Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Monday, May 25, 2009

BUNGA MAGNOLIA

Ini dia bunga magnolia.

Sekarang adalah waktu untuk melepak dan bershopping. Masuk ke satu kedai ke satu kedai. Saya terjumpa satu Factory outlet yang menjuall barang-barang berjenama seperti levis, esprit dan sebagainya dengan mengikut kilo. Sekilo TL25. Saya mengutip baju dalam 8 helai untuk pembantu rumah saya, ojan dan adik-adik saya. Apabila ditimbang cuba berhargaTL39. Murahkan!
Saya sempat masuk ke pusat billard kepunyaan seorang rakan suami. Lelaki itu bercerita mengenai krisis ekonomi yang berlaku menyebabkan dia kehilangan RM4 juta dalam perniagaan textile. Sekarang dia mengusahakan pusat billard. Pusat itu memang besar, ada lebih 20 meja billard dan dibawahnya ada cafe bersama 4 skrin besar telivisyen. Kalau ada perlawanan bola sepak, cafe tersebut sudah pasti penuh. Sahabat suami saya itu sekarang menghidap kanser prostat tetapi apabila bercerita dengannya dia begitu positif dengan kehidupan dan saya berasa bangga dengan sikapnya yang sebegitu.
Dan petangnya suami dengan kereta membawa saya ke kampung, mahu mencari pokok ceri untuk saya bergambar, sepanjang jalan kami berjumpa dengan ladang peach, suami menawarkan diri untuk berhenti tapi saya menolak dan kemudian saya menyesal!
Namun syukur saya dapat bergambar dengan pokok ceri. Lepas penat posing sana sini saya akhirnya suami memberitahu ada satu restoran istemewa yang pasti saya akan suka katanya.
Dan apabila saya masuk, rupanya restoran itu menyediakan daging panggang dan kambing panggang! Saya rasa mahu meraung..ha.ha(saya tak makan kambing).
Dan Qaisara hanya makan yogurt sahaja kerana katanya daging panggang tersebut busuk.!
Dan malamnya ketika saya tidur, suami menyelinap keluar. Tapi saya tidak kisah kerana saya tahu dia mahu berjumpa dengan kawan-kawannya. Dan pada pukul dua belas malam, suami saya mengejutkan saya dan meletakan sekuntum bunga mongolia yang cantik dan wangi di tangan saya. Rupanya dia keluar semata-mata pergi memanjat pokok mongolia dan memetik bunga tersebut untuk saya!!

Bila saya tengok pokok magnolia yang dipetik bunga oleh suami, mak datuk tingginya. Kata dia pada waktu malam sahaja dia boleh memetik pokok tersebut kalau waktu siang bandaraya nampak habislah dia kena hambat..ha.ha..

Sunday, May 24, 2009

KEBAB KEBAB KEBAB

Yeah! Yeah! Selepas dibega oleh saya setting komputer ini akhirnya saya dapat Wifi tak payahlah saya berjalan kaki mencari internet cafe.
Saya sudah tidak begitu tahan untuk makan kebab ayam dan daging setiap hari. Saya mahu mencari udang, kerang, sotong serta ikan di sini. Itu makanan saya setiap hari, saya memang tidak gemarkan ayam atau daging. Sebab itu saya mendapat sedikit tekanan perasaan.ha.ha.ha Tapi memang sukar kerana Mazhab Hanafi tidak membenarkan pengikutnya untuk makan, makanan laut kecuali ikan. Qaisara asyik bertanyakan beberapa snek kegemarannya tetapi mana mahu dicari. Kalau di Istanbul ada satu tempat menjual pelbagai ikan, Tetapi di sini suami kata ada tetapi jauh..
Huh..makanan adalah satu hiburan tetapi kalau makan sudah tidak menghiburkan? Tetapi mesti ada yang cakap bersyukur kerana kita ada makanan tetapi apabila kita diberi pilihan sudah masti kita memilih apa yang kita sukakan? Ha..ha..saya mahu keluar makan.kebab, kebab oh kebab...

