"Umi belilah umi"
Basikal ini kalau malas mengayuh on sahaja dan pulas pedalnya. Jalanlah dia.
Kelajuan dalam 60km sejam.
Tidak merbahaya, tidak perlukan lesen dan tidak perlu topi keledar kerana menurut JPJ ianya masih basikal.
Memang mudahlah, kalau ada yang malas nak berjalan kaki ke kedai. Pakai sahaja basikal letrik ni. Kalau terlupa nak charge kayuh sahaja. Chargenya macam charge handphone sahaja. Boleh tahan sehingga perjalanan 60km.
Kalau di kedai biasanya harga RM2000-3000. Tetapi saya dapat cuma RM1500. Kalau semua orang pakai basikal ini ke komuter tanpa membawa kereta. Saya rasa jimat tempat parking.
Bahkan kalau setakat pergi ke pasar atau pekan yang berdekatan, bukan sahaja menjimatkan tetapi dapat menyelamatkan alam sekitar yang sudah banyak tercemar.
Heasyy..saya ni macam dah buat iklan pula. Ha ha..
16 comments:
kak, cutenya basikal tu. mmg canggihlah.
mesti seronoklah Teta dapat duduk kat belakang tu..
Canggihnya basikal ni..siap blh charge mcm handphone lg...
bawak ke komuter memang selamat duit cuma takut basikal tu tak selamat le :P
kak nb..agak2 kalau mak bawa basikal ni gi pasar...boleh hilang tak kena curi?
mak intan selalu cakap nak beli basikal ni..dia kata senang nak pi pasar beli ikan hehe
kak Yati..bestnya..Kalu ddk arae Taman boleh la beli..kalau dduk arae flet..kena angkut bawa masuk rumah la hari2..takut org curi..Tapi memudahkan la..ada basikal macam nie..coz..kalau takat nak pg 7e or pasaraya arae rumah..tak payah nak bawa kereta n cari parking
Kak tie..
Maka kesimpulannya akak dah beli la basikal tu yer?? Boleh la pusing satu taman perumahan tu. Best. 1500 mmg murah harga tu ka. Saya selalu nampak makcik2 pakai basikal tu pi market. Rileks jer.
Qaisaralah yang paling seronok tu kan?
wah
comelnye akak dengan qaisara nak basikal
bolehlah beriadah petang2 ngan basikal tu.
hehe
sekali pandang macam motosikal.
cutenya..
salam dari bumi sabah :)
ida..teta seronok, dia suruh bawa laju2..ha ha
Affieza..ha ha..kat China dah banyak basikal cam tu..
ha ha ha peeja, kuncilah..basikal tu tak terpikul sebab berat juga..
Intan kalau setakat bawak pergi kedai, okay aje intan. Ada bakul kat depan..
Aween, yelah kalau apartment kena mangga dekat mana2 tiang supaya tidak dicuri..ha ha
Casper ..akak beli le, si Teta seronok nak naik..
Syamil..boleh kayuh tapi selalunya pulas pedal..ha ha
saudah macam motorsikal..tapi speed dia tak laju..
Donny...salam...siapa yang cute? basikal ke Qaisara? ha ha
comel nya tengok gaya anak-beranak naik beskal ni...
bestnye ade beskal letrik yg cute & mesra alam gitu
suka la tuh si tenit Teta tuh dpt round2 nek beskal hehehe
kak...serius nih...nk order 1...guano eh?
Thanks kak yati, promosi basikal saya. Sesiapa yg berminat boleh telefon saya : 016 274 6250
Zul
model ape namanye yer? tqvm
Post a Comment