Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, December 21, 2010

BERCUTI

Hari Jumaat yang lepas saya dan kawan-kawan ke Kuching. Bercuti dan melepak ke rumah sahabat saya Liza Bujang. Rancangan ini sudah diatur sejak awal lagi. Sayalah orang yang paling gembira apabila suami membenarkan saya pergi. Dialah yang menghantar kami semua ke lapangan terbang dan mengambil kami ketika pulang. Tetapi saat akhir Kusyi Hirdan suami isteri tidak dapat hadir kerana sebab tertentu. Kami pergi bertujuh. saya, Qaisara, Bibik, Feeza pekerja saya, Kham, Atan dan Sharif yang menjadi pemandu bidan terjun. Ha ha..

Kapalterbang touch down di lapangan terbang Kuching. Sempat lagi bergambar. Ha ha..


Feeza dan Sharif, Atan dan Kham tidak ada dalam gambar. Kata Atan saya macam orang muda. Baru dia tahu saya muda..ha ha..


Sepanjang perjalanan ke Ulu Semera ker rumah Liza Bujang, ini adalah satu pemandangan biasa. Minyak dijual di dalam botol dan plastik.


Ini dia Atan, membawa lari umbut. Ha ha ha..umbut ini dijual dengan harga RM10 sebatang. Kadangkala ada tempat RM4 sahaja. Amat-amat murah dan sedap.


Gambar yang sempat di tangkap di sepanjang perjalan ke Ulu Semera, Asajaya. Betapa canggihnya anak-anak ini walaupun hanya menjual ikan puyu. Mana tahu mereka membuat jual ikan puyu dan haruan online? Ha ha ha..

Burung-burung yang sungguh banyak kerana di Ulu Semara ada beberapa rumah burung walet atau layang-layang.


Qaisara yang happy kerana dapat naik van, sebab kami buka tingkap dan angin bertiup. Sharif pula membawa van bak kata orang melaka membulan-bulan. Apa Teta tidak suka...


Berbaju kotak-kotak itu Kham yang selalu perasan dia muda. Selalu suruh Qaisara panggil dia kakak, sedangkan dia sudah boleh dipanggil makcik..ha ha ha

Bergambar di feri point, Sungai Buloh, Sadong Jaya. Berbaju biru macam nak pukul orang itulah Liza Bujang..ha ha ha..(kalau tengok gambar ini, kami semua mesti gelak guling-guling) ha ha...

Bersambung....

Monday, December 20, 2010

RAK BARU POKOK BUNGA

Bergembira pokok bunga saya kerana mendapat rak baru.
Dahulu rak kayu, tetapi 5 tahun raknya sudah reput.
Kali ini saya buat rak besi sahaja.


Pokok bonsai saya pun dapat rak baru.
Ada bonsai saya yang berusia lebih 7 tahun. Ada yang baru 2 tahun.



 
 Masakan pokok bunga aje dapat rak baru. Periuk saya dan rempah ratus saya juga dapat rak baru.

Dari wrought iron lagi. Siap berbunga-bunga.
Oh..saya tempah dari seorang anak muda yang baru berusia 26 tahun.
Kagum saya dengan beliau.
Harganya semua  termasuk rak pokok bunga cuma RM2000 sahaja.
Memang murah dan berbaloi.
Sesiapa yang mahu menempa awning, pagar, rak anak muda ini boleh membuatnya.



Saturday, December 18, 2010

SARAPAN ORANG LAMA.


Ini sarapan pagi saya beberapa hari yang lepas.
Keladi telur.
Keladinya kecil sahaja, direbus dan diisi sedikit garam.
Kemudian dilawan dengan kelapa yang digaul gula.
Enak kali..bak kata orang Indonesia.
Ha ha..
Tapi keladi ini jarang dan susah dijumpai, kecuali di sesetengah tempat.
Ini pun kakak saya bawa balik dari Batu Pahat.
Dapatlah saya bersarapan seperti orang lama
kerana saya pun lama orangnya..

Friday, December 17, 2010

KEYBOARD

Logitech Wave wireless.