PERJALANAN KE BURSA

Alhamdulılah saya sudah sampai ke Bursa. Kami menginap di hotel kepunyaan salah seorang sahabat suami. Agak selesa dan besar. Semalam TL100 x 2.1 lebıh kurang RM210, saya dıberıtahu yang dı hotel ada wıfı tetapı entah mengapa komputer kecil Asus saya tıdak dapat mengaccess wifı tersebut. Saya sekarang di ınternet kafe salah seorang rakan suamı. Huruf Turki yang amat berlainan dengan huruf yang sering kıta gunakan menyebabkan saya sedikit mengagau, jadı kalau ada perkataan yang salah, abaıkan sahaja.
Di sını saya dapat menikmatı ceri dengan sepuas-puasnya. Musım sudah bermula tetapi suami merungut kerana ceri dı sını mahal. RM10. Kata dia kalau musım ceri sebenarnya tıba harga cerı boleh dapat dengan harga RM2 sahaja. Mak aı...murah sungguh! Tomato dı sını dı jual dengan harga RM2 untuk 3 kılo. Murah-murah gıla..

Sedıkıt catatan perjalan ke Bursa.
1. Setıap kanak-kanak yang membelı tıket untuk menaıkı bus dıwajıbkan menyertaıkan salınan pengenalan dırı untuk mendapatkan potongan 20%.

2. Setıap bus express mempunyaı dua pelayan yang memakaı pakaıan seragam. Selalunya pelayan ını lelakı. Saya bertanya suamı berapa gajı mereka, suamı suruh saya tanya sendırı..ha..ha

3.Apabıla semua penumpang mengambıl tempat, pengumuman dıbuat supaya telefon dı matıkan. Undang-undang ını perlu dıpatuhı kalau tıdak pelayan akan datang menerpa dan mengambıl telefon kıta. Inı pernah terjadı pada saya satu ketıka dahulu, saya mengunakan palm top untuk bermain game dan pelayan mahu merampasnya tapı saya mempertıkaıkan dengan mengatakan ıtu hanya palm top bukan telefon. Dıa membenarkan saya bermaın dengan ısyarat bunyı palmtop ıtu dıtutup.

4.Dı dalam perjalanan penumpang akan dıjamu dengan teh atau kopı dan juga kek. Kalau masıh terasa lapar, jangan segan memınta kek atau coke yang memang mereka sedıakan. Yelah tambang pun boleh tahan mahal...

5.Bus hanya berhentı dua kalı, dua jam awal perjalanan dan sejam sebelum tamat perjalanan, saya hanya membuat solat menghormatı waktu kerana bus tıdak berhentı ketıka waktu subuh. Saya hanya tıdur-tıdur ayam kerana mahu memastıkan Qaısara tıdur dengan lena dan selesa.

6. Jalan raya selepas wınter amat teruk, kata suamı memang begıtu setıap kalı lepas musım saljı jalan raya akan rosak dan kerajaan membelanjakan berjuta-juta TL untuk memperbaıkınya.

7. Lupa mahu memberıtahu, stesen bus menyedıakan trolı sepertı dı lapangan terbang tapı perlu meletakkan pengenalan dırı dan mengambıl kupon dı sana. Bıla trolı dıpulangkan kad pengenalan atau passport akan dıkembalıkan pada kıta.

8. Dı ınternet cafe ını ownernya menyedıakan teh untuk saya, saya ıngat memang semua pengunjung dıberı teh tapı rupanya kerana saya ısterı Seyıt Kara..huwah ha ha ha

Dı Turkı adalah perkara bıasa melıhat perempuan berjubah dan memakaı tudung menghisap rokok, abaıkan perasaan tıdak enak anda kepada mereka kerana itulah perkara bıasa apatah lagı dı musım sejuk..

