Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, August 18, 2009

PUTUS HARAPAN

Ketika saya balik ke kampong baru-baru ini saya berjumpa dengan seorang mak cik yang sudah lama tidak saya ketemu.

“Lama tak nampak mak cik..” saya menegur.

“Mak cik dah pindah rumah. Tidak tinggal di rumah lama tu lagi. Pak cik kamu datang. Mak cik takut dan ajak anak-anak berpindah.”

Wanita ini sudah dikira warga emas. Tetapi baru beberapa bulan yang lalu diceraikan oleh suaminya angkara anak-anak tirinya. Kerana terpengaruh dengan kata-kata si anak, si suami menceraikan mak cik yang saya panggil Mak Cik As sahaja. Saya kenal dengan anak-anak Pak cik Dol bekas suami Mak Cik As, yang angkuh dan sering menjadi kritikan orang sekeliling.

“Pak Cik balik?” saya bertanya separuh ragu.

“Semasa bercerai dia kasi mak cik duduk di rumah yang kami tinggal dahulu. Mak cik tinggallah dengan anak-anak mak cik”

Disamping mempunyai anak tiri, mak cik As juga mempunyai anaknya sendiri.Ada 4 orang anaknya. Usia perkahwinan dengan pakcik Dol, bekas suaminya sudah hampir 30 tahun. Ketika berkahwin pak cik Dol adalah seorang duda kematian isteri. Ketika itu, Pak Cik Dol sudah mempunyai 5 orang anak.

“Lepas tiga bulan bercerai dia balik ke rumah. Kata dia itu rumah dia. Dia datang, makan di rumah tersebut macam kami tidak pernah bercerai. Dia ajak anak-anak bersolat jemaah bersama-sama dengan dia. Mak cik malulah. Bayangkan mak cik sudah bercerai dengan dia, tetapi dia datang, tidur baring di rumah tersebut macam kami tidak pernah bercerai. Kami sudah sama-sama tua.”

Saya bayangkan wajah Pak Cik Dol. Lelaki yang sudah hampir 70 tahun itu sudah pasti kesal dengan penceraian yang berlaku. Yalah bayangkan, bertahun-tahun hidup bersama dengan Mak Cik As, dia terpaksa berpisah dengan wanita itu yang telah menjaganya hampir 30 tahun. Kalau saya sendiri pun, saya akan rindukan rumah dan orang yang pernah 30 tahun hidup bersama dengan saya. Bukan kata 30 tahun 3 tahun pun saya pasti rindu dan ingin kembali semula.

“Mak cik tak mahu kembali kepada pak cik semula?” saya bertanya sekadar menduga. Manalah tahu hari orang.

“Tidak, tak mungkin. Dia yang menceraikan mak cik di hadapan anak-anaknya. Dia telah mendengar segala fitnah anak-anaknya sendiri. Dia langsung tidak mengambil kira perasaan dan pandangan, anak-anak mak cik sedangkan itu juga anaknya. Biarlah mak cik tinggal sahaja di rumah sewa bersama anak-anak mak cik. Dia nak ambil rumah tu ambillah..”

Tampak mak cik As sudah nekad. Sebenarnya saya simpati dengan kedua-dua mereka. Baik pak cik Dol biarpun Mak Cik As. Mereka terperangkap dengan permainan anak-anak yang tidak mempunyai perasaan. Anak-anak yang mementingkan diri hanya kerana berebutkan harta. Bagi saya sepatutnya anak-anak yang mengadu domba sehingga memecah belahkan rumah tangga ayah mereka sendiri, perlu diikat dan dicampakkan ke dalam kandang harimau, supaya mereka tahu apa ertinya kesunyian dan putus harapan...