Saya memang memerlukan keyboard yang sedap untuk menaip.
Keyboard yang disambung kepada laptop saya.
Saya memang banyak menulis. Menghabiskan masa kadangkala selama 10 jam sehari dengan keyboard jadi saya mahukan sesuatu yang amat selesa.
Saya terjumpa keyboard in ketika mencari-cari keyboard yang sesuai di Mines.
Harganya RM148.
"RM148 just for one keyboard? Dont spend so much on it honey"
Suami mengeleng kepala. Tidak membenarkan saya membelinya.
Sebab itu saya tidak suka bershopping dengan suami.
Semua mahal di mata dia.  Ha ha ha
Tetapi saya tahu saya suka..
Ada palm rest dan button antara satu sama lain agak jauh dan tidak rapat.
Saya boleh menaip di dalam gelap dan tahu arah butangnya.
Cari punya cari, akhirnya suami belikan saya keyboard yang berharga RM50.
Balik saya gunakan, memang tidak kena dengan selera saya. Di kepala terbayangkan logitech Wave keyboard.
Seminggu kemudian saya pergi sekali lagi ke Mines. Kali ini dengan Ojan dan Akim.
Budak-budak berdua tu kalau saya cakap mahu beli sesuatu,  mereka cepat sokong andak mereka.
"Wah.."
Kata Ojan sambil melihat keyboard ini. Saya sambar sahaja tanpa fikir panjang.
Balik saya gunakan..
Sangat-sangat puas hati dan sangat-sangat selesa.
Patutlah orang berkata..
"Good things not cheap, cheap things not good.." Ha ha ha

Thursday, December 16, 2010

SIAPA YANG SAYA LIHAT?

Minggu lepas hari Jumaat sebelum majlis perkahwinan adik saya, saya ke Tesco bersama kakak saya Maznah untuk membeli barangan untuk di buat lauk pengantin. Saya balik ketika waktu maghrib. Ketika memasuki lorong rumah saya, saya terlihat kereta adik ipar saya yang mahu keluar dari lorong rumah. Saya tidak nampak siapa yang memandu tetapi saya nampak seorang kanak-kanak duduk di tempat belakang dalam keadaan sedkikit membongkok memegang tempat belakang pemandu dan tempat duduk di sebelah pemandu.Saya juga nampak ada beberapa bayang kanak-kanak walau tidak begitu jelas.
"Mana Hamdan nak pergi maghrib begini, bawa Danish pula.."
Saya beritahu kakak saya, kakak saya yang duduk di sebelah saya sebenarnya tidak ternampak sesiapa pun di dalam kereta tersebut. Waima pemandu sebab agak terlindung.
"Ya tak ya, ya..." Kakak saya menjawab. Saya biarkan kereta adik ipar saya keluar dahulu barulah saya masuk kerana lorong masuk ke rumah agak kecil.
Tiba di rumah pada mulanya saya tidak perasan adik ipar saya ada di rumah, saya perasan bila kakak saya menegur.
"Hamdan..asal kau ada dekat sini? Tadi bukankah kereta kau?"
Tanya kakak saya.
"Oh...kereta tu adik saya pinjam. Esok dia nak ke Johor." Jelas adik ipar saya..
"Habis dia bawa ke Danish pergi mana?" Tanya saya.
"Bawa Danish? Mana ada Danishnya? Danish ada kat rumah sebelah.."
Rumah sebelah adalah rumah abang saya. Untuk memastikan Danish ada di rumah sebelah, adik ipar saya memanggil anaknya dan tidak lama kemudian Danish muncul dengan tersenyum-senyum.
Sah..Danish memang ada di sini?
Tetapi siapa yang saya nampak dengan jelas, duduk di tengah-tengah tempat duduk sedikit membongkok dan memandang ke hadapan? Hanya ALLAH sahaja yang tahu...



Wednesday, December 15, 2010

AKU TAK BODOH


Sinopsis Aku Tak Bodoh:-
Berkisarkan tentang seorang pelajar bernama Roy, 16 tahun yang menghadapi liku-liku hidup remajanya. Seperti remaja yang lain, Roy cuba memahami kata neneknya yang menegaskan bahawa adat orang melayu menuntut orang muda menghormati orang yang lebih tua dan tidak boleh melawan kata walau apa jua keadaannya. Ibubapa Roy terlalu sibuk dengan urusan kerja sehingga tiada masa untuk Roy dan adiknya di rumah.


Terus terang saya katakan ini film terbaik sepanjang 2010 yang pernah saya tonton. Walau dahulu saya suka Adnan sempit tapi saya lebih sukakan Aku tak bodoh. Ketika menonton ini saya bawa anak-anak buah seramai 8 orang menonton bersama dengan saya. Ojan, Akim dan Irfan yang duduk di belakang kerusi saya diam membisu dan penuh khusyuk menontonnya. (usia 13-16).  Anak-anak yang berusia 4-9 tahun berkeliaran dalam panggung kerana mungkin tidak berminat.

Ha ha part ni lucu....