Majlıs perkahwınan yang harus dıhadırı oleh kamı pada pukul 2 petang rupanya dıtunda pada pukul 10 malam, saya tıdak jadı pergı kerana Qaısara tıdur dan suamı terlambat sampaı dı Dewan Bandaraya kerana terlelap. Yelah pukul 10 dı sını pukul 3 pagı dı Malaysıa....

Saya sudah rındukan sambal kerang, meehon goreng, jemput2 dan palıng utama kakak saya Maznah dan Mıjah yang setıap harı pastı saya telefon jıka berada dı Malaysıa, saya rındukan Ojan..huwahhh, saya sudah homesıck...

Saturday, May 23, 2009

BERANGKAT KE BURSA

Hari ini saya ke rumah bapa saudara suami saya. Puas saya mengambil gambar kebunnya yang dipenuhi pokok aprikot, ceri, apple, bawang putih, badam dan bunga tulip. Tapi sayang, semuanya baru tengah berputik. Pokok anggur pun belum berbuah lagi Sedang menangkap gambar bunga-bungaan, saya dikejar lebah. Besar sungguh lebah di sini. Suami mengajar qaisara sesuatu yang menyebabkan saya ketawa.
"Bee berak honey.." Ha..ha..ha..
Saya sebenarnya tengah menunggu bas ke Bursa. Kami singgah ke Salon Selma, anak buah suami saya. Selama bekerja di salon sejak berusia 15 tahun dan beberapa tahun yang lepas, bos tempat dia bekerja menyerahkan salon tersebut kepadanya. Dia baru berusia 23 tahun. Saya beritahu suami, seharusnya anak-anak yang tidak suka belajar akademik perlu belajar kemahiran seperti Selma. Di salon Selma, Qaisara di make over, di makeupkan, dicat kukunya..aduh..rosak anakku. Rambutnya diberi glitter kerana saya tidak membenarkan rambut Qaisara di usik.
Bagusnya walau Selma ni nampak rugged tapi dia hanya menerima pelanggan wanita sahaja.
Cuaca begitu sejuk sekali. 15-18 darjah celcius. Harga tiket ke Bursa RM100 seorang, perjalanan sejauh 10 jam. Keraslah punggung saya....

Friday, May 22, 2009

Anekadot

1.Di sini terutamanya di Keyseri, Kapacali, Salfatli bandar dan kampung berdekatan, bahasa Inggeris memang tak laku. Bercakap macam ayam dengan itiklah kita Ketika saya bercakap dengan suami di sebuah kedai, sepasang suami isteri berbual sama sendiri, mengatakan yang saya ini Orang Arab Saudi..pulak dah.

2.Ketika menunggu urusan suami membuat urusan menukar geran tanah. Seorang lelaki tua menarik tangan Qaisara. Ya.bakim..(mari sini) kata dia. Saya terperanjat, apatah lagi Qaisara. Rupanya lelaki itu mahu mencium Qaisara.

3.Qaisara sudah kena sindrom hello kitty, nampak sahaja gambar Hello kitty di jaket, baju dan seluar di Bazar. Dia mesti cakap dengan saya.
"Umi i want this.." Macam umi dia cetak duit. Ha.ha.

4.Terung banyak digunakan dalam masakan daerah sini, mana-mana saya pergi ke rumah saudara mara mesti terung dihidangkan. Tapi terung di sini cantik dan tidak berbiji. Saya belajar memasaknya. Dua hari di sini badan saya letih tapi gembira.

5.Setiap kali berita di telivisyen selesai di Turki, akan disiarkan pembunuhan 47 orang di daerah Kurdis di East Turki. East Turki masih berpegang, darah pasti dibalas dengan darah. Di majlis perkahwinan tersebut pengantin perempuan di dendami oleh seorang lelaki yang berahi terhadapnya. Lantas dengan 6 orang saudara maranya, mereka menembak pengantin perempuan dan saudara mara yang menghadirinya (penembak itu adalah salah seorang jemputan). 47orang terkorban. Menitis air mata saya melihat mereka menari kegembiran di hari perkahwinan tersebut dan kemudian ditembak tanpa belas kasihan. Cuma yang hidup ayah pengantin perempuan. Ramai kanak2 dan wanita terkorban.

