Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, September 24, 2009

CORETAN RAYA

Rasanya baru kita berpuasa dan sekarang sudah berada di bulan syawal. Terlalu cepatnya masa berlalu. Bagi saya syawal terlalu besar ertinya. Ketika ini kami dapat berkumpul, bercerita dan bergelak ketawa. Rasanya detik-detik yang berlalu terlalu cepat dan pantasnya pergi.

Keluarga kecil saya, setiap kali orang datang dan berjumpa dengan saya, pertanyaan wajib mereka..bila nak tambah anak lagi seorang..ALLAH..ALLAH...
Di hari raya kali ini saya berpelung berjumpa dengan seorang teman yang sudah berpindah ke Singapura mengikut suaminya bekerja di sana. Usia perkahwinannya hampir dengan saya dan tidak mempunyai anak. Dia meluahkan perasaannya apabila orang bertanya kenapa dia tidak mempunyai anak.
"Sudah..kau jangan peduli kata orang, bila tak ada anak, tanya bila nak ada anak, macam aku pun orang sentiasa tanya bila nak tambah anak.."
"Yelah..betul kata kau Tie..kalau ramai anak pula, orang mengata..asal le beranak ramai-ramaikan.."
"Yalah anggaplah pertanyaan orang adalah pertanyaan mengambil berat dan kerana sayang.."
Saya bergurau dan kawan saya ketawa

Ini menantu lelaki dan anak lelaki keluarga Berahim.

Anak-anak perempuan keluarga Berahim (tidak termasuk Balkish yang sibuk interframe..ha.ha)

Qaisara yang sentiasa membawa botol airnya walaupun berhari raya ke rumah orang.

Adik saya Ustaz Kamal Al Hafiz yang sentiasa mengelek anaknya ke sana ke mari. Kata dia baik kelek daripada dilepaskan. Kalau dilepaskan, asyik nak dikejar. Sekarang baru dia tahu susahnya menjadi ayah ustaz ya..ha.ha.ha.

Bersama adik saya nurul yang banyak memainkan peranan penting di dapur. Dua tahun yang lalu beliau mendapat beberapa tawaran belajar di luar negara tetapi dilarang oleh ayah dan emak tiri saya. Jadi setiap kali datangnya raya, kami mengusik Nurul.
"Dik, nasib baik kau tak pergi dik. Kalau tak, tak ada orang yang menolong di dapur.."
Yelah..dialah yang tidak pernah penat membasuh pinggan mangkuk, masak, melayan tetamu dan sebagainya bersama pembantu rumah saya. Tahun lepas mereka bertiga tetapi tahun ini berdua, kerana pembantu rumah ayah saya bercuti, pulang ke Indonesia.


Ini anak manja kakak saya Mijah, siapa lagi kalau tidak Ojan. Tahun ini menurut Ojan dia tidak berhari raya, yelah lepas raya dua minggu, Ojan akan menghadapi peperiksaan PMR. Moga-moga Ojan dapat menjawab dengan baik..AMIN..


Apa yang diceritakan oleh Hakim (berbaju oren) sehingga semua sepupunya melopong mendengar?



ha.ha.tahun ini baju raya saya memang banyak dan saya beraya dan bergaya di rumah sahaja. Begitu juga dengan adik saya dan bibik yang terperap di dapur tetapi tetap bergaya di hari raya.



Anak buah saya, Danish dan Atmam yang bergaya dengan baju melayu dan juga berkain songket.

Anak-anak merekalah yang paling riang berhari raya. Sebelum raya Qaisara bertanya, raya tu apa umi? Dan sekarang bagi Qaisara raya itu orang ramai datang ke rumah, berjalan-jalan dan dapat duit.


Qaisara yang baru keluar hutan di rumah nenek saudara saya. Rantainya pun entah ke mana. Sepanjang berada di kampung tak lekat di rumah, masuk semak, keluar semak. Calar balar kaki tangannya, digerit ranting kayu, lalang dan juga digigit nyamuk. Biar dia merasa kehidupan di kampung, walau ada yang mengatakan sayang kulitnya yang mulus bertanda-tanda ha.ha.ha. Bagi saya, biar Qaisara ada kenangan 'nakal' dalam hidupnya menjadi anak kampung.


