Pada suatu hari, anak Umar b. Khattab pulang dari sekolah sambil menangis. Ketika di tanya oleh ayahnya, anak itu menjawab:
"Teman-temanku di sekolah menghitung tampalan bajuku dan mengejek. Kata mereka, lihatlah anak Amirul Mukminin bajunya bertampal-tampal seperti ini."
Mendengar anaknya mengadu, timbullah rasa kasihan dalam hati Umar terhadap anaknya. Oleh kerana itu beliau mengirim sepucuk surat kepada Bendahari Negara meminta agar beliau dipinjamkan wang empat puluh dirham dengan jaminan gajinya bulan depan di potong.
Bendahari Negara itu mengirimkan surat jawapan yang berbunyi :
"Wahai Umar, adakah engkau sudah dapat memastikan bahawa engkau akan hidup sampai bulan depan?. Bagaimana kalau kau mati sebelum membayar hutangmu?. Apa yang akan kamu perbuat terhadap hutangmu itu di hadapan Allah?."
Membaca surat itu maka Umar menangis lalu berkata kepada anaknya: Pergilah engkau wahai anakku kesekolah sebagaimana biasanya kerana aku tidak dapat memperhitungkan umurku walaupun sejam lagi."
Pemimpin sekarang bagaimana? Adakah mengikut seperti Umar B. Khattab lakukan? Bertuahlah kita kalau mempunyai pemimpin seperti Umar.

4 comments:
Salam kak....bukan hanya pemimpin sahaja tetapi kita semua harus ambil iktibar. Terutama kepada yang suka berhutang.....adakah umur kita sampai untuk kita lunaskan semua hutang kita.
pemimpin sekarang..rumah, kereta, elaun..dan segala mereka miliki..
intan rasa tak kan ada pemimpin yg sanggup lakukan seperti saidina Umar.
betul kate leeza kakk...
jgn kater pemiompin.. kita yg biase nie pun.. suke berhutang...
wah!! sayunye hati baca nie... tapi bila saya kenangkan bebudak sekarangtermasauk sy, sume yang sy nak dapat.. sedih, teringat sy pada ayah!!
Post a Comment