Sudah seminggu saya tidak berapa sihat. Biasalah saya kalau bulan Januari atau Febuari ni, bulan alergi. Tetapi malas nak melayan badan walau kadangkala terpaksa juga layan. Apatah lagi di kampung saya asyik melihat tapak tempat rumah baru ayah saya. Rumah asal pula harus dikosongkan segera kerana akan dirobohkan oleh kerajaan bulan hadapan. Jadi segala habuk dari lori yang keluar masuk membuat jalan serta dari tapak rumah baru membuat sistem tubuh badan saya menyerah kalah. Sampai beberapa malam saya tidak boleh tidur kerana bantuk tanpa henti.
Adik saya Ateh dan Kairina yang sudah lebih dua minggu berada di hospital. Saban hari sebelum saya dan Qaisara tidur kami tidak putus berdoa untuk anak kecil ini.
Anak buah saya Kairina pula sudah lebih 2 minggu berada di hospital kerana mengidap penyakit septic athritis. Sekejap doktor pakar menyuruh dia dibedah, sekejap doktor mahu membuat pengawasan lebih lanjut. Lepas keluar dari hospital Pantai masuk pula hospital besar Melaka. Ada beberapa orang kawan-kawan saya datang melawat iaitu Kusyi suami isteri Hari ini Kham dan Tini datang melawat. Adik saya yang beritahu. (Terima kasih daun keladi ke kawan). Saya pula tidak dibenarkan suami pulang ke kampung buat sementara waktu.
Tini dan Kham, gambar ini diambil oleh mak cik Teta ketika berkunjung ke Teratak Rahmat.
Bila mendengar Kham dan Tini datang, pantas sahaja Qaisara bertanya..
"Umi kak kham datang bawak apa untuk Kairina?"
Hesy mak cik Teta ni siap bertanya orang datang bawa apa.
"Tak tahulah umi. Umi tak tanya Mak Teh (adik saya, emak pada Kairina)."
"Oh ingat kak Kham bawa karipap. Kak Khamkan suka bawa karipap. Datang rumah kita bawa karipap, pergi rumah aunti Balqish bawa karipap, pergi rumah aunti Kusyi bawa karipap.."
Ha ha ha aduh mak cik Teta ini sangat pemerhati tau. Sentiasa memerhati apa yang orang buat dan semuanya disimpan dalam kepalanya. Kemudian masih terdengar dia membebel seorang diri.
"Kak kham, Kak Kham..karipap, karipap, karipap.."
Ha ha ha ha ha ha.
P/S Memang Kham selalu datang dengan buah tangan karipap.
3 comments:
semoga si kecil ni cepat sembuh...
kah kah kah...Ma Cik Teta sudah membebel..dah nampak macam nenek pula. Bagitahu dia istighfar banyak kali...hahaha. Moga Kairina cepat sembuh...amin.
hahaha comel aje soalan dak kecik nih..geram aje rasa..macam nk cubit2 je hihihihi
terang sungguh mata makcik teta ni eik..hehehe
Post a Comment