Ini anak buah saya Zafran, yang saya panggil 'haji'. Melekat pula nama tersebut, dia faham pulak orang panggil dia 'haji' tersenyum-senyum dia.


Alin, Baliksh, Danish dan Qaisara yang control ayu..dalam gambar nampak sopan aje. dekat luar? .ha.ha..


Thursday, September 17, 2009

RENCAM SEBELUM RAYA

Tahun ini saya macam tak raya sahaja. Tetapi memang banyak perkara yang sudah saya selesaikan. Syukur Alhamdulilah..(macam tak raya, tapi baju raya saya..nak dekat 10 pasang..teruk sungguh! Entah saya pakai ke tidak! Ini si Lilylah yang mengoda akak untuk menambah baju raya di Sogo!)

1. Baju Qaisara sudah saya selesaikan sejak awal lagi. Jangan tanya berapa pasang, sudah tidak terkira. Baju untuk pembantu rumah dan pekerja juga sudah beres.

2. Baju suami sudah saya belikan, saya hanya beli dua helai sahaja dan beg baru untuknya, suami sebenarnya mempunyai lebih banyak baju dari NB (siap request almari baru..mengalahkan perempuan le pulak).

3.. Baju anak-anak buah saya seramai 9 orang sejak awal lagi sudah saya langsaikan. Baju ayah saya (belikan dia baju banyak-banyak, tahun depan percayalah, masih ada dalam plastik lagi). Baju dan kasut emak tiri saya, baju adik-adik saya yang masih belum bekerja semuanya selesai.
Tahun ini saya belikan sandal mahal untuk ayah saya. Berharga RM100++. Kata khairul adik saya, mesti ayah saya bising kerana beli selipar mahal sangat. Dan seperti jangkaan kami bila dapat selipar itu, ayah saya pun berbunyi.
"Buat apa beli mahal-mahal ni, membazir aje. Nanti kalau bawa ke masjid di kebas orang, satu apa pun tak guna. Aku pakai selipar plastik aje.."
"Kenapa pakailah, tak pakai kufur nikmat, kalau hilang, niatkan sedekah. Selipar tak dapat, pahala dapat." Itu jawapan saya ala-ala selamba aje..ha.ha
Teringat saya dengan si Ojan yang mahu beraya dengan selipar plastik sahaja. Ini mesti dah terikut perangai atuknya.

4. Tak tahulah apa yang saya buat bulan puasa tahun ini sehingga saya tercungap-cungap mahu khatam Al-Quran, hari-hari saya risau (cakap aje..tapi berjalan sana sini tak ingat dunia.he.he). Tapi Alhamdulilah tuhan permudahkan..

5. Tahun ini kuih raya langsung saya tak buat. Tetapi si Nik Fauziah nak kuih sarang semut. Insya-ALLAH nanti lepas raya, kalau umur panjang saya buatkan untuk dia. Mungkin selepas raya baru saya pulun kerana saya akan balik ke kampung beraya selama seminggu.

6. Bonus raya untuk pekerja-pekerja kami pun sudah selesai, termasuklah bibik saya yang tersengeh-sengeh dapat bonus dari suami saya. (nanti adalah satu penulis yang saya tidak tahu, apa silap saya pada dia akan bercakap..itu pun nak tulis dalam blog. Riak! Sorry kak ya! Cuma saya berterima kasih dengannya, marah-marah atau benci pun dia dengan saya, masih juga baca blog saya..terma kasih kak ya!..)

7, Semalam badan saya sakit-sakit, kalau badan saya sakit-sakit itu tandanya saya sudah lama tidak merayau dan hanya duduk di hadapan PC (alasan le tu..sedangkan dua hari lepas, saya merayau di tengah panas di bandar Kajang). Jadi saya, bibik, Suraya dan Qaisara meredah lautan manusia di Jalan T.Abdul Rahman dan masjid India.
Tengoklah orang punyalah ramai..nak bernafas pun susah, sudahlah bercampur aduk bau orang dengan bau longkang.