Namun beberapa kali saya menangis menonton filem ini kerana persepsi salah emak ayah yang terlalu sibuk dan tidak mendengar keluhan si anak. Oh..saya seperti merasakan ianya pernah berlaku pada saya. Bila saya tanya Ojan apakah dia suka filem ini (Ojan selalu menonton film inggeris bersama ayahnya).
"Tersangatlah bestnya andak.."
Saya tahu film ini seperti memihak pada anak-anak. Tetapi inilah hakikat, kita sebagai ibu bapa tidak seharusnya lepas tangan dan terlepas pandang apa sahaja keluhan anak-anak. Bahkan ia juga memaparkan persespi salah anak-anak kepada ibu bapa mereka. Saya menangis bila si bapa berhujan dan berpanas ketika menghantar surat rayuan kepada Kementerian supaya anaknya tidak dibuang sekolah. Bukan itu sahaja, saya seperti dapat merasakan bagaimana satu ketika dahulu guru selalu membuat persepsi salah pada saya yang tidak begitu pandai di sekolah menengah kerana kadangkala terpaksa bangun pagi membantu ayah menoreh getah.
 Oh yang ini sangat menyayat hati, saya mengaku saya menangis!


Geram sungguh dengan cikgu ni..

Ayuh..tinggalkan semua filem-filem lain, sila tonton Aku tak Bodoh yang sangat menyentuh hati dan tidak akan memperbodohkan kita. Moga-moga kita sebagai ibu bapa, remaja dan guru dapat belajar sesuatu darinya.

P/S Saya tersangatlah suka dengan watak Adibah Noor. Perempuan ini walaupun tidak cantik dan berbadan besar  tapi saya selalu mengagumi sikap beliau yang amat pandai membawa watak (rasanya selalu film dia saya akan menonton) dan tidak pernah merasa rendah diri.


Tuesday, December 14, 2010

SAMA AJE

Qaisara bersama kakak sepupunya Alin..

Beberapa minggu yang lepas pembantu rumah saya sakit, agak teruk juga. Kata doktor dia terkena kencing kotor. Harus minum banyak air. Bibik saya ini memang amat susah untuk minum air, seperti dipaksa minum racun kalau kita suruh dia minum air. Selama 4 kali saya berulang alik ke doktor, barulah dia beransur sembuh. Itupun jenuhlah saya paksa dia minum. Sampaikan saya dan suami bergilir2 ketuk bilik dia mengingatkan supaya minum air.
Semalam Qaisara pergi ke tandas untuk membuang air kecil. Lepas keluar dari bilik air, dia menjerit memanggil bibik.
"Bik..Teta kencing kuning sangat. Teta kena minum air"
Saya pernah beritahu Qaisara yang apabila kita kurang minum, bila buang air kecil, warnanya akan menjadi kuning. Untuk mengelak begitu harus minum banyak air.
"Itulah Qaisara, bibik dah letak air depan Teta, Teta tak mahu minum..."
Balas bibik. Qaisara merenung wajah pembantu rumah saya dan mencebirkan bibir.
"Huh bibik, nak cakap Teta habis bibik yang tak minum air sampai pergi klinik tu?"
Ha ha ha..ambik kau. Bibik tersipu-sipu malu kerana dismash oleh Qaisara. Saya tahu ketika bibik sakit sayalah bercerita dengan Qaisara punca penyakit bibik. Sampai sekarang Qaisara ingat dan mungkin akan ingat buat selama-lamanya.


Monday, December 13, 2010

...DAN CINTA PUN TERSENYUM

Sudah berada dipasaran sekarang ini, sudah boleh dipesan melalui online. Untuk preview novel ini sila lawat jom baca novelnbkara

