Hari jumaat yang lepas saya bersama pekerja NBkara, pembantu rumah dan anak-anak buah menjamu selera di restoran makanan arab Saba di Cyberjaya. Pertama kali saya makan di sana kerana tergoda dengan cerita kakak saya dan juga Ojan yang membuat komen "Dari makan KFC baik makan di Saba andak.."
Gambar apa pula ni? Perasan tak TV yang berada di dalam gambar ini. Sedang kami menunggu untuk membuat pesanan. Tiba-tiba seorang lelaki memasang CD . Pada mulanya kami ingat, CD biasa sahaja. Tetapi Qaisara menegur..heee..apa tu. Kami semua memandang ke telivisyen dan terlihat filem biru yang pelakonnya semuanya berbogel sedang ditayangkan. Kebetulan di dalam restoran punyalah ramai orang. Semua terperanjat, saya jadi angin dan menegur dengan suara yang agak kuat. Bukan saya seorang sahaja, ramai yang menegur perkara yang sama. Apabila pelanggan sudah mula bising, barulah pekerja restoran yang sedang sibuk mengambil tempahan dan menghantar makanan, perasan. Lelaki yang memasang CD tersebut sudah melarikan diri. Menurut pekerja restoran mereka tidak mengenali lelaki yang tiba-tiba datang dan masuk ke restoran tersebut. Saya rasa..lelaki itu sakit jiwa..
Feeza, Suraya, Ojan, Hakim, Bibik dan juga Qaisara yang sama-sama menjamu selera di restoran tersebut.
Ojan yang leka bersms. Saya tengok Ojan macam ada masalah aje, tanya sepatah jawabnya sepatah. Mungkin juga penat sebab baru balik dari asrama hari ini atau penat mencari Hakim yang sebelum kami pergi makan, merayau entah ke mana.
Nasi Arab dengan roasted chicken. Saya pesan dua dulang tetapi akibat salah faham, satu dulang sahaja yang datang. Kenalah tunggu yang satu dulang lagi.
Si Feeza yang sibuk membedik kameranya. Ha.ha..tembak Feeza, jangan tak tembak.
Muttabbal, terung yang digoreng hingga masak, dilenyek halus, dicampur dengan minyak zaitun, yogurt, bawang putih dan sebagainya.
Yogurt. Ini makanan kegemaran Qaisara dan saya juga..he.he . Dilawan dengan khubs atau roti arab.
Nasi yang kedua, datang agak lewat. Warnanya juga agak berlainan daripada yang pertama.
Tengok si Qaisara, makan yogurt dengan khubs sampai muka koreng macam tu sekali. Ha.ha..
Gambar orang malas, ha.ha. saya sebenarnya tidak suka sangat dengan nasi berwarna warni cam ni, saya suka nasi putih dengan makanan kampung. Tetapi sengaja suka membawa anak buah dan pekerja makan bersama-sama.
Tengok si Qaisara, makan yogurt dengan khubs sampai muka koreng macam tu sekali. Ha.ha..
Gambar orang malas, ha.ha. saya sebenarnya tidak suka sangat dengan nasi berwarna warni cam ni, saya suka nasi putih dengan makanan kampung. Tetapi sengaja suka membawa anak buah dan pekerja makan bersama-sama.
15 comments:
Cantik kasut yang teta pakai. Rugged dia ni. Ketara wajah Ojan macam tak happy je....wahhh berlainan sekali makanan ini.
Kak Yati: Murah gak..tapi kena datang in group lah ek..mkn big portion. Aween skrg ada job kat Cyberjaya..Kerapa gak ulang pi sana..Tapi kalau pi sorang cam x best ja makan big portion..takut bazir
k.yati,
Saba mmg best, my feveret stop too..tp slalu xmakan ayam tu, amik yang lamb..wow, daging die baik punye empuk..walawehhhhh
tp 1 jek yg xpuas ati kalo mkan kat c2, air die msti baiikk punyee manissss...adesssss
terliur plak gk nasi arab tu sbb sy mmg suka nasi2 yg ada warna ni hehe
kak yati, saya memang dah masukkan saba sebagai tempat yg wajib pergi selain opis NBKara kalau saya turun ke lembah kelang...tak sabar rasanya...
mengarutnya yg psl cd tu. gila seks ke apa. huhu..
makanan dia ok lah, x jemu, tp kan kak, kita dah terbiasa suka selera kampung makan apa pun pasti nasi ngan ulam2 jgk jd pilihan
yummy2..
akak ni jgn ler menggoda2 jim ngan pic mkn2...
nnt jim mkin gemok lah!
HAISH!
K.Yati..makanan arab ni mmg kosong mcm tu ke?x ada kuah? pernah la jgk oder mkn kat satu kedai ni...nasi kaler2 ngn daging je..tak ada kuah2..ingtkan tersalah pilih menu. atau mmg mcm tu?
teta pun penggemar yogurt ye kak. bukak main enjoy lagi dia makan yea. wah... teta dh pakai kasut baru.. cantik!
Za dia penat atau dia bengang asyik kena usik..ha.ha.
Aween, tak apa datang seorang dua pun tak apa, itu kami minta portion yang besar aween..
Ladolce akak tak makan lamb, sebab itu ambik ayam..he.yelah air semangka dia kena letak air kosong lagi satu cawankan..
yatie tak apa, balik malaysia nanti cubalah makan, nasinya lembut dan sedap..
Bai, ha.ha..bai pun suka ya makan, kat cyberjaya dengan perhentian bas, cyber 5 rasanya..
Nadiah, semua yang makan kat situ bising..terperanjat sungguh kami
Amna memang betul, akak lebih suka nasi putih lagi..
Ha.ha..jim kau suka makankan? Kau pergi bawak uncle makan, biar dia gemuk sikit..ha.ha
Jue, ada dia punya salad dengan sambal (sebenarnya tomato dengan parsley di blend, letak garam)
Ha.ha..yelah dia suka yogurt, macam akak juga..tapi akak suka letak bawang putih ngan garam..sedap..
best nye mkn2 dgn boss..nak pulak mkn pree..laaagiii besh ehehehe
suka ngn muttabbal. wat cecah roti arab, lazat rasanya. nasi mandi kambing n ayam yg paling sy suka makan. selalu mkn kat al-rawsha jln ampang...
Post a Comment