Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Monday, October 10, 2011

FITNAH...

Pagi ini saya mahu menulis sedikit mengenai fitnah.
Saya baru sahaja menerima fitnah yang disebarkan kepada kawan baik saya dan orang yang memfitnah saya adalah orang yang sama. Malangnya orang itu baik dengan saya dan tak perlulah saya ungkit bantuan saya pada dia tetapi entah mengapa dia tidak pernah putus mahu menyakitkan hati saya. 
Tinggalkan kes fitnah yang telah melanda hidup tetapi saya paparkan satu email yang telah saya terima.


Saya ingin meminta pandangan K.Yati berkenaan dengan masalah yang dihadapi oleh anak saudara saya. Begini ceritanya..
Biarlah saya gelarkan anak saudara saya sebagai Salina (nama samaran). Salina berumur 14 tahun dan tinggal bersama dengan neneknya. Ibu bapanya masih ada tetapi kerana sejak dari kecil lagi, Salina dan adiknya tinggal dengan neneknya.
Di sekolah Salina seorang yang bukanlah di kalangan pelajar yang cerdik. Dia belajar di kelas yang kedua tercorot kerana sejak daripada kecil lagi, dia pernah mengalami masalah susah untuk memahami perkataan dan ejaan. Dan dia tidak rapat dengan ibu dan bapanya. Salina boleh saya katakan sebagai seorang anak perempuan  tidak pintar tetapi seorang yang pengasih, baik hati dan pemaaf. 
Dua bulan lepas, Salina telah difitnah oleh rakan sekelas. Fitnah terbesar yang saya sifatkan kerana fitnah itu telah menjatuhkan maruah Salina dan mengaibkannya. Rakan sekelasnya telah memfitnah Salina mengandung. Hal ini telah menyebabkan Lina tidak mahu pergi ke sekolah. 

Fitnah ini menyebabkan Salina tertekan. Keadaan ini menjadi sukar apabila tiada guru yang membela nasib Salina sepenuhnya. Walaupun amaran telah diberikan kepada rakan sekelasnya, Salina masig lagi 'dibuli' secara lisan oleh rakan sekelasnya hingga ke hari ini. Tidak cukup dengan buli secara lisan, Salina pernah dibuli secara fizikal walaupun tidak mendatangkan kemudaratan kepadanya.

Apabila hal ini dipanjangkan kepada pihak sekolah, pihak sekolah gagal memainkan peranan. Malah, ada beberapa orang guru termasuklah guru kaunseling melemparkan kata-kata yang tidak sepatutnya kepada Salina. Mereka menyuruh Salina tukar sekolah, mereka menyuruh Salina duduk di sebelah rakan sekelas yang memfitnahnya, dan guru kaunseling sendiri bertanyakan soalan yang tidak berasas tanpa bukti hingga mengaibkan Salina
Guru kaunseling pernah melemparkan kata-kata sebegini kepada Salina.

"Berapa kali dah bercium?" 
(Guru tersebut seolah-olah menuduh Salina melakukan perbuatan cium dengan pelajar lelaki di sekolahnya. Jika ada bukti, tidak mengapa. Tetapi soalan tersebut diajukan tanpa bukti dan saksi).

"Keluarga rakan sekelas awak itu semuanya orang-orang berpelajaran. Kakaknya cikgu". (Saya tidak pasti apa motif guru kaunseling tersebut menyatakan perkara sedemikian?" 
Beginikah cara memberi kaunseling kepada pelajar? Dan beginikah etikanya.?

Apa perasaan pembaca kalau perkara ini berlaku kepada anak kita. Apa tindakan kita?
Dalam pemerhatian saya sejak dari bersekolah rendah, menengah, keuniversiti dan semakin hari semakin berusia. Sistem pelajaran kita yang sangat mementingkan akademik menyebabkan anak-anak yang tidak begitu pandai dan mempunyai masalah pelajaran dianggap sangat menyusahkan. Apa sahaja tingkah laku mereka yang molek dan manis jarang dipedulikan, sedangkan anak-anak yang cerdik datang dari keluarga yang baik dan bepelajaran sering dianggap juga 'baik' dari segi tingkah laku walau kadangkala mereka mempunyai masalah displin. Bahkan kata-kata mereka ini lebih 'diakui' daripada anak-anak yang kurang pandai.