Saturday, August 15, 2009

MATI ITU PASTI

Pukul sebelas pagi itu saya menerima berita Ustaz Asri meninggal dunia. Berderau darah saya buat seketika. Saya baru sahaja menghabiskan novel terbaru saya 'Ranting Cinta Si Plato'. Di dalam buku tersebut saya ada sertakan lagu Pergi tidak akan kembali' nyanyian dan lirik dari Ustaz Asri sendiri. Di dalam itu juga ceritanya berkisar tentang isteri kehilangan suami dan tidak dapat menerima hakikat tersebut. Ya..ALLAH, hati saya berdetik. Kau kuatkan semangat isteri Ustaz Asri, kau kuatkan semangat anak-anaknya menghadapi kehilangan., lebih-lebih lagi mahu menghadapi bulan Ramadhan yang mulia ini. Saya berdoa sungguh-sungguh sehingga saya sendiri menangis. Saya menangis bukan kerana kesal Ustaz Asri yang suaranya begitu lunak pergi, tapi saya sedih mengingatkan keadaan isterinya yang harus mengendalikan 6 orang anak tanpa suami di sisi. (saya memang emosi keterlaluan ada waktunya).
Terus terang saya sendiri banyak bersedih menulis novel ini (tapi happy ending) Tetapi saya harus habiskan kerana kematian akan dilalui oleh sesiapa sahaja. Buku ini bukan buku tazkirah. Tetapi tidaklah terlalu ringan seperti Billy Malligan.
Dan esoknya saya berjumpa dengan Lily Haslina. Kami lepak-lepak dan makan di Sogo bersama dengan editor saya. Saya bising sungguh dengan Lily. Kami bercerita mengenai pemergian Yasmin Ahmad dan Ustaz Asri.
"Dalam blog kau dengan Nora asyik tulis tension sahaja, asyik meroyan. Hidup ini kena relax. Kau suka menulis, kau cintakan bidang penulisan dan seharusnya penulisan tidak membebankan kau dan membuat kau tension. Tulis dengan fikiran yang lapang.." (sorry Nora aku mengumpat ko-kurangkan minum kopi kau tu).
Memang ada beberapa orang pernah bertanya dengan saya. Akak tak tension ke menulis? Tengok penulis lain dalam blog tulis asyik tension sahaja mahu menghabiskan novel mereka?
Tidak..bagi saya bidang penulisan adalah minat saya, tumpuan saya sepenuhnya kepada penulisan. Ketika menulis saya menangis, saya ketawa dan juga bergembira dengan tulisan saya. Semuanya berbaur menjadi satu.
Bila kepala saya tepu tak boleh menulis, saya keluar. Saya ajak pembantu rumah bershopping. Kalau tidak untuk saya, saya belikan siapa sahaja yang saya ingat. Kalau terlalu penat untuk menulis saya berchatting, ambil masa dalam 15-20 minit mengaji Al-Quran dan juga memasak.
"Saya kurus beberapa kilo ketika menulis .." Lily memberitahu. Mungkin tak ingat makan agaknya.
"Aku pulak menjadi semakin gemuk dan gemuk.." saya pula menjawab. Kami ketawa. Apa tidak gemuknya. Duduk sahaja menulis sambil minum susu panas (saya tak minum kopi dan jarang minum teh).
Mati akan datang, bila-bila masa sahaja. Secara mengejut atau secara perlahan. Tetapi mati muda boleh dielakkan dengan menjaga diri dan menghindarkan tekanan. Saya selalu berdoa setiap kali solat, kalau tuhan mahu ambil nyawa saya, ambillah. Tetapi biarlah selepas Qaisara sudah mempunyai keluarganya sendiri.

Thursday, August 13, 2009

HOW ATOK MAKE SNAKE GO AWAY


Malam tadi, ketika saya sedang menghadap komputer, saya mendengar suami bercerita dengan Qasiara tentang ular..
"Your umi, have a lot of stories about snake.."
Wah..suami sudah 'pass the buck' kepada saya. Isk..isk..ini mesti sudah tidak sanggup menahan pertanyaan demi pertanyaan daripada Qaisara.
"Umi come here, tell me the stories about snake.."
Ini budak kecil kalau mengarah, kalahkan saya yang jadi anak dia pula emak..he.he. Beberapa kali di desak, saya duduklah di sebelah Qaisara. Lantas bercerita mengenai ayah saya atau datuk Qaisara yang sering berjumpa dengan ular di kebun getah.
"Atok not scare umi?"
"No..but atok can make snake go away.." saya beritahu Teta. Matanya bulat merenung saya dalam cahaya lampu tidur.(kalau selagi tak tutup lampu dan pasang lampu tidur, dia akan mencanak-canak melompat, buat itu ini)
"How atok make snake go away?"
"Atok read doa sayang ..."
Bekerja sebagai penoreh getah, ayah saya sudah pasti menghadapi banyak bintang berbisa terutamanya ular. Menurut ayah saya, ada satu peringkat hampir saban hari dia berjumpa dengan ular. Tetapi ayah mengamalkan satu doa, apabila doa itu dibaca ular akan tunduk dan melarikan diri.
"How the doa umi.."
"Ya ALLAH ya tuhanku, hindarkanlah aku dari ular yang berbisa..etc.tec.." sebenarnya ada doa dalam bahasa Arab. Ayah saya ada beri saya beberapa tahun yang lalu. Tetapi saya benar-benar lupa.
"Umi..atok not read doa like that.."
Si Qaisara membantah. Aduh..budak ni baru tiga tahun hidup di dunia, pandai pula membantah cakap orang yang lebih banyak makan nasi daripada dia..he.he..
"Atok must read doa like this..Bismillahirahmannirahim ...."
Huawa..ha.ha...saya rasa mahu tergelak besar. Qaisara ini memang tidak boleh ditipu..dia tahu setiap doa mesti kena baca bismillah dan bagi dia setiap doa perlu dibaca dalam bahasa Arab bukan dalam bahasa melayu..

