Ha ha entry sudah berlapuk dan sangat lama. Saya dan kawan-kawan ke Langkawi sehabis kami membuat lawatan ke rumah anak yatim Teratak Rahmat. Memandangkan masih ada cuti berbaki, jadi kami terus ke Langkawi. Di Langkawi kami tinggal di kondo sahaja. Hanya RM250 semalam dengan 3 bilik dan ada kolam renang.
Ha ha sudah lama tidak bergambar begini...
Zul dan Pak Seyit, BFF..ha ha
Tiba di Langkawi orang memang ramai sangat dan kami mengambil keputusan melompat dari pulau ke pulau. Kami sewa bot dengan harga RM220. Pada mulanya RM250 tetapi Zul tawar punya tawar dapatlah RM220.
Kami ke Pulau Dayang Bunting yang banyak monyet. Aduh monyetnya memang agak menakutkan. Pantang nampak orang bawa botol air atau makanan. Habis kena rampas. Depan-depan orang mereka merompak. Terfikir kenapa pihak berkuasa tidak memberi makanan kepada binatang ini untuk tarikan pelancong dan supaya mereka tidak menganggu pelancong yang datang?
Punyala tinggi hendak memanjat, naik putus nafas dibuatnya..ha ha..
Qaisara di Tasik Dayang Bunting, bermain di tempat kanak-kanak.
Ikan Duyung lelaki. Ha ha dalam tasik ini 10 meter. Tak beranilah saya nak terjun..jadi....
Saya, Kusyi dan Kham bermainlah di tempat kanak-kanak yang tak sampai separuh pinggang. Ha ha ha
Kami kemudian beredar ke pulau Helang untuk memberi helang makan.
Tengok..cantikkan Helang yang terbang melayah mengutip makanan yang kami beri.
Pemandangan sepanjang perjalanan kami ke Pantai Beras Basah..
Kasihan kami, ha ha ha kami bawa hanya beberapa bungkus nasi dan terpaksa berkongsi beramai-ramai. Tetapi pengalaman dan kenangan ini sangat indah untuk dikenang.
8 comments:
bestnye p langkawi..
cantiknya laut tu kak...
tak sabar nak pegi bulan 3 ni...
keh3 kirim salam kat duyung lelaki tuuuuu yek....lawa tu posing hahaha
kak...saye nmpk sesuatu di belakang foto mkn berjemaah tuh..lawa jek dia enterprem..
hihihihi
Cantiknya Langkawi..gelihati juga dengan duyung lelaki itu. steady je dia mengapung.
uish, lama tul rase akak x update blog, bila dah letak blog list baru senang ckit, klu tak selalu nak kena check ader cerita baru ke tidak :)
saya pun dah lama sgt tak ke langkawi, adalah lebih 10 tahun kot :p nowadays suka g tempat yg sejuk2 aje heheh
best kan! ida melawat 3 pulau ni masa study dulu. bersama ayah angkat.
amboi seronokla makcikk teta...
lama dok g ke langkawi. tengok gambor2 yang cantik ni teringin pulak...
Post a Comment