Friday, December 10, 2010

SEDIKIT NASIHAT

Ada seorang  teman yang saya anggap seperti adik bila saya tanya, bila mahu berkahwin, dia menjawab.
"Belum masanya. Saya tidak bertemu lagi dengan wanita yang baik untuk dijadikan isteri."
"Aik..punyalah ramai wanita di mukabumi ini masakan tidak ada yang baik?"
Saya bertanya sambil tersenyum. Sengaja menduga hatinya.
"Ada tapi ramai sudah menjadi isteri orang. Susah sebenarnya kak mahu mencari seorang wanita solehah, mendengar kata, akur dengan kata-kata suami dan juga hormat pada orang tua, pandai memasak, pandai jaga anak.."
Oh..banyak sungguh permintaan pemuda ini. Memang semua orang mahukan yang baik-baik belaka. Lelaki mahukan perempuan yang baik dan mendengar kata. Perempuan pula mahukan lelaki yang bertanggungjawab.
"Sebenarnya dalam Islam sendiri, kalau kita mahu memperbetulkan orang lain kita kena betulkan diri kita dahulu.."
"Maksud akak?"
"Kamu kena jadi lelaki yang soleh, mendengar kata ibu bapa, kena hormat orang lain, kamu kena pandai masak.."
"Aik saya kena pandai masak?"
Memang pelik kalau orang mendengar kata-kata sayakan?
"Habis kamu mahukan isteri yang pandai masak, kamu juga kena pandai masak. Kalau kamu tak pandai, macam mana kamu nak tahu isteri kamu pandai memasak ke tidak. Lelaki ini macam guru juga pada isterinya. Seorang guru yang mengajar matematik mesti pandai matematik bukan?"
Tergaru-garu pemuda yang baya-baya adik saya itu..
"Hmm..masakan saya nak kena pandai masak baru boleh cari isteri kak.."
"Samalah juga jangan harap seorang isteri terlalu pandai memasak, terlalu pandai beragama kerana kamu sendiri belum tentu pandai dalam apa yang kamu harap ada pada isteri kamu. Perkahwinan adalah pembelajaran dan ianya boleh ditingkatkan dari masa ke semasa. Kamu bantu isteri kamu, dia bantu kamu dan sebagai ketua keluarga seharusnya kamu lebih pandai dari seorang wanita yang mahu kamu kahwini. Jangan minta yang berlebihan sedangkan diri kamu tidak cukup bagus untuk seorang wanita.."
Kata-kata itu memang pedih tetapi akhirnya dia mengeluh. Sambil menganggukkan kepalanya.
"Tidak ada manusia yang sempurna, wanita yang baik adalah wanita yang mahu belajar, menghargai apa yang dia ada, rendah hatinya dan sentiasa ada bersama kamu di saat susah senang kamu. Dan kamu sendiri harus memperbaiki kekurangan diri kamu dan sedia menerima teguran walau teguran itu dari isteri sendiri.."
Saya tidak tahu apa yang berada di dalam fikiran pemuda itu tapi saya harap dia mengerti, manusia memang tidak pernah sempurna dan ketidaksempurnaan itulah membuatkan hidup ini tampak lebih indah sebenarnya.


Thursday, December 9, 2010

KUALA GULA

Ketika menghantar adik saya bernikah di Parit Buntar, kami tidur di Kuala Gula Santuary Resort. Resortnya biasa-biasa sahaja. Di dalam bilik memang tidak ada telefon, tidak ada cerek untuk memasak air. Untuk menelefon ke operator terpaksa mengunakan telefon sendiri. Saya bertanyakan cerek, kata pekerja sudah habis dipinjam orang. Tinggilah sedikit suara saya kerana saya mengambil bilik yang paling besar dan sedikit mahal dari yang lain kenapa tidak ada cerek? Tidak lama kemudian datang seorang pekerja menghantar. Heasy...ada pula. Selain daripada bising orang berkaroke siang malam di restoran tidak jauh dari resort ini, lainnya saya sangat suka dengan tempat ini.

Melihat pemandangan ini suami mula teringat dengan musim luruh di Turki. Kata dia tak perlu pergi jauh-jauh bayar tiket kapalterbang. Ha ha..nak pujuk hati sendirilah tu.


Memerhatikan burung bangau ini, saya amat mengagumi kebesaran ALLAH. Paruh dan kakinya yang panjang itu rupanya ada fungsi tertentu. Bahkan bangau ini tidak lari apabila hujan turun. Kebal sungguh dengan hujan dan dia tidur berdiri begitu. Sangat takjub.


Pemandangan ini boleh dilihat daripada balkoni. Seronok melihatnya. 


 Belacak, ada yang panggil ikan tembakul. Mana satu saya sendiri tidak pasti. Ketika asyik memerhatikan ikan-ikan ini keluar masuk lubang dengan mengundur, kami ternampak 3 ekor memerang. Comel-comel tidak sempat mengambil gambar sudah melarikan diri.


Memerhatikan ketam yang keluar masuk ini memang seronok terutama suami yang jarang dapat melihat suasana yang sebegini kerana ketika di Turki beliau tinggal di tengah-tengah bandar Bursa.


Boleh memancing dari balkoni. Kata abang ipar saya, ada belangkas di sini memandangkan banyak buih dipermukaan sungai. Tapi kami tak nampak pula belangkas tersebut.
Musim hujan sekarang ini, tetapi memerhatikan hujan turun dengan melihat tingkah bangau, belacak memang amat menyeronokkan dan sangat romantis.

Sedikit info, Kuala Gula adalah terletak dekat dengan Kuala Kurau di dalam daerah Kerian.  Sesiapa yang mahu ke sana, perlu memasuki tol Bandar Baru dan mengambil jalan ke Parit Buntar. Kuala Kurau adalah bersebelahan dengan Parit Buntar.