Satu ketika dahulu pernah tak ada di antara pembaca berangan seperti gambar di atas. Setiap kali pergi ke sekolah di hantar oleh emak dan kemudian dari sekolah pun diambil. Pasti ada, begitu juga saya. Saya selalu berangan, emak menunggu saya ketika hujan dengan payung. Namun itu hanya angan seorang budak kecil yang kurus. Atas sebab tertentu apa yang saya citakan tidak pernah tercapai, namun saya tidak pernah marah pada emak bahkan bagi saya mungkin tuhan bagi saya kurang beruntung ketika kecil untuk mesyukuri rahmat yang saya ada sekarang ini..(sedih pula)
Qaisara paling tinggi dalam kelas, dia pakai kasut size 2 tau? Ha ha
Tahun ini Qaisara sudah mula memasuki darjah satu. Saya masukkan Qaisara ke sekolah Seri Abim di mana sessi pelajaran bermula pada jam 8 pagi dan berakhir jam 4 petang.
Walau agak jauh sedikit tetapi saya mahukan yang terbaik buat Qaisara. Berharap dia mendapat pelajaran agama dan dunia dengan seimbang.
Sessi hendap mengendap hari kedua persekolahan
Kemudian dia pula yang tahu saya mengendap dia, mengendap saya balik pada hari ketiga.
Ini kepenatan yang melampau pada hari pertama. Hari kedua Qaisara telah dapat mengimbangkan tenaganya. Saya atur jadul solat, jadual belajar dan tidurnya. Saya berdoa kami sama-sama istiqamah .
Setiap hari saya mengambil Qaisara pergi dan balik dari sekolah. Hari pertama apabila saya memarkir di kawasan sekolah, selepas 30 minit baru saya boleh keluar. Jadi hari kedua saya sudah cerdik sedikit. Saya parking agak jauh. Berjalan kaki dalam 5 minit dan kemudian terus dapat balik ke rumah.
Saya rasa saat-saat menghantar Qaisara ke sekolah adalah momen sangat indah bagi seorang ibu. Saya hantar dia sampai ke kelas. Peluk dan cium dia sebelum mengucapkan selamat tinggal dan apabila sudah melangkah beberapa langkah. Saya akan kembali ke kelasnya semula dan melihat dia dari celah tingkap.
Mengambil dia dari sekolah juga adalah satu saat yang selalu saya nantikan. Sepanjang balik sekolah, walau saya tidak pernah ditunggu oleh emak tetapi saya selalu berharap dapat melakukan pada anak saya. Syukur segalanya tertunai. Melihat saya di luar kelas, Qaisara tersenyum-senyum. Saya pegang tangannya yang mungil sambil menjinjing begnya sambil berbual. Beberapa hari ini kami berhenti di kantin dan sambil menyedut air yang kami beli, Qaisara bercerita macam-macam hal di sekolah. Ada cerita yang sedih dan ada yang mengembirakan.
Kata kawan saya ada bas sekolah yang lalu di kawasan saya bayarannya hanya RM70 sedangkan sebulan saya terpaksa membayar RM120 duit tol untuk menghantar dan mengambil Qaisara ke sekolah.
Namun bagi saya, momen saya mengambil dan menghantar Qaisara ke sekolah adalah momen indah yang tidak mungkin saya lepaskan, kerana setiap saat adalah sangat bernilai.
Kerana saya akui saya tidak pernah memilikinya sebelum ini dan saya mahu Qaisara merasainya.
7 comments:
Welcome to primary school, Qaisara. Moga berjaya menjadi pelajar cemerlang dunia dan akhirat
salam kak...
betul apa yang akak katakan. saya sudah lama tidak mengharap apa2 masa kecil dahulu. Saat menghantar dan mengambil putri , adalah saat manis. :)sekurangnya dia dan saya ada kenangan bersama.
Assalam k.yati....
Itu lah penyebab utama sy berenti kerja 12thn lalu...sebaik anak pertama masuk thn 1 ...sy dah berat hati nk ke opis...Alhamdulillah suami memahami ...hidup walaupun tak semewah sewaktu bekerja dulu namun cukup utk kami...Alhamdulillah
Moga qaisara terus cemerlang dlm hidup di dunia dan akhirat...ameeenn
betui kak,saya pun seronok sgt dpt hantar anak ke tadika,walaupun hanya ke tadika itu adalah detik yg cukup bermakna buat saya dan anak...
andai ada kelapangan mesti lebih puas hati dapat hantar & ambil anak di sekolah berbanding membiarkan mereka naik bas/van.keselamatan pun lebih terjamin.
Salam kak Yati..
Kenangan terindah..buat puteri tunggal :)
teta nampak matang kak..Am doakan agar Teta berjaya cemerlang dunia akhirat!
betul kak..moment gini dtg sekali aje..bekalan utk Teta kemudian hari betapa umi nya byk bekorban utk beliau..
sy pun x sabo nk hantar Hakim ke sekolah..tp kena tggu lg 6 thn le kak..mcm lama sgt nk tunggu uhuhuhu
Post a Comment