Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Wednesday, May 26, 2010

RISAU TAK TENTU PASAL

Hari Jumaat yang lepas saya balik ke kampung. Kemudian hari Ahad saya balik ke rumah saya di Kajang. Sebelum sampai ke tol Ayer Keroh ada satu simpang yang ada lampu isyarat, tiba sahaja di kepala simpang, lampu jadi merah. Maka terpaksalah saya berhentil.





Tengahlah dok perhatikan traffic light tu ada yang ada nombor, 99 bukan traffic light yang inilah..ha.ha




Traffic light macam ini (gambar dari google, cari yang merah punya tak adalah pulak). Lamanya 99 saat tu tak bergerak-gerak. Doklah melangut, sempat berangan sekejap, sempat baca SMS, jawab SMS, terima, baca dan ketika jawab SMS sekali...bila toleh ke traffic light, lampu dah hijau. Nasib orang belakang tak honk. Gelabahlah saya sekejap.






Terus tekan minyak dan jalan. Saya rasa, kereta saya berat sangat.
Kenapa dengan kereta ni.?
Semalam saya sumbat dengan anak-anak buah pergi bawak makan KFC, tak ada masalah pun. .
Saya sedikit panik. Tenang NB, tenang.
Minyak habiskah? Saya kerling di meter minyak. Ada separuh lagi.
Heasy..kenapa ni?
Apalah kereta ni tak baguslah. Buat nama aje baru. Biasalah manusia suka mencari kesilapan.
“Bibik kereta ni macam beratlah..”
“Iye ke umi?”
“Iye..”
Bibik saya diam. Mungkin dia juga bimbang.
Dalam masa yang sama saya berdoa jugalah, berdoa supaya selamat sampai. Macam-macam saya baca. Ya ALLAH, selamatkan perjalanan kami. Ya ALLAH, apa silap saya hari ini. Saya bangun subuh lambatkah? Saya memang macam tu. Kalau ada apa-apa musibah berlaku, saya akan tanya diri saya. Apa telah saya buat silap.
Tiba-tiba saya ternampak satu lampu kecil menyala dekat sebelah dengan meter.
“Bibik! Saya tak turunkan break tangan!”
Ha.ha..kami dua-dua ketawa besar. Syukur Alhamdulilah! Memang setiap kali menunggu lampu merah saya akan naikkan break tangan. Jadi bila dah mengelabah tu lupalah tu..

Gambar anak-anak buah saya di kampung. Inilah yang selalu saya bawak jalan bila balik kampung dan mereka inilah yang selalu Qaisara ingat setiap kali ke mana-mana sahaja



9 comments:

Leeza said...

Haahaha tak sangka pulak yang NB boleh gabra camni. Lain kali concerate....akak ni baca mula tu, risau juga za.

Melissa Imran said...

Bila kak Yati kata, kalau ada apa-apa musibah berlaku, kak Yati akan muhasabah diri. Saya suka dgn amalan kak Yati, dan akan cuba juga utk muhasabah diri selalu. Terima kasih kak Yati utk nasihat yg berguna.

Rizziela said...

saya pun selalu mengalami masalah yg sama..saya kuat berangan orannya

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

hahaha...


fikiran tu mesti ke lain kan..

yatie chomeyl said...

sy pun pernah gitu...terlupa kan kak hehe

Mohd 'Azim Kamaruzzaman said...

ya ampon!
xbrasap ke tayar keta akak?
hahaha..

kak, muka anak buah akak dlm pic last, yg duk tgh2 pki baju pink tu sama ngan muka akak lah..
hehehe..

mcm klon akak je..
:)

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

eh eh kejap kejap...anak buah akak yg tengah tu sebijik mcm muka akak je!

Unknown said...

hehehe... baru nak tulis, Nuar dah tulis dulu dah... Ha'ah lah Kak memang sama sebiji sebutir cam muka akak....

GREENJADE said...

uishhh memula suspen pastu gelak tebahak2 x bley berenti nih..

atoii la akok ku cayang..dlm2 cool2 pon ade gak gabra nye hik hik hik :D