Qaisara kalau ke mana-mana tidak dengan geng-geng dia memang tak sah! Awal-awal lagi suami sudah mengambil kawan-kawan Qaisara ini. Danish, Alin dan Balqish.
Sambutan hari jadi jadi bersama Kairina. Qaisara menyambut hari jadi pada 12hb Jan dan Kairina 15hb Jan. Ada cerita tersendiri bagaimana Kairina lahir..ha ha
Anak-anak paling gembira jika ada majlis seperti ini. Qaisara siap bawa bantal wanginya (sebab bantal ini sentiasa dicuci)
Menu hari itu, satay, cupcakes, spaghetti meatball, nasi himpit, rendang, sambal udang, ayam bakar, kentang bakar, salad, karipap..Ingat tak banyak rupanya tak habis-habis walau dimakan berkali-kali.
Anak-anak sentiasa berada di dalam kolam renang. Bergaduh, berebut pelampung, bermain, baik semula. Itulah dunia anak-anak
Zuhair anak buah saya yang sangat sukakan bola..
Malam-malam pun masih berkubang dalam kolam. Ha ha budak-budakkan...
Sessi membuka hadiah, hadiah Karina sebenarnya tetapi orang lain yang teruja.
Makan, makan dan makan..
Antara adik beradik yang hadir..
Adik saya ustaz Khairul dan anaknya Afif..geram dengan Afif yang asyik berjalan sahaja..
Walau banyak kekurangannya kerana dibuat dalam keadaan tergesa-gesa, ada yang terpaksa tidur di ruang tamu. tapi paling penting saya lihat anak-anak sangat gembira Saya berharap majlis ini akan dapat dibuat dengan lebih sempurna dari masa akan datang. Insya-ALLAH
Balik dari A Farmosa Danish demam satu hari. Mana tidaknya, tidak makan, tidak isi perut lagi sudah berenang dalam kolam dan tidak berhenti-henti. Alhamdulilah setakat ini Qaisara sihat..
1 comments:
Happy birthday Qaisara...
Saya pun lahir pada 15 jan.. sama dgn Kairina...
Post a Comment