Wednesday, August 12, 2009

SEDIHNYA

Terperanjatkan bila baca blog yang ditulis oleh Azwan Ali dan sudah pasti ditujukan kepada Adibah Noor.


Saya terfikir, di mana perginya budi bahasa seorang melayu, yang terkenal sejak dahulu lagi? Mana perginya rasa kasih sesama umat islam. Kenapa perlu dibabikan seorang wanita yang punya emak dan ayah, di khalayak ramai (saya mengatakan khalayak ramai kerana pasti ramai yang membacanya).
Bagi saya fungsi blog ianya amat cantik sekali, disamping meluahkan rasa, mencatat segala apa yang berlaku dalam kehidupan seharian, ianya juga boleh membina persahabatan dan menanamkan sifat kasih sayang. Setiap kali saya meletakan entry, saya sering memikirkan kesannya. Adakah pembaca akan gembira dengan entry saya atau dapat sesuatu apa yang saya tuliskan.
Walau bahasa yang saya gunakan agak ringkas, tapi saya sentiasa menjaga bahasa saya supaya kemas dan tidak melukakan hati sesiapa.
Entahlah, setiap orang mempunyai pandangannya masing-masing tetapi sebagai orang Islam yang bermaruah saya rasa, sesiapa pun tidak akan sanggup membabikan seseorang secara terbuka begini.

Monday, August 10, 2009

BEG SELEMPANG

Saya ni memang jarang ada beg tangan biasa. Ke mana-mana saya bawa sling beg atau bag selempang. Tak kisahlah harganya asalkan cantik dan sedap mata memandang. Tetapi membawa beg ini rupanya menimbulkan persepsi berlainan orang terhadap saya.

Kak..hari ni tak berniaga ke?"
satu hari saya ke pasar malam, seorang penjual kuih pau menegur saya.
"Berniaga?"
"Akak berniaga pasar malamkan?"
"Taklah, bila masa akak berniaga pasar malam?"
"Oh ingat akak berniaga pasar malam. Selalu orang berniaga pasar malam suka bawak beg besar dan cara dia pun macam akak.." huwaa..ha.ha.ha..

Hari ini pula saya ke tesco. Saya nikan suka shopping, petaling street pun saya shopping, harrods pun saya masuk (tapi nak beli bag shopping harrods pun saya tak mampu..window shopping ajelah..ha.ha.).Saya belek baju yang berharga RM50.(kedai kat luar tu )
"Dik tak boleh kurang ke.."
"RM45 boleh le kak?"
"Hmm...RM40 tak boleh ke dik?"
"Tak bolehlah kak? RM43lah.."
"Iskk..ko ni RM3 pun berkira aik..."
"Alah kak duit tu kak. Saya tahu akak mesti kaya banyak duit.."
"Aik mana ko tau akak banyak duit.."
"Alah saya tahu akak mesti kaya, akak orang berniagakan?"
Pening saya mana budak ini tahu saya berniaga. Dia pernah nampak saya ke berniaga buku di Pesta buku?
"Mana kau tahu akak berniaga.."
"Orang berniaga selalu bawak beg macam akak. Pakai sling beg, duit banyak..sebab takut orang ragutkan.."
Huwaa..ha.ha..rasa nak gelak guling-guling. Tetapi bila balik terfikir juga kata adik tersebut. Mungkin ada betulnya....


