Tengahari tadi saya menelefon kakak saya Mijah bertanya khabar. Dia memberitahu saya pisang tanduk di belakang rumahnya sudah hampir masak ada 27 biji semuanya. Tidak ada sesiapa yang boleh menurunkan buah tersebut. Dia sudah menelefon Imam iaitu tukang kebun yang datang 2-3 kali seminggu ke rumahnya, membersihkan halaman rumah tetapi kata dia Imam tidak datang-datang.
Inilah pisang yang harus diturunkan. Ada yang sudah merekah. Kalau lambat turun sehari dua, sudah pasti semuanya akan merah.
Inilah pokok pisang yang buahnya mahu diturunkan oleh kakak saya. Kalau ditebang pisangnya, takut tidak dapat disambut memandangkan pisangnya yang amat besar.
Jadi kami bergotong royong membawanya sebiji demi sebiji turun ke bawah.
Tangan-tangan yang membantu..ha.ha
Tangan-tangan yang membantu..ha.ha
Si Tam kucing kakak saya tengah menengok apalah yang manusia ni buat. Punyalah susah payah semata-mata nak makan pisang. Kau mana tahu Tam? Kau tahu makan ikan rebus kau. Untuk kau sahaja, berkilo-kilo ikan seminggu.
18 comments:
salam kak....
hahaha kelakar juga rasanya, betul kata Kak Tam tu. punyalah susah nak turunkan pisang tu. Dahtu tinggi pulak pokoknya. Tapi kan pisang goreng memang sedap.
uih, besarnya. duk tgk pisang goreng tu terliur lak..ni nak kena mintak suami belikan pisang ni..blh mkn pisang goreng. sedapnya!
Wahh.. inilah yang dikata sebagai "Operasi Bananarama" Yipaa.. hik hik
BESARNYA KAK!!
klu wat bisnes pisang goreng,leh kayo ni!
Yati,
favret saya pisang-misang ni !..ehehe..
kalau tak silap saya, pisang tanduk hanya ada 3-5 biji setandan sebab terlalu besar dan berat.
Yang banyak ni dipanggil pisang Lang.. kaum kerabat dia jugak lah ; saiznya kecik sikit dari pisang tanduk.
sedapnyer pisang tanduk dimasak pengat ... tapi semua pisang tu ijau2 belaka la akak...
salam kak... pisang tanduk ni sedap buat kerepek kan.. tapi lenguh tangan jugak la nak sagat..
:)
salam kak..wah..banyak btl pisang tu dalam satu tandan..besanya pisang tanduk..ada dalam 5 biji pun dah kira banyak..kira tangan kakak kay Yati sejuk la eh..Tanam pisang tanduk menjadi..Yang tak boleh tahan tu..sampai guna tangga lagi..memang betul misi menyelamatkan pisang la
Bila sudah di tebang pokok pisang tuh, ada anak dia ker..kalau x sayang kan..
Pisang goreng Tanduk adal kegemaran saya..
Terliur..lah petang mcm nih tengok gambar yg dah siap di goreng tuh, kalau dpt sepiring..best..
wah boleh kenduri pisang lagu tu.. pisang tanduk mmg sedap nak nak klu buat kerepek!
Salam Kak Yati,
Wahhhhhhh pisang goreng tu nampak sedap! Terliur ;P
Besaqnya pisang!
Kalau buat bubuq sedap x agaknya?
Mcm x sesuaikan.. tapi kalau di buat kek? Entah la pulak boleh ke ek?
hehhehe.. almaklumlah Dayah pandai makan je.. masak.. hahahaha hahahaha..x reti ooohh
besau nye..sihat2 segak2 pisang2 nye
buat kerepek pong sodap nih
Za pisang yang ini memang sedap untuk digoreng..
Nadiah..dah dapat tak pisang goreng? mesti teringat2 ajekan..
Pokcik ni.manalah dapat nama operasi ni..hisk22
ha.ha..memang kayok, hari2 makan pisang skrg jim..satu taman pun dapat makan pisang akak, pagi2 bibik dok mengetuk rumah orang antar pisang goreng..
reen, memang berkali2 akak cakap kakak ini pisang helang..tapi yang bagi anak pisang tu cakap, tak ini pisang tanduk..kata abah akak tanduk..cuma 2 biji aje tapi jarang jumpa..hentam ajelah reen..ha.ha
Meeza, taklah..masa petik dia ada sebiji dua masak, esok, dia mula masak perlahan. Elok dia tak masak serentak, kalau masak serentak jenuh nak kena goreng semua..
Aween, ha.ha..memang kena pakai tangga segala, takut buahnya pecah, sampai si Tam terbeliak melihat..
Kak nani, kalau tahu rumah kak nani wajib yatie gi hantar pisang2 tu..banyak sangat, hari2 dok mengoreng dan bagi kat orang.
Anak pisang ada kak banya, kakak saya tanya, nak ke anak dia. Alamak..mana nak tanam, depan rumah dah ada dua batang pokok mangga..
Kak nani, kalau tahu rumah kak nani wajib yatie gi hantar pisang2 tu..banyak sangat, hari2 dok mengoreng dan bagi kat orang.
Anak pisang ada kak banya, kakak saya tanya, nak ke anak dia. Alamak..mana nak tanam, depan rumah dah ada dua batang pokok mangga..
Nik..memang sedap..tapi satu hari pisang tu dah kuning dan minggu ni setiap hari kena makan goreng pisang..he.he
Dayah pisang buat pengat pun sedap, goreng, kerepek..tapi pisang ni tak boleh buat cekodok..
memag segak tinie, tapi pisang tu da tua..esoknya da merah..kena goreng aje, tak boleh buat kerepek da..
Post a Comment