Mak datuk..orang punyalah ramainya. Sudahlah tu macam-macam bau. Nasib Qaisara duduk di dalam pram, tak adalah dia mengamuk sangat. Cadang saya mahu mencari telekong untuk kakak saya yang mahu mengerjakan haji bulan depan. Alhamdulilah, dapatlah telekong yang saya idamkan. Suami awal-awal dah beritahu. Telekong yang saya nak tu, jangan beli kalau melebihi RM125 (dia orang letak RM180). Dan kerana kepintaran saya menawar, saya dapat RM120..he.he.. Di JTAR banyak dijual kasut Crocs, cantik-cantik saya tengok kasut crocs yang dijual di situ, harganya cuma RM35 sahaja. Macam original aje..tapi bila teringat yang kasut crocs bahaya untuk tangga bergerak dan mungkin diharamkan, tak jadilah beli..

Telekong yang saya dapat sambar.

7. Saya akan balik beraya ke Melaka, sesiapa yang sudi datanglah ke rumah saya di Bukit Katil, di Jalan Demang Hussin dekat masjid bukit katil.

8. Di sini juga saya umumkan, tidak ada sesiapa pun yang berjaya menjawab TEKA SAMBAL dengan tepatnya dan saya sedang memikiran bagaimana hadiah yang telah saya sediakan ada pemenangnya. Mungkin saya akan menyediakan satu kuiz yang ringkas (rupanya susah teka sambal tu ya) dan akan menambah hadiahnya lagi, tanda terima kasih saya pada anda semua.


9. Dikesempatan ini saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, Maaf zahir dan batin, dari hujung rambut ke hujung kaki, jika ada segala kesilapan, yang tergores, terkasar bahasa. Harap dimaafkan. Terutamanya penghunjung setia blog saya. Terima kasih kerana sentiasa menyerikan hidup saya dengan mesej anda, sekali lagi SELAMAT HARI RAYA dari NB, SEYIT KARA dan QAISARA SEYIT..kami sayang ANDA SEMUA!


Monday, September 14, 2009

MAKAN-MAKAN LAGI..

Semalam saya menghadirkan diri di malam berbuka puasa Turkish culture centre di Marriot hotel. Tahu sahajalah hotel Marriot di Jakarta baru sahaja di bom. Jadi nak masuk ke hotel marriot macam kena lalui pegawai imigresen dan kena siap buka bag lagi. Saya memang malas mahu pergi, tetapi kerana nama kami sekeluarga sudah dimasukkan ke dalam senarai dan tidak boleh diganti, jadi saya pergilah juga.
Saya dengan Qaisara berposing sebelum balik. Bagus juga Marriot, mengadakan dewan khas untuk orang berbuka puasa bersolat. Bagus..bagus..bagus..


Suami berposing depan Pavillion sebelum masuk ke Marriot hotel..


Antara makanan yang dihidangkan, ada juga kebab tapi tak sempat ambil gambar. Punyalah ramai orang beratur mahu mengambil kebab. Di bawah sekali itu makanan yang bernama yaprak (nasi yang dibalut dengan daun anggur)


Ini manisan yang disediakan. Saya tak makan pun apa-apa dari manisan ini. Puding beras, baklava dan juga puding karamel.


Si Qaisara yang kontrol ayu. Ramai anak-anak Turki yang berada di majlis berbuka puasa itu, agak nakal-nakal, saya kurang berpuas hati kerana anak-anak ini dibiarkan berlari-lari di atas pentas. Menjerit-jerit berbuat bising ketika persembahan dijalankan.


Anak kecil ini saya suka sekali, sopan dan suka berkawan dengan Qaisara, tetapi Qaisara pula buat perangai.
"I dont want boy! I like girl!"



Di akhir berbuka puasa ada pula majlis persembahan anak-anak Malaysia yang menyanyikan lagu-lagu Turki. Okay jugalah dia orang menyanyi, teringat pula saya masa buat persembahan di sekolah dulu.