Sunday, August 9, 2009

KASUT TETA

Sejak akhir-akhir ini anak dara saya cukup gila dengan kasut yang ada bunyi tap..tap..tap. Setiap kali lalu di kedai kasut atau ke Tesco, dia akan mencuba kasut-kasut ini. Ada bunyi tap..tap..tap..tak kasut ini. Selain kasut tap..tap.tap..dia sukakan kasut yang sedikit bertumit, kata dia bila berjalan boleh gelek-gelek (berlenggang lenggok). Parah anakku!

Ini kasut dibeli di Tesco. Teta tidak pernah mengira kasut itu daripada brand apa. Asalkan bunyinya tap..tap..tap atau ada sedikit bertumit supaya bila berjalan boleh berlenggang lenggok.

Ini kasut dibeli di Turki. Tak ada bunyi tap..tap..tapi dia suka sebab cantik kata dia. Macam kasut bally dancer sahaja. Mula-mula saya tengok kasut ini, benci sungguh saya.ha.ha..

Kasut ini beli di Melaka. Saya belikan tiga pasang yang sama, satu untuk Balkish dan satu lagi untuk kakak sepupunya Alin.


Dia paling suka kasut ini, tapi tapaknya agak licin. Sebab itu dia jarang memakainya, saya perlu betulkan tapaknya. Dari Bata..


Ini saya beli di Genting. Brand Soda. Suka sangat-sangat kerana agak tinggi dan bila berjalan dia boleh berlenggang lenggok.


Ini dibeli di Petaling street. Kasut ini khas untuk berjalan ke rumah Mami Ah Kua...he.he..

Sebenarnya kasut Teta memang banyak, dalam sedar tak sedar dia ada berpuluh-puluh pasang kasut. Tidak kira dari harga murah atau mahal. Saya sendiri tak punya banyak kasut, sebanyak Teta. Ada saya sedekahkan dan ada yang saya simpan di dalam beg.

Thursday, August 6, 2009

BARU TAHU!

Dikampung, saya menghabiskan masa bermain dengan kucing. Dalam 15 ekor kucing yang ayah saya ada dan ini salah seekor yang cukup manja.

Rasa dah lama sungguh tidak mengupdate blog. Saya pulang ke kampong bersama bibik dan Qaisara.(kami suruh Qaisara memilih, mahu ikut baba atau saya, dan Qaisara memilih saya.). Rindu pula saya pada kampong. Suami ke Langkawi bersama anak-anaknya. Saya malas mahu mengikut memandangkan banyak yang perlu dikerjakan. Di samping saya sudah rindukan keluarga saya.

Tiba di kampong, saya tidak menerima panggilan dari suami. Lantas saya menelefon dia.

“Tengah sakit kepala ni honey?”

“Aik..sakit kepala kenapa?”

“Huh..cari hotel semuanya penuh. Penuh dengan pak-pak arab. Ini dapat semalam. Esok mungkin akan berpindah lagi. Penat sungguh saya..”

Langkawi biasanya July-August memang dipenuhi dengan tok-tok Arab.

Esoknya bila saya menelefon sekali lagi, Suami mengeluh.

“Ini pertama kali saya bercuti tanpa awak. Bencinya saya. Sakit sungguh kepala saya dibuatnya.”

Suami merungut. Saya ingat dia rindukan saya. Ceh..rupanya, dia benci kerana terpaksa mengurus untuk mencari hotel, mencari tempat yang menarik di Langkawi, mencari tempat makan dan melayan kerenah anak-anaknya itu dan kata dia paling berat, dia rindu sangat dengan Qaisara. (Qaisara pulang ke kampong, langsung tak ingat babanya. Kawan-kawan ramai).

“Lain kali tak sanggup saya bercuti tanpa awak..”


Selama ini walau saya punya pembantu di rumah dan dipejabat, tetapi saya sebenarnya pembantu cum setiausaha pada suami. Kalau mahu bercuti sayalah mengatur segalanya.

1. Saya akan pastikan kalau bercuti di Malaysia, yang mana lebih bagus. Naik kereta atau kapalterbang. Tetapi selalunya saya akan naik kapalterbang, memandangkan lebih cepat dan harga kapalterbang tidaklah semahal dulu..

