Tetapi anda boleh mencuba kopi percuma dan kemudian boleh membeli kopi, teh dan pelbagai minum yang dijual di situ.
Kanak-kanak kecil yang ada di dalam gambar ini namanya Komang. Sudah berusia 7 tahun tetapi tidak mahu ke sekolah.
"Kenapa tak mahu pergi sekolah?" tanya saya pada Komang.
"Nggak suka.." jawab dia.
"Pergi sekolahkan ramai sahabat.."
Komang hanya tersengeh-sengeh sahaja. Saya terfikir kenapa ibu bapa Komang tidak memaksa anaknya ke sekolah? Sedih rasanya.. Qaisara ada kalanya menangis tidak mahu ke sekolah. Tetapi sebagai ibubapa bukankah tanggungjawab kita memastikan anak mendapat pelajaran yang sewajarnya.
Di pangku Komang itu adalah bayi. Walau baru berusia 7 tahun Komang sudah pandai menjaga bayi. Agaknya bagi Komang dunianya hanya di situ sahaja dan bila dewasa, berkahwin dan mempunyai bayi sendiri.
"Honey I tak mau dia ganggu you mengambil gambar, jadi sementara you ambil gambar biar I layan mereka. Bukan nak beli pun!"
Wah..pandai idea suami sayakan. Ha ha ha.. Sebab tu saya sayang dia!

3 comments:
hahaha.. memang bijak mr. seyit akak!
Salam Kak Yati,
alo alo alo.. sweeeetnya pak seyit ni!Sayang sungguh namanya tu ^__^
hehe bijak bijak nye Pak Seyit..untung nye akak dpt melepaskan diri hehehe
Post a Comment