Gambar ini sengaja saya tempelkan di sini. Qaisara baru bangun tidur. Tengoklah si Qaisara yang gilakan hello kitty, baju tidur hello kity, bantal hello kitty, sarung tilam hallo kitty dan gebar hallo kitty.


Saturday, September 12, 2009

SAMBAL SULUR KELADI.

Rupanya teka sambal ini amat sukar dijawab oleh para pembaca blog saya, di Melaka memang banyak sambal yang aneh, seperti sambal tahi minyak dan juga sulur keladi ini. Sulur keladi mudah didapati dirumpunan pokok keladi. Ianya selalu menjulur dan perlu dibersihkan dan dipotong sebelum di masak. (Dalam buku Harum Chempaka ada diceritakan mengenai sambal sulur keladi ini)

Jom masak sambal tumis sulur keladi!


Bawang putih, bawang merah, cili, dimesin sekali dan ditumis dengan minyak sehingga garing.


Ikan bilis dibersihkan, dibuang tahinya dan dibelah dua. Apabila campuran cili dan bawang tadi telah masak, masukkan ikan bilis.


Masukkan sedikit air asam.

Kemudian masukkan sulur keladi yang , dibersihkan, dibuang kulit arinya dan dipotong-potong anggaran 1 inci setengah. Masukan garam dan perasa.



Inilah hasilnya, sambal sulur keladi yang amat sukar rupanya dijawab oleh para peserta.




Thursday, September 10, 2009

TIDURLAH TIDUR

Semalam ketika berada di dapur menyiapkan hidangan berbuka puasa saya dengar Qaisara membaca doa tidur. Terjerit-jerit dia membacanya. Apa kena si Qaisara ni? Sebentar tadi saya melihat dia membawa makanan di hadapan telivisyen. Masakan makan membaca doa tidur.
"Sayang..baca doa apa tu?"
Saya bertanya dari dapur, yelah rumah teres dapur dengan ruang tamu bukan jauh pun. Tetapi saya tidak nampaklah apa yang dibuatnya.
"Doa tidur.."
"Qaisara nak tidur ke?"
Tanya saya. Qaisara memang ada penyakit tidak boleh tidur. Sepanjang hari dia boleh melompat tanpa tidur walau sepincing pun dan malam akan tidur hanya apabila jarum pendek bercium dengan jarum panjang.
"Taklah.."
"Abis tu kenapa baca doa tidur?"
Saya tanya Qaisara. Dia diam, tidak lama kemudian terdengar sekali lagi dia membaca doa tidur dan seakan cuba menidurkan seseorang. Isk..siapalah pulak yang dicuba ditidurkan. Tidak lama kemudian dia membebel seorang diri.
"Tidur, tidur. Teta cakap tidur.."
Saya yang berada di dapur menjenguk di ruang tamu. Seriau juga saya bila Qaisara sudah bercakap begitu, seperti bercakap dengan seseorang yang tidak ujud!.
Bila melihat siapa yang mahu ditidurkan, saya ketawa . Geli hati pun ada, geram pun ada. Apa tidaknya...di hadapan telivisyen dia membuat kerja...

Anak patung ini yang cuba ditidurkan oleh Qaisara, sebelum ditidurkan, puas dibedakkan sehingga habis sebotol bedak baby johson dikerjakan oleh Qaisara...ha ha. ha...
P/S Ini mesti ada yang mengata, Qaisara nak adiklah tu. Ye..kalaulah anak ini boleh dibuat-buat, boleh dicetak-cetak. Alangkah bahagianya saya..tiap2 tahun saya cetak dan buat..ha..ha..