2. Mencari hotel danmemastikan apa fasiliti yang ada. Paling penting kata suami ada wifi.

3. Mengatur siapa yang akan menghantar kami dan mengambil pulang dari lapangan terbang.

4. Mengaturkan keperluan yang harus dibawa untuk suami dan Qaisara (untuk Qaisara, kalau dalam negeri bibik yang buatkan sebab tak lama)

5. Memastikan ubat-ubatan, segala keperluan mandi, termasuk pisau cukur suami dan ubatnya dibawa bersama.

6. Saya perlu tahu di mana tempat makan yang halal dan murah.

7. Memastikan berapa banyak wang yang perlu kami bawa, kad kredit dan sebagainya..

8. Saya perlu mengaturkan atau mengetahui tempat mana yang bagus dilawati...

9. Barangan apa yang perlu saya beli, ole-oleh buat jiran dan saudara mara..

10. Dan ini satu tugas suami. Mengangkat dan memasukkan beg di dalam kereta..ha.ha.haa.


Sebab itu bila suami ke Langkawi, saya suruh dia urus sendiri hotel, tempat makan dan sebagainya. Tiga hari dia berada di Langkawi, tiga hari dia terpaksa menelan penadol. Dan sebentar tadi dia menelefon dan memberitahu saya.

“Makanan di Langkawi mahal sungguh. Seekor ikan dengan 3 mangkuk kecil tomyam, serta 2 mee goreng harganya RM168. Saya benci sungguh. Kalau awak ada. Awak mesti dah bertekak dan dapat harga separuh. Taubat saya! Saya tak akan pergi bercuti lagi tanpa awak....” Auwah..ha.ha..kasihan sungguh suami saya. Sekarang baru dia tahu betapa berharganya seorang isteri. Bukan sahaja di rumah tetapi di dalam segala aspek.





Tuesday, August 4, 2009

MAHAL SUNGGUH!

Dalam seminggu ni selalu sangat saya nampak anak dara saya ni bawa beg warna biru ini ke hulu ke hilir. Beg ini saya dapat percuma daripada Gurdian kerana membeli shampoo dan beberapa barangan kesihatan.

Qaisara memang suka sangat dengan barangan penjagaan diri dan juga makeup. Tapi saya tidak begitu mengalakkan dia memakainya, kecuali minyak wangi.

"Apa dalam beg tu Qaisara?"
"Umi nak beli ke?" dah dia dah buat perangai lagi. Tak ada kerja lain asyik menjual beli.
"Hmm..sebelum beli kena tengoklah apa yang ada kat dalam tu Ta.." kadangkala panggil nama penuh Qaisara, kadangkala Ta, kadangkala Teta..


Beg yang dibawa ke hulur ke hilir oleh Qaisara yang mengandungi semburan pewangi, mesin kira-kira dan shampoo power puff girl.

Lalu anak dara saya keluarkanlah satu persatu barangan yang berada di dalam beg berwarna biru itu.
"Ini piss..piss...." kata Qaisara sambil menunjukkan dua botol warna biru dan merah jambu.(minyak wangi dirujuk sebagai piss..piss oleh Qaisara)
Ya..saya kenal minyak wangi yang dikatakan oleh Qaisara, kalau bukan saya membelikan siapa lagi.
"Ini pula shampoo.." Qaisara mengeluarkan sahmpoo powerpuff girl daripada dalam beg biru itu.
Saya hanya menganggukkan kepala.
"Itu nak jual juga ke?" saya tunjukkan pada mesin kira-kira yang turuT dikeluarkan.
"Hey..taklah, itu Teta nak kira duit. Tak boleh jual.." ha.ha.ha..
"Hmm..beg biru ni pun nak dijual?" sakat saya lagi..
"Heh..tak, tak. Kalau jual, piss..piss..(minyak wangi) nak letak mana?" ha.ha.ha..saya gelak lagi.
"Hmm..nak beli tak?" jurujual ini tak sabar-sabar nak meniaga rupanya.
"Hmm..boleh juga. Mana satu yang wangi? Biru ke pink?"
"Cubalah.." lantas Qaisara menyemburkan ke dua-dua minyak wangi tersebut kepada saya.
"Saya nak warna pink boleh. Warna pink ni wangilah.."
"Boleh.."
"Berapa ringgit ni?"
"Tiga ringgit sahaja......"
"Wah..murahnya. Tak pernah ada minyak wangi semurah macam tu.."
"Nak beli ke tak?" macam marah aje bunyinya jurujual ini?
"Nak..nak.." pantas sahaja saya menjawab.
"Bak 3 ringgit.." lantas saya berlakonlah memberi Qaisara duit ke dalam telapak tangannya.
"Ok..nahhh?" lantas Qaisara membuka penutup minyak wangi tersebut dan menyemburkan pada saya.
"Sudah.." kata Qaisara.
"Aik..takkan sembur aje..."
"Yelah umi satu piss..piss.(satu semburan) 3 ringgitlah..." auwah..ha.ha.ha.
Lah..ingat satu botol RM3, rupanya satu semburan RM3. Kalau macam ni mahu satu dunia orang tak pakai minyak wangi. Mahal sungguh! Ha.ha.ha.