6.Salah seorang anak buah saya bekerja di salon di sini. Mereka beria-ia menyuruh saya mewarnakan rambut. Suami saya? Bukan dibantunya saya menolak pelawaan tersebut bahkan beria-ia sama mengajak saya hari ini ke salon untuk mewarnakan rambut. Pulak dah..ha.ha. Dan apabila saya beria2 menolak rambut qaisara pulak mahu diwarnakan..

7,Saya tengah menunggu suami di hadapan dewan bandaraya, di tengah padang. Menghadap masjid di mana arwah bapak mertua saya menjadi muazim dan kadangkala imam selama 18 tahun...

8.Qaisara tengah berposing dengan jaket hello kittynya sambil mengejar burung..balik nanti saya letak gambar dia ya..cuaca di sini nyaman seperti di Genting. Petang kami akan ke Bursa menaiki bas selama 10 jam. Tidak ada kapalterbang dari Keyseri ke Bursa. Ingat malam tadi mahu naik keretapi, menyewa satu bilik untuk kami sekeluarga tapi urusan tanah belum selesai lagi. He.he.nasib ada Wifi di tengah padang ini. Wifi Swiss.com. Tibai ajelah..

CERITA LAGI

Hari ini saya ke Sifataali, kalau ikut jalan lama 300km dari Keyseri. Suami meminjam kereta salah seorang saudaranya. Minyak di Turki cukup mahal. RM5 satu liter. Jadi kereta mercedes S320 itu menelan RM500 untuk memenuhi perut tanknya. Kami melalui jalan pergunungan di mana pokok daisy berwarna kuning memenuhi setiap jalan. Memang cantik. Sesekali kami berhenti di pinggir jalan. Minum dari air gunung yang disediakan di situ. Suami berasa begitu seronok sekali kerana kata dia kali terakhir dia ke sana 8 tahun yang lalu, bersama arwah emaknya menikmati hot spring . Jarak antara satu kampung ke satu kampung memang agak jauh dan setiap jalan masuk ke kampung dipapan tandanya ada diberitahu berapa ramai penduduknya yang ada.
Di Siftaali (penduduknya 11 ribu) hajat makan ceri termakbul tetapi ceri jenis di sini kecil-kecil belaka. Sekilo ceri RM10, strawberi RM8 di sini. Kami mengunjungi kakak suami yang sudah berpindah ke sana kerana menemani anak yang mengajar rekaan fesyen di sekolah (pelajar 15 tahun ke atas yang tidak begitu berjaya akan di ajar mata pelajaran ini).
Ada perkara lucu berlaku di rumah kakak ipar saya. Saya memang tidak fasih berbahasa Turki, hanya faham sedikit-sedikit sahaja. Bahkan dialeknya yang berlainan menyukarkan saya. Seorang jiran kakak ipar datang membawa puding beras dan memeluk saya tanda pengenalan diri. Dia bercakap terjerit-jerit dan begitu dekat dengan saya. Saya yang tidak faham hanya tahu bercakap tamam, tamam..
Rupanya jiran tersebut pekak. Dia ingat kerana dia pekak dia tidak mendengar jawapan daripada saya dia bercakap lebih kuat. Sedangkan memang saya tidak bercakap pun, saya hanya senyum-senyum sahaja. Dan apabila dia pulang baru dia sedar. Saya sebenarnya bukan orang Turki itu pun selepas kak ipar memberitahu..ada rupa orang Turki ke saya..ha.ha.

