Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Sunday, July 18, 2010

CERITA ADIK SAYA

Cerita mengenai adik bongsu saya. Kami berlainan emak dan baru berusia 23 tahun. Sekarang beliau di tahun akhir pengajian bahasa Arab di salah sebuah universiti tempatan. Dahulu dapat keluar negara tapi kerana emak dan ayah tidak membenarkan. Terpaksalah dia belajar di Malaysia sahaja.
Adik saya ini seorang yang lemah lembut, pandai mengaji, banyak menghafal Al-Quran, pandai memasak. Bukan nak promote adik sendiri tetapi dia pandai buat kuih. Kuih koci labu, koci pulut hitam, apam. Semua dia tahu dan lebih handal dari saya. Dia juga seorang yang jimat. Kadangkala saya bagi dia duit. Kalau dia ada duit dia akan cakap
"Tak payahlah orang ada duit."
Heasy budak ni, orang nak bagi ambik ajelahkan. he he
Saya dengan kakak-kakak saya selalu cakap. Siapa kahwin dengan adik saya memang untung sungguh!
Dia juga emak saudara yang pandai melayan anak-anak buah. Bila cuti semester Nurul Inttisar duduk di rumah saya, pasti Qaisara akan mengekori dia ke mana-mana sahaja.
Baru-baru ini dia membantu saya di pesta buku Selangor. Saya bayar dia upah. Kemudian kami balik kampung sama-sama. Di kampung emak tiri saya sedang sibuk merancang membeli peralatan di bilik adik lelaki saya yang akan berkahwin.
Saya dapat tahu Nurul bagi emaknya duit yang saya bagi dekat dia.
Suruh belikan almari dalam biliknya yang dah hampir roboh di kampung (rumah ayah saya ada 7 bilik dan setiap anak ada biliknya sendiri kecuali abang dan kakak yang rumahnya berdekatan dengan rumah ayah)
Ketika itu pembantu rumah saya nampak. Dia beritahu pembantu rumah saya, jangan beritahu saya.
Kata dia, nanti kalau saya tahu. Saya akan belikan untuk dia. Dia tidak mahu begitu. Memang kalau dia duduk dengan saya, kalau shopping saya suruh dia beli apa sahaja dia nak. Kadangkala saya nampak dia berat hati. Mungkin segan agaknya. Tapi dia adik sayakan? Bibik lagikan saya beli, masakan adik sendiri saya berkira.
Tapi bibik pecah rahsia.
Bibik cakap sedih dia
Saya sendiri sedih mendengarnya.
Harap-harap dia tak baca apa saya tulis ini (sekarang dia sudah pulang ke universiti dan pasti sibuk. Bila sibuk jaranglah buka blog kakaknya ini)
Kerana saya akan balik hujung minggu ini ke kampung dan ..........



13 comments:

hanisah hassan said...

Bestnya kalau jadi adik kak yati....

aishah said...

baiknya kak yati....tentu best jadi jd adik akak ya..

yatie chomeyl said...

bagusnya adik bongsu akak ni. biasanya adik bongsu yg plg suk amintak duit sbb tau kakak2 dan abg2 dah kerja..tp di alain pulak. mmg untun glah siapa dpt jd hubby dia nanti ;)

Hamizah said...

ssh nak cari org camni..

idasm said...

bagusnya nurul dan bagusnya akak yg jd kakak dia...
betul cakap akak, untung sapa yg kawen ngan dia.

adzmarfazami said...

kak.. apa yang dan............? =]

ibuayu said...

Untungnya ada kakak mcm kak yati and untungnya ada adik macam Nurul..

Leeza said...

Za sambunag ya....

dan saya akan belikannya almari yang baru untuk adik perempuan saya yang baik hati ini.

Kakak, saya sukakan Nurul...dia adik yang baik, pendiam dan peramah. Jeles za dengan badannya yang slim..keh3.

Kagum dengan Nurul yang pandai buat kuih koci labu.

Nurul sayangkan akak, sebab itu dia tak nak minta itu ini. Dan dia bangga sebab ada kakak seperti kakak NB. Kami semua bangga ada kakak, kawan, sahabat, saudara dan novelis idola sebaik akak.

GREENJADE said...

amboii..suspen jek ayat terakhir tuh..x sabor tggu nih :D

alemak terlambat khabar la kak..adik lelaki bongsu saye dah nk kawen nih..x dapat le buat adek ipar nih ..uhuhuhu

**seronotnye dpt kakak sporting..

Mama Nazhan said...

kak yati bertuah... adik kak yati pun bertuah...seronoknya ade adik beradik rapat..saya pun ada 13 beradik satu ayah...tp bertebaran di muka bumi..tp mungkin sebab bukan bercerai mati kot kak... hehe

sharida shariman said...

btuah la kak dpt adik mcm dia...ya sya setuju degn akak..dia memang baik..sya kenal dia, dlu pnah satu klas klu tak salah..tak sangka dia adik akak..

Intanaziela said...

dan nurul akan dapat almari baru..hihihi ye la kak yatie, kalau kita kakak ni tak bantu adik..siapa lagi kan....

Rizziela said...

AKan belikan set bilik tido untuk Nurul