Wednesday, September 9, 2009

LAYAN GAMBAR MAKANAN

Malas sungguh nak update blog, sama malasnya nak masak untuk berbuka puasa dan sama malasnya nak buat kuih raya. Tetapi saya masih belum lagi malas untuk menghabiskan menulis buku. Selepas raya ini, insya-ALLAH kami akan terbitkan, Buku Kembara Teta, kisah pengembaraan Teta keluar negara. Saya sudah siapkan, tiga buah buku bacaan sekluarga, Teta balik Turki, Teta pergi umrah dan Teta ke Cyprus!
Kerana malas nak menulis apa-apa, mari kita layan gambar-gambar makanan, cahaya semangat bagi kita yang letih lesu untuk bekerja kerana asyik ingat raya..ha.ha... Ini masa saya makan di Penang Village. Tak banyak ambil gambar sebab rasa macam malas aje...

Ini masa saya balik kampung, ada kuih bakar manis dan sup ayam kampung, bersama ikan goreng..



Ini juga masa di kampung, satu kemestian keluarga kami berbuka dengan air mata kucing, itu spaghetti yg nb buat dan dibawah karipap kakak ipar..



Ini ketika berbuka di Chakripress di Alamanda. Masakan dia boleh tahan jugalah.. Ojan yang tukang snap gambar ini.

Saya bawak juga buah hati saya Ojan dan adik saya Nurul bersama makan di Chakripress. Suami ketika itu sedang berpesta kebab dengan kawan-kawannya di PWTC. Jadi saya angkut semua suku sakat saya berbuka berpuasa di luar. Hakim tidak ada kerana berada di asrama. Sian Hakim.... Di Alamanda saya shopping baju dan kasut untuk Ojan dan Hakim. Saya paksa Ojan beli sandal yang cantik sikit, dia kalau boleh mahu beraya dengan selipar asadi aje.


Mak Usu Nurul, Bibik, Qaisara yang muka macam orang puasa dan Suraya, editor saya.


Ini lagi makanan di Penang Village iskk bukan di Chakripress..banyak manalah kita boleh makan bila sudah berpuasa.

Ini mesti ada yang mengata ni, NB ambil gambar tak pernah senyum..ha.ha.ha, menunggu azan dilaungkan. Rasanya macam hari ini nak pergi makan luar lagi..isk-isk...Macam kaya sangat!




Monday, September 7, 2009

MARI BUAT KUCING HIJAU!

Saya ni macam tak ada kerjalah pulak. Ha.ha..tapi seronok juga sesekali jadi budak-budak. Apa lagi kalau tidak didesak oleh si Qaisara untuk membuat kedi atau kucing ini.

Bahan-bahan yang digunakan nak buat kucing ini adalah watercolor, berus, air dan yang sekufu dengannya.


Cardboard, apa-apa kertas yang keras sedikit lah.


Lukis bentuk sebegini, gunting dan kemudian warnakan dia, hijau. Ada kucing warna hijau ke? Ha..ha.ha..tak pernah orang jumpa! Seingat saya katak adalah warna hijau. Masa kecil dulu selalu saya tengok, diikat di kedai cina di kampung saya. Dijual kepada orang berbangsa cina untuk dibuat sup, entah berapa ringgit sekilo tak ingatlah pula saya. Kata mereka sedap...eeeiiii...


Kemudian kertas yang berwarna biru, kalau tak ada kertas tersebut kertas putih pun boleh, warnakan dan gunting untuk dibuat tompokan atau misai kucing.

Ini hasilnya, anak dara saya tak sabar menunggu, warna dia masih basah pun dia suruh saya teruskan. Sesiapa ada anak tu, rajin-rajinkan diri melayan anak membuat kucing hijau ini. Tetapi kalau dah setiap masa dia suruh kita buat kraftangan cam ni. Mahu angin juga kita! Ha.ha.ha