Thursday, May 21, 2009

SAMBUNG CERITA

Saya sudah tiba di Keyseri, lapanganterbangnya buat saya benar-benar terperanjat bahkan selepas itu saya ketawa besar. Bayangkan bahagian arrival hanya seperti kabin kecil dan orang yang menunggu penumpang terpaksa menunggu di luar.
"Kalau winter macam mana?"
Saya tanya suami. Suami beritahu kalau musim salji, selalunya kapalterbang tidak berfungsi. Patutlah..
Suami menyuruh pemandu teksi membawa kami ke Sur Hotel. Tetapi komen pemandu teksi tersebut.
"Tidak pernah orang turun dari kapalterbang pergi ke hotel tersebut.."
Sebenarnya saya tidak tahu apa-apa tentang hotel tersebut. Memandangkan saya sudah kepenatan. Jadi saya memang tidak ada masa untuk memilih-milih,
Mak ai hotel yang berharga RM140 itu tidak mempunyi air panas (bayangkan di Turki tak ada air panas. Malam cuacanya 15darjah}. Tandasnya pun Qaisara tak 'mahu masuk. Kata Qaisara busuk. Biliknya amat kecil, paipnya berbunyi seperti bergegar satu hotel.
"Dua puluh tahun dahulu hotel ini yang terbagus di sini.."
Kata suami, saya seperti nak menangis berguling-guling. 20 tahun dahulu? Penghabisan saya tak jadi menangis saya ketawa besar. Suami tidak mahu membawa saya tinggal di rumah adiknya kerana mereka memelihara anjing dan anjing itu suka mengigit kaki orang. Ha,ha
Hari ini suami akan ke Dewan Bandaraya, menyelesaikan semua hal tanah di kampungnya. Semua tanah tersebut di letak atas nama suami. Jutawan weh kalau dekat sini. Tetapi suami mahu meletakan ke nama adiknya yang agak kurang bernasib baik.
"Dari tanah itu ditinggalkan, biarlah saya berikan pada adik saya"
Saya terlupa membawa kabel camera, tak boleh nak update gambar. Rupanya di Keyseri ceri belum bermusim. Tetapi strawberi sebesar penumbuk anak kecil harganya sekilo hanya RM7 begitu juga aprikot. Suami beritahu saya makan tu ingat-ingat sikit, awak tu senang dapat batuk. Saya puas makan mante dan baklava.
Tengahari ini kalau cuaca baik kami akan ke gunung sebelum ke kampung, melihat rumah yang telah lama suami tinggal dan dia bercerita bagaimana dia melihat lambaian tangan emaknya yang terakhir sebelum emaknya menghembuskan nafas yang terakhir. Sedih weh...
Ketika saya menulis ini Qaisara mengacau. Saya marah dia. Dia tanya saya balik.
"Why you angry umi.."
Saya beliakkan mata saya. Dengan muka yang selamba dia bertanya.
"You dont love me umi?
Auwahah.hah..anakku..anakku....
Teruk-teruk hotel ni pun rupanya ada wifi....

Wednesday, May 20, 2009

CERITA SEDIKIT

Sudah sampai di Turki sekarang tengah melepak di lapangan terbang domestik. Wifi free. Kat airport biasalah kalau tak ada wifi free memang cekailah airportnya..ha.ha.
Saya tak dapat tidur kerana menjaga Qaisara yang tidur. Saya takut dia terjatuh daripada kerusi. 13 jam perjalanan memang meletihkan sekarang sudah masuk 17 jam saya tidak tidur.
Bertengkar sedikit dengan suami, saya suruh dia beli tiket online ke Keyseri, return cuma 350usd dia tak mahu, kata dia boleh beli di Airport Turki. Pengabisan one way tiket aje USD400 utk tiga orang. Nak saya kata apakah ini tanah air dia..ha.ha.ha Dan hari ini Turki cuti, sebab tu tiket melambung-lambung harganya.
Ada satu keluarga Turki membawa dua anak kecil, duduk di hadapan saya. Anaknya menangis sahaja. Pening kepala saya dibuatnya. Nanti saya cerita kenapa tapi sempat tanya suami. Macam inikah ibubapa Turki? Suami cakap ini keluarga pelik. Tengah-tengah malam anaknya yang berusia setahun jatuh dari kerusi, bergolek dan ayahnya dengan selamba mengutip sedangkan jantung saya macam nak terhenti..
Jumpa lagi, kena boarding..jumpa wifi free saya cerita lagi..

