Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Monday, May 24, 2010

MAIN BAJAK, MAKAN BAJAK, TIDUR BAJAK


Al-Kisahnya ini anak buah saya yang bernama Muhammad Zafran atau saya panggil Haji. Hidupnya sentiasa dengan jengkaut yang dipanggilnya bajak. Oh..kalau dia ternampak bajak ni di jalanan. Dia akan menjerit sekuat hati 'bajak! bajak! Tidak kira orang ramai ke orang tak ada ke. Punyalah seronoknya dia. Kalau ada bajak lalu di hadapan rumah, sudah pasti dia suka dan melompat-lompat.

Bermain dengan bajak..itu sudah pasti setiap hari. Ini bajak besar yang boleh dinaiki, hadiah ulang tahun dari ibunya.

Makan pun akan pegang bajak.


Minum susu pun sudah pasti ditemani dengan bajak.


Dua tiga hari lepas saya balik kampung, ketika itu saya tengah melayari internet tidak jauh daripada dia yang sedang tidur di dalam buaian. Tiba-tiba dia menjerit dan menangis-nangis.
"Bajak! Bajak!"
Saya ingat, dia mengigau. Namun adik saya yang kebetulan cuti semester yang terdengar dia menjerit bergesa mencari bajak dan meletakkan dalam buainya.
Senyap sunyilah dia.
Rupanya....
Main bajak
Makan bajak
Minum bajak
Tidur pun dengan bajaaaakkkk...ha ha ha
Esok-esok bila besar andak doakan Haji jadi taukeh jual bajak ya...AMINNN.



9 comments:

Leeza said...

Hahaha...lucunya si Haji. Last time jumpa Haji, rambutnya tak banyak, sekarang dia dah berambut, ikal pulak tu. Makin handsome Haji ni.

Nor Azlina Yusof said...

hahahahha...lucu lah kak...mesti mandi pun dia mandikan bajak gak kan

Nadiah Sidek said...

hehe..minat sungguh la tu sampai mcm tu sekali tu

Unknown said...

hehehe!!! sama macam ank zilla lah kak, memang suka sangat ngan bajak, macam-macam saiz ade kat umah tuuu... yg geramnya pantang nampak bajak kat kedai semua nak di angkutnya bawak balik...

En iLHAM said...

haha.macam adik saya dulu tak boleh terlepas dari patung doraemon die.mana2 pergi mesti ada doraemaon tu..

haha.tapi yang bajak ni lagi mantop..

Mohd 'Azim Kamaruzzaman said...

alamak!
tdo ngan bajak yg xthn tu...
hahahaha...

biasanya bdk2 tdo ngan bantal busuk,ni lain plak kesnyer ngana si haji..hihihi..

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

ni buleh jadi kontraktor berjaya nih...projek juta2 nih... :D amin3x...hihihi

Oka Shizuka said...

anak sedara saya pulak panggil ni "GOGOK"...kalau nampak or dgr benda alah ni excited dia...xtau napa panggil gogok..mungkin itu perkataan paling senang dia nak sebut kot? hehehe..kanak2, kanak2..

Unknown said...

kak yati,
fikri dulu cam tu lah.. tp dia peminat lori.. ,memang lucu tau dgn telatah anak2 ni,,,