"Fauziah macam tulah. Bukan nak bercakap sangat. Kadang-kala akak rasa lantaklah, nak kahwin, kahwin lah. Tapi fikir balik akak sayang dia, tak nak dia memperjudikan nasib yang akak rasa tak seindah yang dia bayangkan. Bukan senang nak berkongsi, apatah lagi anak lelaki itu sudah besar-besar dan ramai pula. . Fauziah agaknya tak pernah tau yang mak dia teramat sayangkan dia. Disebabkan kes ini juga hubungan dia dengan adik-adik macam renggang, terutamanya yang perempuannya. Dia kata akak dia macam orang tak ade otak, tak fikir mak ayah.Lelaki macam tu ke yang mahu dijadikan suami. Belum apa-apa lagi semua orang nak dijadikan musuh, janji hati dia puas. Satu masa dulu Fauziah dengan bapa saudaranya cukup rapat. Tempat dia minta pandangan, mencurah masalah dan usik mengusik tapi disebabkan tentangan bapa saudaranya dengan masalah ni, lelaki itu tidak lagi membenarkan Fauziah berjumpa dengan bapa saudaranya. Fauziah sudah jadi kera sumbang, tak boleh berhubung dengan orang yang menentang pendirian dia. Setakat ni rasanya tidak ada sorang pun yang sokong tindakan dia.Mungkin Allah belum nak bagi penyelesaian lagi. Akak tau, ini juga dugaan Allah bagi pada akak. Mudahan akak lebih kuat dan akak mohon moga Allah dapat mengampun kan dosa-dosa akak yang terlalu banyak.Mungkin Fauziah rasa kami tidak sayang dia, itu sebab kami halang dia berkahwin dengan lelaki beranak ramai itu. Dia tak tau sebab sayanglah kami halang dia dari dia buat tindakan bodoh ni!"
-
-
Inilah e-mail dari seorang ibu yang membuat saya tanpa sedar menitiskan air mata. Saya tak bohong, saya menangis. Saya kesal, seorang anak yang dilahirkan dengan susah payah oleh seorang wanita yang bernama ibu, sanggup memperlekehkan emaknya kerana gilakan cinta seorang lelaki yang sudah beristeri dan beranak ramai. Bahkan lelaki itu bukan lelaki yang baik kerana dia mengatakan bukan dia mahu berkahwin dengan emak Fauziah, dia mahu berkahwin dengan Fauziah. Pedulikan keluarga Fauziah!
-
-
Semalam saya terbaca di Harian Metro kata-kata ustaz Zawawi Yusoh, seorang anak berdosa kerana mengabaikan tanggungjawab kepada kedua-dua ibu bapanya dan apabila dia derhaka, ia mengundang kemurkaan Allah.
Katanya, apabila Allah murka disebabkan derhaka kepada ibu bapa, maka kehidupan seseorang itu sukar bahagia walaupun mungkin bergaji besar atau mempunyai status sosial tinggi dalam masyarakat.
“Apalah ertinya kehidupan kita di atas muka bumi ini jika Allah sudah murka sedangkan semua yang ada di dunia ini termasuk tanah yang kita pijak dan udara yang kita sedut milik Allah,” “Seorang lelaki pernah mendatangi Nabi Muhammad saw pada suatu hari dan bertanya mengenai kehendak bapanya yang mahukan hartanya, nabi menjawab ‘kamu dan harta kamu adalah milik ayah kamu’,” katanya.
Katanya, apabila Allah murka disebabkan derhaka kepada ibu bapa, maka kehidupan seseorang itu sukar bahagia walaupun mungkin bergaji besar atau mempunyai status sosial tinggi dalam masyarakat.
