Saya kalau anak demam, risau hati saya. Lebih-lebih lagi kalau tengok tak berdaya begini.
Malam bila suami menelefon dan bertanya khabar 'baby'nya saya beritahu yang Qaisara demam. terperanjat sangatlah dia. Cadangan mahu beberapa hari di Kelantan ditukar. Esok suami mengambil keputusan balik segera. Teringat kata doktor yang biasa merawat Qaisara. "
She is papa darling, same as my daughter.Kalau anak nak apa-apa waktu malam. Suami I boleh meluru keluar pergi beli. Hujan tak hujan beli."
(Doktor tersebut anak seorang dan berkahwin dengan warga asing juga seperti saya).
Semalam bawa ke klinik. Dapat 3 hari mc dan doktor suruh saya letak ubat punggung. Qaisara meraunglah dia memag tidak suka ubat punggung. Doktor ini pula rajin bercerita, nampak muka saya dan pembantu saya Suraya. Laju sahaja dia bercerita. Saya nak celah pun kadangkala tak tahu mana nak dicelah. Ha ha..
Masa doktor bercerita dengan kami, muka Qaisara monyok sahaja. Macam-macam doktor tu bercerita dari parking kereta, cucuk botox, buang lemak dan sebagainya.
Bila keluar dan masuk kereta. Qaisara bersuara.
'Kelakar doktor tu ya umi, bawak kereta dekat highway laju tetapi parking selalu senget, tak reti parking."
Aikkk..dalam sakit-sakit dia masih mendengar. Ha ha ha..
Bercerita semula perihal suami. Saya ingat dia bermalam satu hari lagi di Kelantan, rupa-rupanya pukul 9 lebih sudah berada depan rumah. Dia belikan anaknya bunga ini. Budak-budak mana minat bunga. Qaisara hanya menjeling sahajalah..
Saya pula dapat yang ini. Hairan sungguh saya. Suka sangat suami saya belikan bunga ini untuk saya. Kata dia tahan lama dan cantik. Ha ha ha dia beli ikut selera dia rupanya...
Buah tampoi ini dibelinya untuk Qaisara . Tetapi yang makan saya..
Bila saya tercium bau buah durian ini saya menjerit. Saya beritahu dia Qaisara demam, kasihan Qaisara kalau tengok buah durian ini. Tapi kata dia buah ini untuk saya.
Ha ha boleh percayakah? Pasti yang saya tahu yang makan buah ini nanti suami sayalah gamaknya...
10 comments:
suka baca entri Kak Yati :) :) semoga Teta cepat sembuh.
sedapnya buah tampoi tu kak yati.... baguz la pak Seyit... mcm2 buah tgn utk tersayang...
Salam NB,
Lama tak tinggal jejak disini, semoga Baby cepat semboh dari demamnya. Aamiin.
Semoga Qaisara cepat sembuh. Akhirnya hasrat membeli bunga tercapai juga...tanda sayang dan ingatannya untuk kesayangannya.
kesian Qaisara semoga cepat sembuh lah, amboi syang betul Pak Senyit dgn baby nya tu sanggup balik ya dari kelantan huh Qaisara tentu bangga dpt daddy yg sangat sayang pada dia jeles nya nenek ni heee
kalau tengokkan duri buah durian tu.. nampak macam buah durian kampung. betul ke..?
semoga teta cepat sembuh...
anak2 june pun mula2 naik tahun 1 semua gitu...seminggu sekolah seminggu demam...lama2 baru ok...
Insyaallah teta akan biasa nanti...:)
pak seyit memang seorang suami dan bapa yang amat2 penyayang...:)
semoga teta cept smbuh..InsyaAllah..
Rani..thanks..he he
Bai, pak seyit kalau part buah macam-macam dibelinya terutama durian..
Thanks kak nani..insya-ALLAH beransur sembuh..
Za ha ha tercapai juga niatnya untuk membelikan isterinya bunga he he he
kak noor bukan neneklah, auntie..aunti vogue..ha ha
Irma iye dia beli durian kampung akak tak usik lagi, kasihan pula dengan Qaisara..
June yelah agaknya, tak biasa dengan sessi sekolah yag lama begitukan..
thanks halaluya..
sila layari blog saya:
roda79.blogspot.com
saya nie blogger baru... terima kasig semua ye..
Post a Comment