14-16Hb ada diadakan Karnival hari belia di Putrajaya dan NBkara mengambil bahagian di dalam Karnival tersebut. Banyak aktiviti yang dijalankan tetapi keadaan amat panas dan jalan masuk ke tapak karnival di sekat. Kena cari jalan sana bagaimana nak masuk, bertekak dengan polis walau ada sticker 'urusetia'. Ini pertama kali kami mengalami masalah untuk masuk ke booth sendiri di mana-mana karnival atau pesta buku. Pengalaman berharga..
Salah satu aktiviti hari belia, mungkin pertunjukan kereta berderam derum dan berwarna warni (pandai sahaja saya..ha.ha) . Saya tengok ajelah. Ini apabila Qaisara tengok menjerit-jeritlah dia. Umi kereta pink umi..kereta pin..
Ini lagi.
Wah..ini nampak ganas..
Simple tapi menarik. Kalau muda lagi mahu saya buat macam ini.
Wah..ini nampak ganas..
Simple tapi menarik. Kalau muda lagi mahu saya buat macam ini.
Ini juga nampak ganas.
Ini kereta apa pulak ni? Bukan main Hakim bergambar dengan kereta ini? Teringat masa muda dulu, bila nampak kereta yang cantik sikit sibuklah ambil gambar. Tak kiralah kereta siapa. Kemudian gambar-gambar yang diambil dengan kereta itu dihantar kepada rakan pena. Ha.ha

Bergambar dengan Wan Mardiha di booth Nbkara, peminat saya yang cantik molek ni mula-mula dah datang beli buku dan ambil tanda-tangan. Kemudian dia datang lagi nak bergambar. Kata dia masa beli buku tadi, macam tak percaya itu saya, dia jadi gabra dan malu. Bila semangat pulih semula itu yang datang ambil gambar. Ha.ha.ha
Di tengah-tengah keramaian dan booth yang banyak itu. Ada pula booth binatang liar macam ni. Qaisara bukan main suka sekali. Asyik berulang alik ke booth tersebut. Langsung tak takut.
Di tengah-tengah keramaian dan booth yang banyak itu. Ada pula booth binatang liar macam ni. Qaisara bukan main suka sekali. Asyik berulang alik ke booth tersebut. Langsung tak takut.
Ular ini siapa yang mahu bergambar dengannya, boleh pegang. Rasanya kena bayar. Saya dengan staff saya cakap. Jom kita baca ayat menghalau binatang buas atau ular. Biar ular ni lari. Ha.ha.ha. Teringat kata ayah saya. Ular kalau jumpa harus dibunuh, dia musuh kita dan tidak boleh berbaik-baik dengannya.
4 comments:
kak yati, bagusnya teta tu tak takut ngan binatang2 tu...kalau yg takut, tgk pun takmo kan? bestla kak yati ni...keje atau kerjaya yg meriah selain dr menulis novel la kan? hehe
mmg best laa k.yati nih... gempak btul.. jeles nyer tgk asyik ronda2 makan angin... bile laa sy dpt wat camtu gaks, kejer ikut time sendiri...huhuhuhu
hehehe..
kmain taste akak!nk kreta ganas2 je..
klu jim,jim amik yg pink tu je..leh berebut ngan Teta!
HAKHAKHAK..
salam kak, tadi ada Pk kami pakai baju corak kain alas tempat ular tu....kebetulan za tengok blog akak ni, dia tetiba cakap: eh za ko tengok sama corak baju aku kan. hahahaha...
Post a Comment