Pagi tadi ketika menghantar Qaisara ke sekolah. Qaisara rancak berbual dengan saya. Kata Qaisara dia bercita-cita mahu membina hotel bila besar nanti.
"Hotel 7 bintang.."
Wah hebat sungguh Qaisara sampai 7 bintang.
"Setiap bilik ada jakuzzi.."
Angan puteri tunggal saya ini.
"Kemudian makanan pakai room service umi. Telefon aje, dia hantar makan dan makan apa sahaja. Percuma.."
Wah..saya ketawa mendengar angan-angan anak saya ini.
"Lagi sayang?"
"Kolam renang sediakan float (pelampung) umi, orang tua yang tak tahu berenang, budak-budak pun boleh pakai.."
Wah bagus juga idea anak saya ni, mungkin dia tahu ramai orang tua tidak tahu berenang agaknya. Ha ha
"Massage di dalam bilik. Panggil sahaja kalau mahu..semua percuma.."
"Aik semua percuma sayang?"\
"Yelah umi, semua masuk dalam bayaran hotellah umi.."
Ha ha ha..mungkin angan-angan Qaisara ini tampak macam saya rekakan sebab mana mungkin kanak-kanak seusia 7 tahun boleh berangan begini. Tetapi Qaisara sudah biasa ke hotel dan mengikut saya ke mana-mana sahaja jadi dia memerhati.
"Semua bilik hotel kita sediakan Al Quran dan sejadah ya Qaisara.."
Saya menambah. Qaisara menganggukkan kepalanya. Mana tahu semua ini menjadi kenyataan satu ketika nanti...Aamiin
5 comments:
wahhh Teta..bestlah camni. ada float untuk aunti berendam, boleh order makanan dan massage dari bilik..tak payah turun2 ke bawah lagi...best2...akan ku tunggu. Ya Allah, pekenankanlah angan dan cita2 Qaisara Seyit ini....makbulkanlah ya Allah...panjangkanlah usia kami untuk melihat cita2 ini termakbul. amiinnn.
salam yatie...
wahhh....mmg bagus sungguh cita2 teta. Amin.Amin.Amin...ribu2 kali AMIN.
orang tua yang tak tahu berenang tu termasuk nadiahlah kak yati...haha..
seronoknya hotel qaisara..semua percuma. tiap-tiap minggu boleh pergi ^_^. semoga impian qaisara terlaksana hendaknya..ameen.. :)
wahhh Teta best nye dreaming dia...InsyaAllah mana tau impian jd kenyataan..Aamiin..
semua free ya..masa tu auntie Tini dh masuk kategori warga golden gitu...nampaknya selalu lah book hotel Teta nnti..hihihihi
bagus angan2 Teta ni...semoga menjadi kenyataan :)
Post a Comment