“Apalah ertinya kehidupan kita di atas muka bumi ini jika Allah sudah murka sedangkan semua yang ada di dunia ini termasuk tanah yang kita pijak dan udara yang kita sedut milik Allah,” “Seorang lelaki pernah mendatangi Nabi Muhammad saw pada suatu hari dan bertanya mengenai kehendak bapanya yang mahukan hartanya, nabi menjawab ‘kamu dan harta kamu adalah milik ayah kamu’,” katanya.
-
-
Pembaca blog saya, saya meminta sedikit doa daripada kalian semua, berdoa supaya kakak ini ditabahkan hati dan dapat menyelesaikan masalahnya. Saya juga tengah mengusahakan untuk bersolat hajat bersama keluarga saya dan teman-teman. Jika ada yang tahu doa-doa untuk melembutkan hati anak yang keras ini boleh kita berkongsi bersama ya!
Pembaca blog saya, saya meminta sedikit doa daripada kalian semua, berdoa supaya kakak ini ditabahkan hati dan dapat menyelesaikan masalahnya. Saya juga tengah mengusahakan untuk bersolat hajat bersama keluarga saya dan teman-teman. Jika ada yang tahu doa-doa untuk melembutkan hati anak yang keras ini boleh kita berkongsi bersama ya!
10 comments:
makin sedih bila baca dalam paper, ramai anak derhaka kepada ibubapa semata2 kerana seorang lelaki yg dipanggil kekasih.
byk org cakap kalau kahwin tanpa restu ibu bapa, selalunya gagal. dan byk yg telah terbukti kesahihannya kan..
sama2lah kita doakan....
sedih sangat baca entry ini. kenapa si anak ini sanggup lukai hati ibubapa. Hati saya terluka membaca tentang kisah ini. Saya nak doakan semoga semua ibu dalam dunia ini tabah dan tidak menghadapi masalah seprti ini, semoga semua anak tahu menghargai ibu masing2 kerana tanpa ibu kita takkan ada di dunia ini.
kerap benar anak2 skrg ni yg buta hati kerana cinta.. sanggup belakangkan mak bapak kerana lelaki. adik saya penah juga terpedaya dgn kes mcm ni.. mujur la tak jadi kahwin.. sampai lari rumah bagai.. saya pun masa tu sampai putus asa tak tau nak nasihat mcm mana.. jenuh saya twist dia gitu gini.. dalam tempoh tu memang sedih & sakit jiwa saya dibuatnya.. sbb dia langsung tak amik peduli perasaan mak & ayah.
semoga tabah & kuat hati keluarga tersebut, terutama si ibu. Amin
sama2 kita doakn..
k.yatie, baca surah an-naml : 30-31
ayat ni Nabi Sulaiman gunakan utk tundukkan Ratu Balqis...alangkan ratu pun bole ditundukkan, dengan keyakinan insya ALLAH....
" innahu min Sulaiman wainnahu Bismillahirrohmanirrohim alla ta'lu alayya wa'tuni muslimin "
Artinya:
Sesungguhnya (surat) itu dari Sulaiman yang isinya: "Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Bahwa janganlah kamu sekalian berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri.
Selepas 'alayya tu niatkan apa yg kita nk dia tunduk kata kita
Ala sedihnya kak...moga ini jadi pengajaran buat nisa yang belum berumahtangga.
skrg ni kes anak derhaka makin berleluasa..mcm2 punca antaranya sbb cinta la..
saya sendiri pon ada kisah benar depan mata tntg anak derhaka ni..
malahan anak tu siap dgn bangga cakap "die bahagia,kaya raya dn senang dgn hidup skrg sdgkn mak ayah die yg bersalah pada die..."
nau'zubillah
intan pun menangis baca cerita kak yatie ni...sedih hati sungguh..mcm mana lah anak boleh lupa jasa ibu bapa dek kerana mengejar cinta...
semoga Allah memberi penyelesaian terbaik buat ibu ini dan smeoga anak dia akan cepat sedar dr kesilapan yg di lakukan. semoga di jauhkan dr keluarga kita perkara2 mcm ni...amin
Post a Comment