Saturday, September 5, 2009

CERITA ULAR LAGI


Tak habis-habis lagi kisah Qaisara. Mesti ada yang bosan saya asyik bercerita pasal anak saya yang suka melompat tak tentu pasal. Tak pernah mahu duduk diam, selalu sahaja kaki, punggungnya bergoyang apabila mendengar lagu. (Ada yang bertanya Balkish tu anak saya ke?Ya..dia juga anak saya dan juga anak kakak saya. Dia panggil saya umi dan saya sayangkan dia macam anak saya sendiri).
"Umi cerita pasal ular.." satu malam dia minta saya bercerita pasal ular (geli saya!). Qaisara memang begitu sebelum tidur, kena bercerita dengan dia. Kalau tidak, jangan harap dia nak tidur!
"Isk..ular apa pulak ni.."
"Hari itu umi cerita atokkan tangkap ular.."
"Oh..pasal itu. Masa tu atok bangun solat malam. Masa atok nak ambil wuduk, atok dengar bunyi bising dekat luar. Atok ambil touchlight.."
Saya pun berceritalah. Saya bercerita bagaimana ayah saya menyuluh dipokok cempedak dan melihat seekor ular sawa sepanjang 10 kaki. Kemudian ayah saya memanggil bomba. Saya juga beritahu qaisara bomba datang seramai 4 orang dan menangkap ular sawa itu.
Tidak lama kemudian Qaisara pun tidur. Esok malamnya ketika saya menghadap komputer..qaisara dengan babanya diatas katil..
"Baba..baba you want hear story.."
"Yes.."
'One night, atok want to take wuduk. Atok heard something noisy.."
"where does noise come from?" baba dia bertanya..
"From fridge baba...Atok take touch light, after atok open fridge.."
"What's in the fridge?" saya hanya pasang teling, apa jugalah yang mahu dicerita oleh anak dara saya ini.
"Atok see snake. so big, so long.."
"Ahh?" saya dengan suami sudah menjerit.
"Snake in the fridge? Are you sure?" tanya suami macam tak percaya sahaja.
"Yelah..baba. After atok call bomba, bomba come and catch the snake..."
"where do you get this story?" suami mengerutkan dahinya, saya masih lagi ketawa..
"Umilah..baba.."
"Umi tak cakap pun ular dalam peti ais tau.." Qaisara sudah ketawa sambil menakup mulutnya dengan telapak tangan.
"Separuh cerita umi separuh cerita Tetala......"
Ha.ha.ha..setiap kali mahu membuka peti ais saya teringatkan cerita Teta. Huh! harap-harap tak adalah ular sawa di dalam peti ais saya. Kalau tidak mahu saya pengsan!



Thursday, September 3, 2009

BERANI MARILAH SUDU!

Saya masih ingat lagi, masa tu saya berusia rasanya dalam 11 tahun. Setiap kali hari sabtu dan Ahad saya pasti akan membantu ayah saya ke kebun getah. Biasanya selepas mengumpul susu getah, susu getah tersebut akan dibekukan, digelek dengan mesin bagi mengeluarkan airnya dan kemudian dijemur.
Ketika mahu membekukan getah tersebut, susu getah harus dicampur dengan cuka getah dan juga air. Semua ini dilakukan di sebuah bangsal.
Dan tugas mengambil air di salah sebuah perigi yang agak jauh dari bangsal tersebut, adalah tugas saya kalau saya tidak bersekolah. Saya akan menimba air tersebut dan dimasukkan ke dalam dua baldi yang saya kandar di bahu. Setiap kali mahu ke perigi saya harus melalui sebuah rumah dan juga sebuah perigi buta. Perkara ini yang paling saya benci , bukan kerana saya tidak sukakan tuan rumah tersebut, tetapi saya tidak sukakan angsa-angsa peliharanya yang akan menyudu kaki dan badan saya! Kalau kita lari dia akan kejar kita sehingga kita terpaksa lari lintang pukang..ha.ha
Satu hari saya terfikir, apa yang perlu saya buat dengan angsa ini supaya dia tidak menyudu dan takutkan saya, tidak seperti sekarang saya takutkan angsa-angsa tersebut.
Dan satu hari saya seperti biasa, mahu mengangkut air, angsa-angsa ini sudah menunggu saya. Ketika itu kakak saya Mijah ada sekali bersama dengan saya. Didorong rasa marah , saya pegang leher salah seekor angsa yang sedang menyudu kaki saya. Sebelah tangan lagi, saya peluk badan angsa tersebut dengan perasaan geram saya campakkan angsa tersebut ke dalam perigi buta!
Menjerit-jerit angsa tersebut meminta tolong.
"Padan muka kau. Kau orang berani lagi, sudu aku. Marilah sudu.."
Saya memarahi angsa-angsa lain yang tinggal. Wah.ha.ha.ha..semuanya tunduk menikus. Memang ajaib!. Keesokan ketika saya lalu lagi untuk mengambil air di perigi, angsa-angsa tersebut semuanya tunduk dan tidak berani berbunyi apabila melihat kelibat saya. Dan seolah-olah tidak sedar akan keujudan saya..(iye ke tak sedar atau takut?)
Saya tidak pasti bagaimana angsa yang saya lempar ke dalam perigi buta itu boleh naik ke atas, bahkan tuan rumahnya pun tidak bercakap apa-apa dengan saya. Tetapi sejak itu saya dapat mengangkut air dengan amannya.
Jadi mungkin kenakalan Balkish sehingga melemparkan kucing ke dalam kolah adalah tumpahan kuah saya yang terkena padanya...he.he.he



