Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Monday, November 22, 2010

ITU PASTI

Setiap hari pasti ramai yang menyambut hari lahirnya. Bila tiba hari lahir, bayangkan seseorang datang pada anda dan mengucapkan.
"Selamat menuju  hari kematian?"
Agaknya sudah pasti yang menerima ucapan itu, melotot biji mata atau tidak semena-mena kita dihampuk dengan beroti.
Tanpa kita sedar, sebenarnya ucapan itu adalah ucapan kebenaran.
Semakin menginjak usia kita, sebenarnya semakin dekat kita dengan kematian. Saya masih ingat dengan kata-kata di dalam buku Harun Yahya yang saya baca.
Selepas kita mati, kita akan dimandikan untuk yang terakhir kalinya. Dengan dibungkus kain kafan, jenazah anda akan di bawa ke kuburan dalam sebuah peti mati. Sesudah jenazah anda dimasukkan ke dalam liang lahat, maka tanah akan menutupi anda. Ini adalah kesudahan cerita anda. Mulai saat ini, anda hanyalah seseorang yang namanya terukir pada batu nisan di kuburan.

Selama bulan-bulan atau tahun-tahun pertama, kuburan anda sering dikunjungi. Seiring dengan berlalunya waktu,  tidak ramai orang yang akan melawat anda. Beberapa tahun kemudian, tidak seorang pun yang datang mengunjungi.
Sementara itu, keluarga dekat anda akan mengalami kehidupan yang berbeza yang disebabkan oleh kematian anda. Di rumah, ruang dan tempat tidur anda akan kosong. Setelah pemakaman, sebahagian barang-barang milik anda akan disimpan di rumah:, baju, sepatu, dan lain-lain yang dulu menjadi milik anda akan diberikan kepada mereka yang memerlukannya. Namun, waktu akan mempengaruhi ingatan-ingatan mereka terhadap masa lalu. Empat atau lima dasawarsa kemudian, hanya sedikit orang saja yang masih mengenang anda. Tak lama lagi, generasi baru muncul dan tidak seorang pun dari generasi anda yang masih hidup di muka bumi ini. Apakah anda diingat orang atau tidak, hal tersebut tidak ada gunanya bagi anda.
Membacanya mengingatkan saya kematian yang makin hampir. Ketakutan kerana bolehkah saya mengharungi kehidupan di sana dengan bekalan yang mencukupi.
Duduk sendiri, kadangkala saya terfikir. Saya sudah menyiapkan segalanya untuk anak saya jika saya pergi. Rumah, sedikit bekalan wang ringgit, insuran dan sebagainya. Tetapi sudah berjayakan saya membekalkan dia dengan ilmu agama supaya dia akan menjadi anak yang solehah? Sentiasa mendoakan saya sepertimana uminya yang sering mendoakan neneknya?
Sebenarnya saya tidak mengharap sangat doa dari si anak, kerana sebagai manusia pelbagai perkara akan terjadi. Saya harus menyiapkan diri dengan bekalan saya sendiri.
Menyiapkan diri untuk kematian bukannya mudah walau sebenarnya tidaklah sukar.  Tapi itulah, manusia sering leka dan lalai sehingga masa yang berlalu tidak disedari dan kematian pun menghampiri..
Tidak tahu kenapa saya membuat topik kematian ini..
Mungkin sejak akhir-akhir ini novel saya terlalu banyak mengenai topik ini...




Saya berharap bila saya mati, Qaisara akan selalu mendoakans saya..




9 comments:

yatie chomeyl said...

alamak kak, bila baca ni pun buat yatie takut sekali..dah la semalam my birthday.

harap2 anak kita ttp doakan kita bila kita dh tiada nanti kan kak

ieda said...

kadang2 saya fikir macam ni...
selepas mati kita akan berada di alam akhirat.alam yg kekal.sampai bila kita di sana?sampai bila-bila...bila-bila tu selama mana?apa akhirnya??...uhhh...saya rasa 'semacam' ja.

Rizziela said...

Insyallah..Qaisara pasti akan sentiasa mengigati akak....Teta anak yg sangat baik utk umie nya

NIk Fauziah Nik Hussin said...

mati itu pasti..tp kita sering tidak bersedia dengan perkara yang sudah pasti ini...

NisaUsoff said...

Salam perkenalan akak... nisa baru terbaca blog akk nih... harap akk izinkan la nisa utk terus membaca coretan2 akk kat sini utk jd iktibar pada nisa ya :-bd

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

ha ha..SELAMAT HARI Lahir Yatie..moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan bahagia hendaknya..

ieda, akak pula selalu fikir..kat alam barzakh apa yang perlu akak buat, terbaring ajekah? berjalan2 macam biasa..aduhai..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Ziela, anak2 ragam dia pelbagai, nakal. Baik, lucu..dan kita kena bentuk dan berdoa buat diakan..

Nik itulah, selagi kita tak nampak dan tak tahu selagi itu kita tidak bersediakan?

Salam nisa thanks kerana singgah ya..selamat berkenalan

Mila@Rimbun said...

bagus sgt entry nii.. at least mengingatkan kita tentang kematian... perkara yg pasti untuk setiap yg hidup

Unknown said...

kak,
teta memang anak yg baik, lagi pemurah. pasti setiap kebaikan yg teta buat, kebaikannya akan sampai juga pada akak... tu yg saya tahu dr ustaz, bukan setakat doa anak soleh sahaja, tp segala tindak tanduk anak soleh/solehah yg baik pahalan kebaikannya tetap akan sampai kpd ibubapa.