Ketika di universiti saya belajar mengenai kaunseling keluarga, remaja dan kanak-kanak. Kounselor amat dilarang melakukan provokasi ketika melakukan kaunseling. Tetapi amat mendukacitakan, kebanyakkan individu yang menduduki kerusi kounselor sering mengabaikan etika yang harus dipatuhi ini. Mereka bukan sahaja mengeluarkan kata-kata merupakan provokasi tetapi kadangkala mendesak, mengancam dan membuat tuduhan. Bertanyakan soalan 'sudah berapa kali bercium?' adalah soalan tuduhan dan tidak bertanggungjawab dari seorang kounselor. Perkataan 'sudah' seolah-olah mengambarkan yang kounselor itu benar-benar yakin yang Salina pernah bercium sedangkan Salina tidak mempunyai teman lelaki dan jauh sekali mengandung. Apakah ini etika seorang guru kounselor?

Salina disuruh bertukar sekolah -adalah sikap yang sangat tidak bertanggungjawab ditunjukkan oleh seorang guru. Saya tahu ramai guru (tidak semua) yang mahukan anak murid di dalam kelasnya terdiri daripada pelajar yang pandai secara semulajadi. Sehinggakan kalau boleh mereka tidak mahukan pelajar yang bermasalah dalam pelajaran berada di dalam kelas mereka. Semakin ramai pelajar yang kurang bijak, mereka merasakan semakin banyak beban yang mereka tanggung. Ini mengimbaukan kembali  kenangan semasa saya bersekolah rendah dahulu. Seorang pelajar baru masuk ke dalam kelas saya dibawa oleh seorang guru. Saya masih ingat bagaimana wajah pelajar tersebut yang begitu serba salah apabila guru kelas saya dan guru yang membawa dia masuk berbalah tidak mahu menerima pelajar tersebut di kelas masing-masing kerana dari buku rekod pelajar tersebut, dia seorang yang tidak bijak.

Saya amat kasihankan Salina. Anak yang seusia begini seharusnya tidak dilanda fitnah dari rakan-rakan yang jahat dan suka membuli. Individu yang menghantar email kepada saya terpaksa membawa anak buahnya ke doktor bagi membuktikan Salina tidak mengandung. Ini bagi membersihkan nama Salina. Saya tahu ini satu tindakan yang sangat berat untuk dilakukan tetapi demi maruah keluarga. Sedangkan ianya seharusnya tidak berlaku kalau guru dan guru kounselor memainkan peranan dengan berkesan.

Fitnah ini amat berat kesannya dan sangat mendukacita, sekarang ini, ianya sudah berlaku di sekolah dan sebelum ianya merebak menjadi satu masalah ianya harus dibenteras dan tanggungjawab ini adalah tanggungjawab kita semua.



13 comments:

Nadiah Sidek said...

kesiannya salina :(

kyo said...

kes fitnah ni mcm selalu terjadi kat mana2 pun .. teringat dulu saya pernah difitnah dgn tuduhan bf tidur kat rnmh hanya krn ada kereta yg sama jenis dan warna parking kat bawah kuarters.. masalah betul org kita ni yer.. hrp2 salina tabah..kesian dia..

Diana AR said...

Kerana kononnya hendak mengekalkan prestasi dan nama baik sekolah tanggungjawab pendidik yg sebenar selalu dilupakan.Hasrat kerajaan supaya sekolah berprestasi baik telah disalahertikan..guru2 sering ambil jalan mudah dan singkat utk selesai masalah murid. Saya rasa sedikit kesal.

Unknown said...

Salam.. sekadar berkongsi.
Ada satu kisah di dalam al-quran yg menyebabkan hati saya kembali tenang setelah dilempar fitnah yg amat teruk sepanjang hidup saya iaitu :

Ada kisah mengenai timbangan amal si fulan yg telah dilemparkan fitnah (kisahnya lebih kurang begini)- ketika amalannya di timbang di hari kiamat kelak, dia melihat amalan kebaikannya melimpah-ruah sedangkan dia tidak melakukannya. Dia bertanya kepada Allah, Ya Allah dari mana datangnya semua pahala kebaikan ini? Allah menjawab - inilah pahala amalan yg dilakukan oleh mereka yg memfitnah dan mengumpatmu dibelakangmu.

Masyaallah! sungguh besar kurniaan Allah kpd mangsa fitnah di akhirat kelak.. Semoga kita semua bersabar di atas setiap ujian yg diberikan Allah s.w.t di atas muka bumi ini. Jangan di balas kejahatannya dengan kejahatan tetapi balaslah dengan doa dan sedekahkan Al-quran kepada mereka yg memfitnah kita. Insyaallah hati kita semakin tenang dan hidup diberkati oleh Allah s.w.t...