Monday, August 3, 2009

HIDUPNYA DENGAN SAMPAH SARAP

Sehari dua ni, si NB tak ada kerja lain. Memuatkan cerita-cerita daripada Turkilah pulak. Entah sehari dua ni, suka sangat saya menyempil sebelah suami bertanya itu ini mengenai cerita menarik dari suratkhabar Turki. Pagi ini suami menunjukkan satu berita yang bagus diteladin oleh kita semua.

Meneruskan kehidupan dengan memunggut roti dari sampah sarap. (selepas diterjemahkan oleh suami..he.he)

Pada tahun 1967 Serpil Örümcer adalah seorang artis yang cukup terkenal. Dilimpahi dengan cahaya gilang gemilang dan juga kemewahan. Dipuja-puja sebagai seorang artis yang cukup terkenal di zaman itu. Namun Serpil suka minum minuman keras. Di zaman mudanya beliau suka meminum arak yang diletak di dalam kasutnya sambil berpesta dengan kawan-kawannya (orang yang suka minum, minuman keras memang tidak waras)

Dan penghujung hidupnya, beliau tidak mempunyai sebarang harta sehingga untuk makan pun sudah tidak ada lagi. Jadi untuk meneruskan kehidupan beliau mengutip sisa-sisa roti di dalam tong sampah di restoran dan ditepi-tepi jalan.

Inilah sebabnya mengapa ALLAH mengharamkan arak. Memang tidak pernah ada pun contoh yang baik pernah kita jumpa dari peminum arak bukan?
Teringat saya pada kawan saya si Z, yang pernah saya maki hamun (im very mellow, but once a while..garang macam singa betina), apabila adiknya mengadu dia minum, minuman keras di Annual Dinner tempat saya bekerja dahulu.
"Kalau kau mampus malam tu sebab arak tak guna tau, kau ditanam macam bangkai sahaja! Tak perlu dikapan dan dimandikan. Kau tak cium bau syurga."
Dan apabila dia sudah berumahtangga dengan seorang gadis yang baik dia pernah datang pada saya dan menyatakan kesalnya betapa di zaman muda dahulu dia seorang lelaki yang teruk.
"Teruk aku dulu ya Kak Tie! Bila ingat-ingat semula menyesal sungguh aku. Nasib aku tak mampus macam kau cakapkan tu..."

p/s si Noami kalau baca blog saya ni mesti cakap si Yatie dah membebel..ha.ha.ha

Sunday, August 2, 2009

TEMBAK KERANA DILARANG MEROKOK


Siapa yang tidak membenarkan saya merokok. Saya akan tembak.

Baru-baru ini Turki mengadakan larangan merokok direstoran dan tempat-tempat awam. Rasanya hampir 3/4 rakyat Turki merokok termasuk lelaki atau perempuan. Larangan ini sebenarnya membuahkan kemarahan rakyatnya sehingga ada yang mengamuk. Semalam di Bursa, seorang lelaki menembak dua orang pelanggan di dalam sebuah restoran sehingga cedera parah hanya kerana tidak berpuas hati dengan larangan tersebut.
Merokok ini adalah bunga-bunga dadah. Sepatutnya diharamkan sahaja. Macamana orang boleh kenyang semata-mata makan asap rokok ya? Isk..isk..tak faham sungguh saya! (sebenarnya, sejak larangan ini dijalankan, setiap hari ada sahaja cerita yang melucu dan mengerikan berlaku di Turki)

P/S teringat masa kecil-kecil saya tolong nenek sedara, mengulung rokok daun. Saya cubalah sedikit, saya beritahu nenek saya.
"Apa sedapnya rokok ni nek. Nak hisap pun leceh, apa kata nenek hidupkan unggun api..sedutlah asapnya puas.puas." keh..keh..
"Budak bertuah ni!" itu sahaja yang mampu nenek jawab.
Tetapi kemudian nenek sudah tidak menghisap rokok daun, tukar kepada rokok berjenama Salem dan sekarang bila sesekali saya melawat nenek. Dia sudah tidak merokok lagi, katanya lidahnya sudah perit bila menghisap rokok.