Tuesday, May 19, 2009

SALAM BERANGKAT

Yeah! Yeah! Sebentar lagi saya akan berangkat. Ampun maaf kepada pembaca blog ini jika ada salah dan silap saya selama ini. Doakan perjalanan saya selamat dan insya-ALLAH kalau diizinkan tuhan, kalau dapat line di sana. Saya akan update blog saya ya..kepada Nik Fauziah, Lily Haslina, Lizabujang, Idasm, Ibujunes, Nor, Bai, Aween, Hanimadu, mama apih, nuar, umie, ain, Intan, Sara, Dea Sara. Dhan, Kak Yong. Fadilah, Wanupeh, Yatie chomeyl, My Hasla, Leeya, Anim dan kepada sesiapa terlupa saya sebutkan namanya yang mendoakan perjalanan balik dan pulang saya terima kasih yang tidak terhingga.
KITA JUMPA LAGI SEHINGGA 1 JUNE..dan jangan lupa singgah di Gerai NB Kara di Mines ya! Wassalam..

Monday, May 18, 2009

I NOT LOVE UMI!


Saya jarang menonton telivisyen pada waktu malam. Kalau menonton pun biasanya menonton rancangan kanak-kanak. Sampaikan saya lebih hafal rancangan kanak-kanak daripada rancangan saya sendiri. Malam tadi sempena hari guru saya menonton drama di Astro. Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Kerana khusyuk menonton saya tidak begitu mempedulikan Qaisara.
"Umi i not love umi..." (bahasa budak-budak)
Tiba-tiba Qaisara yang sedang bermain mengeluarkan kata-kata tersebut. Dia sebentar tadi nampak senyap senyap sahaja.
"Ya..sayang.."
"I not love umi.."
Wajah Qaisara masam mencuka. Hati saya tersentap, rasa terlalu sayu dan kecil hati. Suami yang leka menghadap komputer ketawa-ketawa. Matanya melirik jam di dinding.
"Dont so sensitive. Go to the bed honey.." suruh suami saya apabila melihat muka saya yang begitu sedih.
Selalunya pukul 10 malam saya sudah naik ke tingkatan atas. Membaca buku untuknya. Baru-baru ini saya ada membelikan satu buku kisah bintang yang amat disukainya..
"Tortoise are slow animals..."
Walau dia tidak tahu membaca tapi dia akan mengulangi apa yang saya baca untuknya..
"Rabbit eat their own stool.."cerita saya dan Qaisara akan menyambung "Yeark ! disgusting!"
Tapi malam ini saya tidak menghiraukan dia jadi mungkin itu protes dia untuk saya. Jadi saya bangun menutup telivisyen dan membuatkan dia susu. Saya bawa dia ke tingkatan atas. Selepas dia baring dan minum susu, dia memberi saya botol susu tersebut sambil tersenyum dia berkata..
"Umi i love you so much..unccountable!" (dia belajar dari babanyalah tu..)
"I love you too sayang.." Balas saya sambil memeluk dan mencium dia. Hati saya yang sedih sebentar tadi berbunga semula. Dan apabila Qaisara sudah tidur, suami memberitahu tak perlu sensitif dengan anak-anak. Mereka tidak tahu apa yang mereka cakapkan dan mereka akan lupa apa yang telah mereka cakapkan. Sama macam babanyalah. Kalau bercakap masa marah..macam-macam dicakapnya tapi lepas lembut dan baik, dia lupa apa yang dicakapnya..ha.ha.ha..(nasib suamiku tak tahu membaca bahasa melayu..).