Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Wednesday, May 19, 2010

JALAN-JALAN KE US

Bunyi macam bagus sahaja pergi ke US. Ha.ha. bukan united state tapi Ulu Semera di Sarawaklah.


Ya beberapa hari lepas saya ke Kuching. Sempatlah menjenguk adik saya Liza Bujang di Sarawak. Liza mengajak saya dan keluarga ke kampungnya. Dari Kuching ke Ulu Semera yang terletak di Asajaya kata Lizabujang mengambil masa 2 jam. Tetapi Mr Seyit Kara memandu hanya 1 jam dengan menggunakan kereta Liza. Untuk ke sana ada dua cara, jalan darat dan juga feri. Ketika kami sampai di jeti feri, bagus-bagus sahaja feri mahu bergerak. Kami masuk dan tidak payah menunggu lama. Bayaran untuk feri RM1 satu kereta. Murahkan


Mr Seyit Kara memandu kereta Lizabujang. Kata emak Liza "takut aku tengok laki si yatie bawak kereta bukan main laju lagi." Tetapi saya beritahu Liza "Aku tak takut seyit bawak kereta laju, tapi aku takut kereta kau kopak sebab Mr Seyit ganas memandu.."





Peace Qaisara Peace. Ha.ha. Qaisara keluar kereta untuk melihat sekeliling. Ini kali kedua Qaisara naik feri yang sebegini. Kali pertama di Songkhla tempoh hari. Suka bukan main lagi.


Ha.ha.ha. Sekali sekali merasai naik feri begini memang seronok. Cuma yang tak seronoknya sekejap sangat. Baru keluar dari kereta mahu menyedut udara, sudah sampai diseberang sana.
Perjalanan dari Kuching ke Asajaya memang tidak jemu mata memandang. Kiri kanan kebanyakkannya paya dan tumbuhan yang hidup dalam paya tersebut adalah pokok nipah. Kata Liza Bujang nak tahu feri beroperasi, tengoklah air paya itu. Bila air paya naik, bermakna adalah feri beroperasi. Kalau air paya rendah, terpaksalah gunakan jalan darat. Menggunakan feri akan jimat masa dalam 20-30 minit.




Antara buah-buahan yang dijual di beberapa tempat di Asajaya. Buah tembika yang tidak pernah saya nampak di semenajung. Kami berhenti membelinya sebiji dua. Sebiji hargnya RM7.




Setiba di rumah Liza, makanan sudah sedia terhidang. Kebetulan perut pun tengah lapar. Apa lagi makanlah.




Kami juga berhenti membeli ambal ini ataupun pepahat. Balik Liza Bujang terus rebus bersama dengan serai. Mr Seyit Kara makan tak toleh kiri kanan. Ha.ha..





Sayur midin yang dimasak dengan kulat atau cendawan. Kalau di sini dipanggil sayur pakis.





Ini emak Liza Bujang (bercermin mata) bersama sahabat baiknya. Kata emak Liza.."Yatie..marilah ambil gambar mak cik buat kenang-kenangan." Ha.ha..





10 comments:

Leeza said...

Salam kak...hahahha....glamour mak dgn mak temah tu masuk blog akak.nanti petang bagitahu dia ..tunjukkan gambar ni.

Marzalina said...

malaysia pun ada US kan kan hehehe..UK lagi..mcm mcm U la ada kat malaysia ni hehehehe

Liyana said...

x pnh tgk buah tu.. tembika ke nama die kak? mcm timun yg besa pn ade gak rupa die..hehe

Intanaziela said...

kak, ni kali seterusnya intan tengok gambar pepahat tu dalam blog akak...teruja rasa nak makan..huhuhu... kalau kat sini2 ada ke jual kak?

Eliss said...

sayur midin, di kampung saya dibuat bubur lambuk :)

elissmie.com

Suhana Shahril said...

huiyoo..pi us tuh...

Mohd 'Azim Kamaruzzaman said...

hahaha...
ayat yg kast tu jim suker!
hakhakhak...

sronok jenjln dlm area g kn kak?
jim dh naik bosan jenjln dln hutan batu kt KL ni..
nk jumpa pokok pun payah!

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Za dah tunjukan mak temah ngan mak tak gambar dia? Apa kata dia orang?

Intan mgm betul tu, kat malaysia ada macam2 U..ha.ha

Liyana itu memang tembikai, kalau potong memang tembikai betul, bentuk dia ajelah lain..lonjong..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

intan, pepahat ni ada jual kat pasar tani..tapi jarang2 ada, kat pasar besar rasanya ada intan..cuba cari..

Ellismie, sayur midin ni macam2 boleh dimasak..letak dalam bubur pun sodap..

Suhana..ha.ha..memang pegi US le tu..ha.ha

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

jim..sesekali pergilah taman negara, best tau. Tapi tak boleh menyanyi le pulak..nanti binatang semua lari..ha.ha