Wednesday, September 2, 2009

DAH TAHU DAH SAYANG!

Balkish dan Danish, bergaduh, baik, bergaduh baik..biasalah budak-budak..


Hari minggu lepas ketika balik dari kampung, adik saya memberitahu.
"Kak..kau tahu, si Danish dengan Balkish dah jadi pembunuh.."
Terperanjat juga saya mendengarnya. Lantas saya tanya pada adik saya perkara yang sebenarnya. Cerita Ateh Danish dan Balkish bermain air di bilik air yang berada di luar rumah. Di rumah kami di kampung memang mempunyai bilik air di dalam rumah dan di luar rumah.
"Bila mereka keluar, Bapak masuk. Bapak tengok ada seekor kucing yang sudah kembong dalam kolah di bilik air. " (keluarga saya memang pelik sedikit, adik beradik saya seibu sebapa panggil ayah saya abah atau babah, tetapi adik beradik dengan emak baru panggil ayah saya bapak).
"Lah..siapa yang buat?"
"Budak-budak berdualah tu.." Ateh dengan penuh yakin memberitahu.
"Kau tak nampak, tak bolehlah tuduh-tuduh. Kasihan budak-budak tu.."
Ateh pernah cakap dengan saya, Kak Tie kalau balik kampung, Danish sukalah. Ada orang yang tukang back up dia kalau dia buat salah! he.he.
"Alah..siapa lagi. Orang dah denda Danish. Tak bagi keluar bilik 4 jam. Orang tanya dia, dia cakap Balkish, tanya Balkish dia cakap Danish.."
Budak-budak biasalah, ketakutan menyebabkan mereka jarang mahu mengaku salah.
"Danishkan takut kucing. Mana mungkin dia balingkan kucing itu dalam kolah.Pegang pun dia tak berani."
"Balkishkan kecil, kalau tak suruh buat. Dia tidak akan buat. Danish jadi ketua Balkishlah tu." Ateh berdalih. Saya diam. Memang kalau tanya Balkish memang dia mengatakan Danish yang membaling kucing dalam kolam. Kalau tanya Danish, dia mengatakan Balkish yang membuang kucing itu dalam kolah. Tetapi semalam, ketika sudah balik ke rumah di Kajang, saya menelefon Balkish. Memang saya setiap hari akan menelefon Balkish, berbual dengannya di telefon.
"Sayang, umi nak tanya Balkish.."
"Tanya apa umi.."
"Masa Balkish baling kucing tu dalam kolah, kucing tu hidup lagi tak?"
"Hiduplah umi.."
"Lah..kenapa ya kucing tu tak boleh keluar dari dalam kolah, diakan tahu melompat"
"Yelah umi, Balkish ingat pun dia boleh keluar.."
"Oh..Balkish pun ingat dia boleh keluar dari dalam kolah ya? Sebab itu Balkish buang"
"Yelah umi., ingat dia boleh berenang...rupanya dia mati.."
Ha.ha.ha..sekarang saya tahulah siapa sebenarnya yang membuang kucing itu ke dalam kolah.