Qaisara anak yang cepat bosan kalau tidak ada apa-apa aktiviti. Di Kuching kerana telivisyen di hotel tidak ada siaran kartun, jadi dia cepat bosan. Ada sahaja kerja yang dibuatnya sebelum tidur. Lepas paksa saya baca buku kartun yang dibeli, dia mengoyak kertas,. Sebelum banyak lagi benda yang dikoyaknya, jadi kami membeli play doh untuk mengisi masa lapang sebelum dia melelapkan mata. Dan inilah dua benda yang berjaya kami hasilkan. Sebiji buah entah apa namanya dan sebuah beg. Jadi tak jadi belakang kira.
Ini pakai playdoh hijau dan merah sahaja. Dulu saya ingat, saya korek tanah kuning yang dipanggil tanah liat dan buat macam-mana anak patung darinya.
Gelek-gelek play doh warna merah sebagai buah.
Ini batang dan daun.
Tada......Umi ini tomato ke buah Apple? Tanya si Qaisara. Ciss..Qaisara ni...
13 comments:
Kesian Teta....bosan bila waktu malam. Malam di Kuching yang panjang.Patutlah masa di rumah za dia tak bergerak2 mata tengok TV.
yg tu beg sekolah teta la hehehehe
kreatif nyer..dulu pun umie selalu main tanah liat gak..main dalam rumah ramai2 ngan abang dan kakak...hehhe
Saya pernah gak la belikan yg murah utk anak2...habis bercampur gaul warnanya...huhuhu
hahahaha blh letak lappy dlm beg tu x? hahaa
Za..qaisara mana boleh dok diam..
intan, jenuhlah nak cari kalau teta nak beg sekolah cam tu..ha.ha.
umie, memang kecik2 dulu..dgn tanah liat buat guli, kemudian bakar..he.he
siti sifir, budak2 memang cam tu..semua dia campurnya, qaisara pun dulu cam tu..skrg dia da tau simpan elok2..
marina, nanti akak nak cuba buat lappy le pulak..he.he
wah.. hebat tu NB.. lepas nih, boleh ler order cupcake topper...hehehehe.. mrR pon excited tgk.. :-)
hahaha..comey je!
ni keje tgn teta or umi die ni?
ntah2 umi yg bosan?tu yg duk main play doh tu?kikiki..
kreatif akak dan teta...hari tu intan ada belikan play doh utk hadif, sekali dengan mould utk buat aiskerim..sekali mak intan tanya "ni yang nak main mamanya ke hadif ni?" hahhaha
roza, mr R awak nak letak beg tu atas kek ya buat sekali kasut sekolah..ha.ha
kau jim..macam tau2 aje yang umi teta main sekali..keh..keh..
ha.ha.ha..intan, itu pun Qaisara ada intan, akak bukan sahaja akak yang main, dgn bibik sekali main tau..dulu2 mana kita ada ini semuakan..he.he
sala kak yati, masih kat sarawak ke?
comey2 hasil kraftangan akak n teta. tp yg beg tu kan.. sekali pandang, ida nampak kereta... hahaha
wahh creative gak umi Teta nih
udah macam cup cakes lak...nyuummyyyy
Post a Comment