Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, May 27, 2010

TAK BASUH SEBULAN

Berkahwin dengan bangsa asing ini selalunya masakan mejadi satu masalah. Saya pada mulanya pun jadi masalah juga, tetapi bila dah lama. Saya sudah lali. Setiap pagi bila bersarapan, saya akan tanya suami saya apa yang dia hendak makan. Amat jarang saya masak dahulu dan dia makan. Sudah jadi macam restorankan? Qaisara pun dah ikut jejak babanya. Tanya dia dahulu apa nak makan, baru saya atau bibik yang masak. Kalau main masak sahaja, biasanya dia tidak akan makan.


Ini salah satu nasi goreng kesukaan suami. Udang dan letak sayur yang bermacam-macam jenis, yang merah tu bukan cili ya..tapi capsicum

Makan tengahari jarang suami ambil di rumah. Kalau makan malam pun saya akan telefon dia. Saya tanya dia, dia nak makan apa? Dia suka pasta dan makanan turki. Dia juga suka makan nasi yang letak macam-macam di dalamnya. Macam nasi lemak, nasi goreng, nasi beryani dan nasi ayam. Kadangkala minta nasi lemak pada pukul 9 malam, masaklah. Tapi tak selalu. Suami juga suka nasi goreng. Satu hari saya tanya dia, dia nak makan apa?
"Nasi gorenglah honey. Dah lama awak tak buatkan saya nasi goreng.."
"Ok no problem " (Bagus-bagus, tak teruk saya memasak..ha.ha.)
"Saya nak nasi goreng yang saya pernah makan tau.."
"Macam mana Ling?" Tanya saya pada suami.
"Hmm..dia tak letak apa-apa pun honey, tapi bila dia masak dia bertukar warna .."
"Aik..tak letak apa-apa dia bertukar warna?" Pelik..pelik.pelik..
"Iya, bila dia lambung-lambung nasi tu jadi hitam. Saya makan kat kedai mamak." muka suami serius sambil tangannya bergerak-gerak. Saya sudah tergelak.
"Kenapa awak ketawa?"
"Itu Ling kalau awak nak tahu, nasi goreng bertukar warna jadi hitam tu, kuali mamak tu dah tak basuh sebulan.."
Ha.ha.ha..suami sudah tergelak sambil menarik pipi saya. Usai ketawa dia mengelengkan kepalanya.
"Awak nikan..buat saya gelilah. Masaklah..nasi goreng apa sahaja. Asal you yang masak.."
Penghabisan itu jawapan suami dan kami ketawa lagi.



18 comments:

Leeza said...

Salam Kakak,
Za pun suka nasi goreng. Bila baca entry ini, loya tekak saya sebab saya selalu makan nasi goreng di kedai. Agaknya betullah ada kuali tak pernah basuh2 kan....susah cari kedai makan yang betul2 bersih dan Islamik di sini. Teringat kisah teh tarik yang ditiup dengan straw sebab budak tu tak tahu nak buat tarik teh tersebut...huhuhu.Air liur pun bercampur dengan teh tersebut...lagi geli.

Hajjah Noraini @Nanie said...

Salam NB, Iya ker, kedai x basuh kuali?
Dah tuh leeza kat atas tuh kata teh tarik guna straw...Eee..geli nyer..
Nih yg tak boleh blah kalau nak minum kat luar nih..

Eliss said...

geli plak nak makan nasi goreng mamak pasni.hehehe.tapi maggie goreng mamak pun sedap.nape yer..hikss maybe sebab tak basuh tuh la agaknya.

yatie chomeyl said...

btul ke kak? nsb baik sy x pernah mkn ns goreng kat kedai mamak hehehe

Marzalina said...

hahahha..ni yg buat intan geli nak makan kat kedai kak bedah ni hahhaahha

Rizziela said...

Senangnya nak masak....

Request nasi goreng ajer..

izah said...

Teringin plak nak makan maggie goreng kat Ali Maju kepung mlm nih..yam3x..best..jamin bersih sebab sebelum mkn dulu dah banci dulu sampai kedapur bersih ke idak...alhamdulillah sampai ke toilet2 pun bersih...

Ada setengah kedai mamak tu, kedai ok bersih tapi bau badan waiter dia lalu dekat kita nauzubillah pahitnya... nak telan makanan pun tak tertelan...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

berkerak dan berkeladak tu yang buat sedap agaknya nasi goreng mamak tu kan?



kalau hari2 suami kita nak nasi goreng kan senang !


hehe..

Mohd 'Azim Kamaruzzaman said...

alamak!
xcuci sbulan ke?scarynyer!!

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Ha.ha..kau ni za, buat geli tekak aje..bertambah2 geli dibuatnya..ha.ha

Kak nani, ada seorang kawan beritahu, pak sedaranya pernah berniaga..biasanya kalau kuah, dia orang akan campur dgn kuah smlm, periuk tak dicucilah..untuk beberapa hari, kuali memang jarang dicuci, sbb tu mee goreng dia macam hangit2..wawahuallam..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

elis..akak mamak2 ni taklah minat sangat..roti canai makanlah juga..

yatie, akak pernah nampak, dia goreng mee orang A, bila goreng mee B, dia tak basuh, goreng mee C pun dia tak basuh..dia cuma kuis2 aje dgn sudip..ha.ha

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Rizziela, time senang okayla..time kul 2 pagi ..ha.ha

Izah..mostly baru badan waiter diakan buat kita muntah..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Reen..ha.ha..hari2 makan nasi goreng, suami kita mana tahannya..ha.ha

Ha.ha..jim, tak sampai sebulanlah..main2 aje tu

GREENJADE said...

hahaha kelakar reason tuh..erkk tetiba meloya2 nih kak..wat u said is very true loL kire nye whole day x basoh kuali periuk belanga tuh..saye pnah nmpk bekerak2 bekarat2 periuk kari dia uhuhu

Oka Shizuka said...

Kak Yati, bubuh la resepi nasi goreng tu...menyelerakan nampaknya..saya pun suka makan nasi goreng...

Unknown said...

kak yati,
tumpang gelak kat sini jap.. kihkihih..

rasa pun sama kak, dr awal kahwin.. tu pasal dgn anak2 pun kena tanya depa nak makan apa.. sbb nya saya tak mau nanti dah penat2 masak, xde org nak makan.. mau nangis sorg2..

ieda said...

tu baru kira kuali tak basuh..tak kira lg peluh mamak yg menitik dalam kuali tu...hahaha

baby ryu zahid said...

nasi goreng yg buat sendiri lg sedap kak..leh letak macam macam..tp hsbnd saya lebih sukakan nasi goreng kampung..pakai cili padi ngan ikan bilis je ..kalau tambah sayur pun kacang panjang potong halus halus