Unknown said...

kenapa mesti ade guru yg bersikap prejudis terhadap pelajar yg tidak bijak.. bersalahkah menjadi pelajar yg tidak bijak...

sedih sungguh situasi mcm ni..

saya andaikan laporan doktor telah disampaikan kpd guru sekolah & kaunselor sek.. agaknya bgmn reaksi guru2 di sek salina?

saya memang terasa bila kes2 mcm ni.. sbb adik bongsu saya pun dianaktirikan oleh cikgu..

ieda said...

hidup kita ni sentiasa dikelilingi fitnah...manusia mmg pelik.

bab cikgu tak suka murid slow ni pun satu hal.saya mmg terasa sebab kakak sulung saya masuk kategori lemah akademik.masa sekolah dulu cikgu2 selalu kata macam2 kat dia...pukul kepala,baling buku,koyak buku dia.at last dia tak tahan.masuk form 3 dia berhenti..tak sempat SRP pun.bapa saya tak mampu nak bising2 masa tu...maklumlah org miskin.sapa nak pandang.
sebab tu saya tak kisah sgt kalau anak2 saya tak pandai akademik.yg penting kena hidup berakhlak.

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Nadiah memang sangat kasihan. Teringat diri sendiri yang miskin dan ada guru tak suka..

kyo..memang masalah sungguh manusia nikan. Ini baru 14 tahun dah fitnahkan orang sana-sinikan..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Diana..rasanya tekanan dari kementerian pun iya juga, itu yang sampai anak-anak tak pandai dikurung dalam kelas jangan ambil peperiksaan. Sistem kita harus ditukar supaya guru-guru tidak terlampau ditekan dan yangkena tempias pada anak-anak murid.

fifahnazri, kalau kita untuk memujuk hati macam-macam kita boleh fikirkan perkara positif, tapi anak 14 tahun, sampai tidak mahu pergi sekolah dan guru-guru tidak menyokong. Ini menambah lagi tekanan..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

kak yong, pelajar yang tidak pandai ini pasti ada potensi yang lainkan? Guru, ibu bapa harus mencungkilnya supaya potensi itu terserlah. Jangan lihat satu side sahajakan..

Aduh ieda, kasihan kakak iedakan? Anak yang tidak pandai ini bukan bermakna dia tidak baik, setiap manusia dilahirkan berkebolehan yang sangat berlainan. Harus dikenal pasti dan dicungkil dengan cara yang betul. Bukan diherdik, dibaling buku..sangat memedihkan hati sebab akak sendiri pernah kena baling buku dan dikata nista oleh guru-guru..

Hamizah said...

kesian dia..tp itulah realiti sistem pembelajaran kat msia..

Seorg wanita... said...

Kesian Salina.. muda2 lagi dah kena fitnah macam tu... terlintas untuk reply entry ni..

Ini pandangan saya, KYati.

Eloklah Salina ditukar sekolah.. sebab, kalau dia remain di situ, dia akan terus dibuli, lebih sedih bila cikgu-cikgu pun tak tolong dan percayakan dia... daripada dia terus ditekan dan tertekan, memandangkan mentaliti dan persepsi mereka di sekolah lama tidak dapat diubah... eloklah Salina berhijrah ke tempat baru, mudah-mudahan dapat diterima oleh kawan-kawan dan guru-guru baru dan dia lebih tenang belajar di tempat baru. Mungkin ibu bapa kandung Salina patut campur tangan dan bawa Salina tinggal bersama diorang. Wallahua'lam.

Leeza said...

Saya juga seorang guru. Kami di maktab selalu diajar tentang kaunseling dan memang kaunselor atau guru2 bila berdepan dengan masalah pelajar tidak boleh memprovok. harus adil dan saksama. nampaknya guru2 salina bermasalah. disiplin kian teruk ketika melalui zaman remaja dan sudah tiba masanya guru2 mengambil tindakan dan perubahan baru untuk menanggani masalah sebegini. apa lagi melibatkan maruah seseorang pelajar perempuan . jika kena pada saya akan saya saman sekolah tersebut terutama guru2 yang terlibat....hehehe emosional.Saya juga pernah mengalami keadaan sebagai pelajar terpinggir dan situasi ini sangat merosakakn mentaliti dan perkembangan individu. umpama luka yang tak pernah sembuhnya.aduhhh..sedih untuk Salina.

Anonymous said...

saya rasa salina dislesia...
guru bukanlah membantu tapi menambahkan masalah lagi.