Ada orang tanya saya, bagaimana mahu mendapatkan seorang pembantu rumah yang baik. Bagaimana hendak tahu pembantu rumah itu solat, berpuasa atau menutup aurat. Susah saya nak jawab soalan ini. Tetapi dari pengalaman saya. Saya memang meminta pembantu rumah dari agen seorang yang bersolat, berpuasa dan menutup aurat. Tetapi bila saya dapat pembantu rumah, datang kepalanya togel, pakai pula seluar pendek. Rasa nak marah? Tapi saya tahan. Bagi saya itu dugaan saya. Saya harus mendidik pembantu rumah saya bukan sahaja mengenai kerja rumah tetapi perihal menutup aurat, bersolat dan berpuasa.
Ini dari pengalaman saya. Apa yang saya telah lakukan sepanjang saya mendidik pembantu rumah saya.
1. Saya beritahu dia, kena solat. Duduk rumah saya suka tak suka kena solat. Nanti malaikat rahmat tidak masuk ke rumah orang yang tidak solat. Saya bercakap dengan cara yang lemah lembut tetapi tegas
2. Pembantu rumah saya tidak menutup aurat, saya belikan dia seluar panjang. Belikan dia tudung dan semua pembelian saya itu saya tidak tolak dari gajinya. Saya anggap sebagai hadiah.
3, Berpuasa, pembantu rumah saya sebelum ini tidak berpuasa katanya. Jadi saya temankan dia berpuasa ganti. Saya berpuasa sunat dan dia berpuasa ganti mana yang dia tidak berpuasa. Selagi daya saya boleh membantu saya bantu. Kemudian bila bulan ramadhan nampak dia sangat letih, saya bergurau dan cuba memahami. Saya selalu cakap..tak apa dua jam lagi, pergi rehat. Tak apa sejam lagi. Teruskan..memang macam budak-budak tetapi jangan dibentak. Kita harus bagi dia semangat berusaha berpuasa. Saya juga berpuasa enam bersama-sama dengannya dan kami bersahur dan berbuka bersama.
4. Anggap dia sebagai keluarga supaya dia selesa. Setiap kali sebelum tidur saya ajar Qaisara berdoa dan pembantu rumah saya Sri Sariyanti Kasan Rejo pasti akan masuk dalam doa kami. Jadi kadangkala bila si kecil yang mulut banyak itu bercerita yang saya dan dia berdoa untuk bibik saya, bibik saya sangat bangga dan berbesar hati. Bahkan dia pernah menangis dan mengatakan, tidak ada orang yang berdoa untuknya selama ini kecuali kami.
5. Saya bawa dia bercuti dan kadangkala saya bagi dia duit untuk membeli belah ditempat percutian. Kalau saya ke mana-mana tanpa dia, dialah saya dan suami paling ingat untuk dibelikan cenderahati.
6. Mengenali keluarganya, bila dia pulang bercuti kekampung pasti akan saya titipkan buah tangan untuk emak, ayah, kakak, anaknya dan saudara maranya.
7. Saya juga berkunjung ke rumah pembantu rumah saya, menerima keluarganya sebagai keluarga saya. Bagi saya kalau satu hari nanti dia tidak bekerja dengan saya, saya tetap anggap dia keluarga saya.
8. Saya jarang menegur pembantu rumah saya, tidak cerewat di dalam bab makan, tidak pernah mengata masakannya tidak sedap (tetapi biasanya saya yang masak). Saya memberi kebebasan dia berkawan, bahkan saya mengenali semua kawan-kawannya dan majikan kawan-kawannya. Saya bantu kawannya yang di dalam kesusahan jika perlu.
9. Selalu berkongsi cerita, bahkan rasanya dia lebih banyak bercerita dari saya. Jika saya demam dia yang risau keterlaluan kerana saya akan menjadi seorang yang senyap dan dia tidak ada kawan bercerita. Ha ha ha..
10. Saya mengajar Qaisara menghormati dia seperti mana Qaisara menghormati saya, babanya dan saudara maranya. Tidak sesekali saya membiarkan Qaisara membentak-bentak hanya kerana dia pembantu rumah.
11. Semuanya saya serahkan pada ALLAH, tetapi saya sering membersihkan hati saya untuk tidak mengganggap dia pembantu rumah yang harus dilayan dengan layanan pembantu rumah. Siapa pun dia saya harus hormati dia sebagai manusia yang jauh daripada keluarga untuk mencari rezeki dan Alhamdulilah, dia menghormati saya sebagai seorang kakak dan kawan.
12. Saya yakin kalau kita bersikap baik dengan pembantu rumah kita, berdoa selalu pada ALLAH insya-ALLAH kita akan mendapat pembantu rumah yang bersikap baik dengan kita juga.
aku bukan budak baik
9 months ago